Tuesday, August 2, 2011

Program yang akan ditiru oleh Umno selepas ini.


oleh : Penerangan Penyelaras Pemuda Dun Sura

DUNGUN 01 Ogos 2011 - Sempena ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli telah turun padang mengagihkan sekotak kurma kepada para peniaga di Pasar Besar Dungun bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia ini.

Turut mengiringi beliau adalah Ustaz Azman Syapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu yang turut menghadiahkan sebotol air zam zam kepada para peniaga.Program kebajikan Majlis Tindakan Dun Sura ini dibantu sepenuhnya oleh petugas dari Penyelaras Pemuda Dun Sura yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Dungun,Ustaz Sheikh Hanafi dan juga Muslimat Dun Sura yang turut disertai oleh isteri YB ADUN Sura, Hajjah Siti Zaliha Mohamad.

Walaupun dinafikan hak untuk menerima peruntukan DUN dari Kerajaan Negeri Terengganu,pihak MTD Sura tetap menjayakan program ini yang banyak dibantu oleh orang perseorangan dan derma dari pihak yang simpati atas permasalahan ini.

Sudah menjadi kebiasaan bilamana program yang dianjurkan oleh pihak MTD Sura ini akan ditiru sepenuhnya oleh pihak Umno BN yang akan turut turun padang selepas daripada ini.Berlainan dengan program yang dianjurkan oleh pihak PAS,program Umno BN ini sudah tentu menelan perbelanjaan besar puluhan ribu ringgit dan menggunakan wang rakyat yang diselewengkan bagi memastikan dikalangan mereka mendapat habuan yang sewajarnya.

Pihak Majlis Tindakan Dun Sura amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dun Sura ini.Turut tidak dilupakan para petugas dari kalangan pemuda dan muslimat yang mengiringi di
sepanjang program berlangsung.








































































0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy