Sunday, August 21, 2011

Segerakan pembinaan hospital Dungun!





- hospital sedia ada terlalu banyak kelemahan dan sudah berumur 44 tahun

DUNGUN - Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun meneruskan agenda 'Pemuda Bersamamu' dengan mengadakan lawatan bertemu dengan para pesakit dan kakitangan Hospital Dungun.

Bersama dalam rombongan lawatan pada Jumaat, 19 Ogos itu adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Sehubungan lawatan itu, Ustaz Azman menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional supaya mengotakan janji untuk membina kompleks hospital baru memandangkan hospital sedia ada telah berumur 44 tahun.


"keadaan disini (hospital) terlalu banyak kelemahan, hospital yang ada pada hari ini telah pun berusia hampir 44 tahun,

"banyak kekurangan yang perlu ditangani oleh pihak kementerian (kesihatan), kerajaan perlu memberi keutamaan membina hospital baru,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, kerajaan wajar menyegerakan pembinaan hospital tersebut memandangkan peningkatan penduduk daerah Dungun yang telah mencapai 160,000 orang.



Katanya, kerajaan juga telah mengambil semula dan membuat pembayaran tanah di Kampung Che Lijah untuk dijadikan tapak hospital itu.

Namun begitu, beliau kesal keraha menurutnya, cadangan membina hospital Dungun telah dibuat sejak sekian lama, sehingga kini, rakyat Dungun masih 'berputih mata'

"Saya difahamkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) lagi telah dijangka (dirancang) projek hospital Dungun, tapi sampai sekarang tidak dapat dilaksanakan,"jelasnya.



Ustaz Azman selaku Naib Yang DiPertua PAS Dungun meragui janji Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said untuk membina hospital tersebut.

Menurutnya, dalam lawatannya Ahmad ke Dungun baru-baru ini, beliau telah sekali lagi berjanji untuk membina hospital baru Dungun.

"Walaupun Menteri Besar datang baru ini dengan satu harapan, untuk membina hospital Dungun dengan segera, tetapi kita bagi masyarakat Dungun merasakan satu keraguan,



"kerana dalam masa yang sama, di daerah Kemaman juga dijangka akan dibina sebuah hospital baru,"katanya.

Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen Dungun daripada BN tidak hanya berdiam diri sebaliknya memainkan peranan yang lebih berkesan, memastikan pembinaan hospital baru Dungun.

Katanya, pembinaan hospital Dungun lebih utama daripada pembinaan hospital Kemaman, kerana cadangan pembinaan hospital Kemaman hanya baru dimasukkan ke dalam rancangan pada RMK10.





Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang mengucapkan terima kasih ke atas kerjasama pihak hospital yang memberikan ruang kepada pemuda PAS melaksanakan amal kebajikan di bulan Ramadhan.


Berita : Buletinonline
Gambar : Team IT Pemuda Dun Sura

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy