Friday, June 29, 2012

EURO 2012 : Jerman tersungkur

0 comments

 Itali mengejutkan naib juara Euro 2008 Jerman, apabila menewaskan negara yang terkenal dengan tembok Berlin itu, 2-1, dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Warsaw, awal pagi ini. Kedua-dua gol tunggal Itali dijaringkan oleh pemain penyerang sensasi Mario Balotelli pada minit ke-20 dan ke-36. Gol pertama Itali dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran lintang penyerang Antonio Cassano dari arah kanan pintu gol Jerman.

 Manakala gol kedua Itali, berpunca dari hantaran jauh oleh Riccardo Montolivo, menyebabkan Mario terlepas daripada perangkap offside, terus membawa bola sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer. Sementara gol Jerman dijaringkan oleh pemain tengah Mesut Ozil pada masa kecederaan separuh masa kedua (minit ke-92) melalui sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Itali.

 Dengan kemenangan tersebut, Itali 'The Azzuri' akan bertemu dengan Sepanyol 'La Roja' dalam perlawanan akhir pada 2 Julai nanti. Sebelum ini, kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan, dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. Dalam perlawanan penuh dramatik awal pagi ini, kedua-dua pasukan menyajikan serangan balas tanpa henti dengan kawalan bola dan taktikal teratur serta percubaan yang menarik sejak wisel permulaan dibunyikan.(malaysiakini)
Read full story

Thursday, June 28, 2012

Sepanyol benamkan Portugal untuk ke akhir

0 comments
Read full story

Wednesday, June 27, 2012

Sebarkan CintaMu : Fatimah Syarha_2

0 comments
Forum Sebarkan CintaMu Penampilan istimewa : Ustazah Fatimah Syarha & Ustaz Riduan Mohd Noor

16 Jun 2012 d Bangunan PAS Dun Sura

 video clip selingan : Keinsafan - Krabat (kredit to HairiAhmad) & 'Jika Aku Jatuh Hati'....satu doa tentang cinta (Kredit to MrInsan14)
Anjuran : Ameerah Dun Sura
Read full story

Saturday, June 23, 2012

Sebarkan CintaMu : Fatimah Syarha_1

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

Siri 1 : Video clip majlis perasmian & perkongsian daripada Ustazah Fatimah Syarha






Siri seterusnya : perkongsian daripada Ustaz Riduan Mohd Noor
Read full story

Sunday, June 17, 2012

Forum Sebarkan Cintamu Dapat Sambutan Anak Muda

0 comments
oleh : Team Blogger Dun Sura
 
DUN SURA, 16 JUN 2012: Satu Forum bertemakan "Sebarkan Cintamu" anjuran Ameerah DUN Sura telah berjaya diadakan di Bangunan DUN Sura petang sabtu lalu. Program tersebut berjaya menarik ramai muda-mudi untuk berkongsi makna cinta sejati yang bertepatan dengan syarak menerusi perkongsian ilmu dua novelis terkenal iaitu Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Riduan Muhammad Nor.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah MTD Sura, Al-Fadhil Cg. Wan Hapandi Wan Nik. Beliau banyak menyentuh isu yang melibatkan remaja hari ini yang mudah dihanyutkan oleh arus gejala sosial yang merosakkan mereka. 

" Ramai dalam kalangan muda-muda telah tersalah pilih, telah tersalah hala tuju cinta mereka. Sehingga menyebabkan hilang maruah diri, tergadai akhlak dan peribadi sebagai seorang Muslim. Sehingga lahirlah remaja-remaja yang melarikan diri dari keluarga yang akhirnya terjebak dalam pelbagai gejala sosial. Yang lebih malang, hingga melahirkan generasi-generasi yang kita kira generasi-generasi yang tidak sah kelahirannya. Banyak berlaku dalam masyarakat kita hasil daripada salah letaknya cinta itu".

“ Insyaallah, pada petang yang mulia, kita ini akan dibimbing oleh kedua-dua novelis kita untuk kita semua khususnya remaja mencari satu cinta yang sejati. Yang kita semua maklum, cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah dan RasulNya" Beliau turut menegaskan bahawa cinta yang didirikan atas asas cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Dalam kesempatan tersebut juga, beliau mengucapkan tahniah kepada Ameerah dan jawatankuasa pemuda kerana berjaya mengumpul anak-anak muda supaya mereka dapat memandu perjalanan hidup ke arah redha Ilahi. Beliau turut menghargai kehadiran dua orang novelis serta anak-anak muda bagi mengisi waktu ilmu yang baik. Sepanjang program, pelbagai perkongsian menarik diberikan oleh kedua-dua novelis terutamanya untuk seluruh remaja yang bersama dalam program tersebut. 

“ Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini; semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Kalau selama ini kita biarkan, kita relakan diri kita diajar tentang cinta oleh Li Min Ho seumpamanya, mereka tu tak kenal pun Allah. Jadi, bila kita biarkan diri kita diajar oleh orang yang tak kenal Allah erti cinta, mana mungkin cinta kita kenal Allah”, nasihat Ustazah Fatimah Syarha kepada seluruh hadirin.

Turut berkongsi cerita adalah Ketua Penerangan DPPM yang juga panelis kedua, Ustaz Riduan Mohd Nor. Beliau mengingatkan peserta mengenai sifat cintakan dunia dan takutkan kematian yang menjadi penyebab umat Islam menjadi lemah. Para sahabat terdahulu mengutamakan cinta dan redha Allah Taala dalam setiap tindakan mereka. 

“ Kesalahfahaman tentang cinta hari ini. Cinta selera murahan yang dipandu oleh anak muda remaja hari ini. Kita rasa gerun dengan anak muda hari ini. Sebab itu kita ucap tahniah kepada penganjur berbicara tentang cinta dan meletakkan cinta pada tempat yang betul”, ujar Ustaz Riduan. 

Selesai forum, seluruh peserta yang hadir berasak-asak untuk mendapatkan novel dan autograf daripada kedua-dua novelis tersebut. Semua novel yang dibawa oleh kedua-dua pendakwah anak muda ini habis terjual menandakan sambutan baik diberikan oleh anak-anak muda sekitar kawasan ini.


p/s : Video clip akan menyusul di posting akan datang
Read full story

Friday, June 15, 2012

Perginya seorang Murabbi : Almarhum Ust Yahya Othman

0 comments
Seluruh ahli jawatankuasa pemuda PAS DUN Sura mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Us Yahya Othman yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada parti terutamanya dengan pengalaman beliau dalam mentarbiyah ahli memahami matlamat perjuangan Parti islam Se Malaysia (PAS). Semoga Allah Taala melimpahkan rahmat ke atas rohnya, amin
Read full story

Pemuda Penggerak Perubahan

0 comments
Cakna Komuniti Muda - Padang Jambu


DUNGUN RABU 13 jun 2012 : Program Cakna Komuniti Muda diteruskan lagi dalam usaha mendekati anak muda di sini. Kali ini kawasan padang permainan di Kampung Padang Jambu menjadi pilihan untuk seluruh AJK Pemuda Dun Sura turun meluangkan masa tanda pencaknaan PAS terhadap generasi muda.Kawasan tersebut menjadi tempat berkumpul anak muda di petang hari dengan permainan tumpuannya adalah bola sepak dan takraw.

Majlis yang berlangsung ringkas sekadar meraikan anak-anak muda itu bermula jam 6.30 petang bersama anak-anak muda yang sedang memanaskan badan untuk bermain bola sepak. Majlis dimulakan dengan ucapan Ustaz Muhammad Syukri M. Nazar, Ketua Lajnah Tarbiyah Pemuda Sura mewakili Pengarah MTD Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik. Beliau tidak dapat bersama petang ini kerana terpaksa bergegas ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu melawat jiran beliau yang koma.

" Petang ini saya mewakili YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Cg Wan Hapandi yang tidak dapat hadir kerana ada keuzuran. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pemuda yang sudi meluangkan sedikit masa untuk kami pada petang ini. Pesanan untuk kita semua, diharapkan dalam keaktifan kita bermain bola, jangan sesekali lupa sembahyang. Sekarang musim EURO. Jangan disebabkan berjaga malam, kita terlepas solat Subuh" ujar beliau menyampaikan nasihat

Kehadiran pemuda PAS di padang dilihat menarik perhatian para pemuda di situ sekaligus membuktikan slogan 'Orang Muda Geng Kite' bukanlah slogan kosong. Bahkan, slogan ini telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pemimpin UMNO sehinggakan mereka telah beberapa kali cuba menggangu aktiviti yang dianjurkan PAS bagi mendekati anak muda. Usaha PAS mendekati anak muda ini supaya anak muda tidak terus dirosakkan oleh gelombang gejala sosial yang tidak dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional.

Selepas itu, seluruh pemuda DUN bergerak ke gelanggan takraw. Sekali lagi, ucapan nasihat mewakili Pengarah MTD DUN Sura disampaikan oleh Us Syukri. Seluruh pemuda yang turun bermain memberi kerjasama yang baik serta mendengar dengan teliti setiap patah ucapan yang disampaikan.

" Bersukan adalah satu perkara yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam menjaga kesihatan badan. Kesihatan badan mendorong kita untuk lebih cergas beribadah. Kita mengharapkan pemuda di sini tidak lalai melaksanakan tugas ibadah kepada Allah sebagaimana kita mampu meluangkan masa untuk bersukan bersama-sama. Di samping itu, kita juga berharap pemuda-pemuda dapat bersama kita membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.Pemuda adalah pencetus kepada perubahan"

" Program yang kita buat ini tanda sokongan PAS kepada anak-anak muda. Insyaallah, sekiranya kita berjaya memerintah, lebih banyak program yang lebih bermanfaat akan diadakan bagi mengisi kehendak anak-anak muda"

Turut hadir dalam program ini adalah Ketua Pemuda UPU Bukit Chatak, Saudara Shahir dan Ketua Pemuda Padang Jambu, Saudara Nasir selain daripada Jawatankuasa Pemuda DUN Sura. Diharapkan masa depan anak muda akan lebih terjamin bukan setakat di dunia bahkan di akhirat dalam usaha gerak kerja dakwah yang dilakukan oleh PAS kali ini.

 Berita berkaitan :

Cakna Komuniti Muda - Sura Utara

Read full story

Thursday, June 14, 2012

Al-Fatihah Buat Al-Murabbi Ustaz Yahya Othman

0 comments
Seluruh ahli jawatankuasa pemuda PAS DUN Sura mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Us Yahya Othman yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada parti terutamanya dengan pengalaman beliau dalam mentarbiyah ahli memahami matlamat perjuangan Parti islam Se Malaysia (PAS). Semoga Allah Taala melimpahkan rahmat ke atas rohnya, amin

Us Yahya Othman di Ijtima' Tarbawi Pemuda


Ucapan Takziah Presiden

Kita baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS.

Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau.

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut.

Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.

Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.

Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sumber: Di sini

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy