oleh : Team Blogger Dun Sura
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah MTD Sura, Al-Fadhil Cg. Wan Hapandi Wan Nik. Beliau banyak menyentuh isu yang melibatkan remaja hari ini yang mudah dihanyutkan oleh arus gejala sosial yang merosakkan mereka.
“ Insyaallah, pada petang yang mulia, kita ini akan dibimbing oleh kedua-dua novelis kita untuk kita semua khususnya remaja mencari satu cinta yang sejati. Yang kita semua maklum, cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah dan RasulNya"
Beliau turut menegaskan bahawa cinta yang didirikan atas asas cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dalam kesempatan tersebut juga, beliau mengucapkan tahniah kepada Ameerah dan jawatankuasa pemuda kerana berjaya mengumpul anak-anak muda supaya mereka dapat memandu perjalanan hidup ke arah redha Ilahi. Beliau turut menghargai kehadiran dua orang novelis serta anak-anak muda bagi mengisi waktu ilmu yang baik. Sepanjang program, pelbagai perkongsian menarik diberikan oleh kedua-dua novelis terutamanya untuk seluruh remaja yang bersama dalam program tersebut.
“ Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini; semua itu akan disoal oleh Allah Taala. Kalau selama ini kita biarkan, kita relakan diri kita diajar tentang cinta oleh Li Min Ho seumpamanya, mereka tu tak kenal pun Allah. Jadi, bila kita biarkan diri kita diajar oleh orang yang tak kenal Allah erti cinta, mana mungkin cinta kita kenal Allah”, nasihat Ustazah Fatimah Syarha kepada seluruh hadirin.
Turut berkongsi cerita adalah Ketua Penerangan DPPM yang juga panelis kedua, Ustaz Riduan Mohd Nor. Beliau mengingatkan peserta mengenai sifat cintakan dunia dan takutkan kematian yang menjadi penyebab umat Islam menjadi lemah. Para sahabat terdahulu mengutamakan cinta dan redha Allah Taala dalam setiap tindakan mereka.
“ Kesalahfahaman tentang cinta hari ini. Cinta selera murahan yang dipandu oleh anak muda remaja hari ini. Kita rasa gerun dengan anak muda hari ini. Sebab itu kita ucap tahniah kepada penganjur berbicara tentang cinta dan meletakkan cinta pada tempat yang betul”, ujar Ustaz Riduan.
Selesai forum, seluruh peserta yang hadir berasak-asak untuk mendapatkan novel dan autograf daripada kedua-dua novelis tersebut. Semua novel yang dibawa oleh kedua-dua pendakwah anak muda ini habis terjual menandakan sambutan baik diberikan oleh anak-anak muda sekitar kawasan ini.
p/s : Video clip akan menyusul di posting akan datang
p/s : Video clip akan menyusul di posting akan datang
0 comments:
Post a Comment