Cakna Komuniti Muda - Padang Jambu
DUNGUN RABU 13 jun 2012 : Program Cakna Komuniti Muda diteruskan lagi dalam usaha mendekati anak muda di sini. Kali ini kawasan padang permainan di Kampung Padang Jambu menjadi pilihan untuk seluruh AJK Pemuda Dun Sura turun meluangkan masa tanda pencaknaan PAS terhadap generasi muda.Kawasan tersebut menjadi tempat berkumpul anak muda di petang hari dengan permainan tumpuannya adalah bola sepak dan takraw.
Majlis yang berlangsung ringkas sekadar meraikan anak-anak muda itu bermula jam 6.30 petang bersama anak-anak muda yang sedang memanaskan badan untuk bermain bola sepak. Majlis dimulakan dengan ucapan Ustaz Muhammad Syukri M. Nazar, Ketua Lajnah Tarbiyah Pemuda Sura mewakili Pengarah MTD Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik. Beliau tidak dapat bersama petang ini kerana terpaksa bergegas ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu melawat jiran beliau yang koma.
" Petang ini saya mewakili YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli dan Cg Wan Hapandi yang tidak dapat hadir kerana ada keuzuran. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pemuda yang sudi meluangkan sedikit masa untuk kami pada petang ini. Pesanan untuk kita semua, diharapkan dalam keaktifan kita bermain bola, jangan sesekali lupa sembahyang. Sekarang musim EURO. Jangan disebabkan berjaga malam, kita terlepas solat Subuh" ujar beliau menyampaikan nasihat
Kehadiran pemuda PAS di padang dilihat menarik perhatian para pemuda di situ sekaligus membuktikan slogan 'Orang Muda Geng Kite' bukanlah slogan kosong. Bahkan, slogan ini telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pemimpin UMNO sehinggakan mereka telah beberapa kali cuba menggangu aktiviti yang dianjurkan PAS bagi mendekati anak muda. Usaha PAS mendekati anak muda ini supaya anak muda tidak terus dirosakkan oleh gelombang gejala sosial yang tidak dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional.
Selepas itu, seluruh pemuda DUN bergerak ke gelanggan takraw. Sekali lagi, ucapan nasihat mewakili Pengarah MTD DUN Sura disampaikan oleh Us Syukri. Seluruh pemuda yang turun bermain memberi kerjasama yang baik serta mendengar dengan teliti setiap patah ucapan yang disampaikan.
" Bersukan adalah satu perkara yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam menjaga kesihatan badan. Kesihatan badan mendorong kita untuk lebih cergas beribadah. Kita mengharapkan pemuda di sini tidak lalai melaksanakan tugas ibadah kepada Allah sebagaimana kita mampu meluangkan masa untuk bersukan bersama-sama. Di samping itu, kita juga berharap pemuda-pemuda dapat bersama kita membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.Pemuda adalah pencetus kepada perubahan"
" Program yang kita buat ini tanda sokongan PAS kepada anak-anak muda. Insyaallah, sekiranya kita berjaya memerintah, lebih banyak program yang lebih bermanfaat akan diadakan bagi mengisi kehendak anak-anak muda"
Turut hadir dalam program ini adalah Ketua Pemuda UPU Bukit Chatak, Saudara Shahir dan Ketua Pemuda Padang Jambu, Saudara Nasir selain daripada Jawatankuasa Pemuda DUN Sura. Diharapkan masa depan anak muda akan lebih terjamin bukan setakat di dunia bahkan di akhirat dalam usaha gerak kerja dakwah yang dilakukan oleh PAS kali ini.
Berita berkaitan :
Cakna Komuniti Muda - Sura Utara
0 comments:
Post a Comment