Sunday, October 26, 2008

Lagu yang wajib dinyanyikan masa sekolah di zaman penjajahan jepun

0 comments

Dinyanyikan oleh Haji Mat. Lagu ini turut dinyanyikan oleh P Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din dalam filem Laksamana Do Re Mi (masa kali pertama naik tikar pandai terbang)



Aduss... klip ini bisa membuat perut kesakitan... huhu...
Read full story

Saturday, October 25, 2008

Ustaz Shahril Long 'Ceroii' turun ke Dun Sura

0 comments
oleh: Ketua Penerangan Pemuda Dun Sura


25 Okt 2008 - DALAM kerangka gerakkerja mempertahankan kemenangan Dun Sura,pihak Lajnah Penerangan dan Dakwah Pemuda Dun Sura akan menganjurkan satu ceramah Penjelasan Isu-isu Semasa pada Selasa 28 Oktober ini jam 9:30 malam.

Program ini yang bertujuan memberi pendedahan dan penjelasan berkaitan isu-isu semasa akan diadakan di cawangan Alur Tembesu.Penceramah-penceramah yang dijemput hadir adalah :


1) Ustaz Shahril Long ‘Ceroii’ (Penceramah Bebas)

2) Ustaz Abu Bakar Salleh (Ketua Pemuda PAS Marang)

3) Ustaz Wan Hassan Ramli (ADUN Sura / YDP PAS Dungun)

Diharapkan dengan penganjuran ceramah ini, sedikit sebanyak akan memberi pendedahan ‘ketidakrelevanan’ lagi UMNO kepada pengundi atas pagar & hardcore Umno yang tinggal di sekitar tempat ceramah tersebut.

Penulis masih tidak lupa, di kampung tersebutlah Dato Ahmad Said (ketika itu belum jadi MB lagi) turun padang kononnya untuk memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri meroboh masjid di RTB Kampung Bujal.

Malah pada malam tersebut juga, dua orang petugas PAS dihalang bagi merakam ucapan Dato Ahmad Said ketika itu.Ketidakjantanan petugas UMNO tersebut amatlah dikesali memandangkan pihak PAS sendiri tidak pernah menghalang pihak SB berada di program ceramah-ceramah yang dianjurkan.Walaupun kita sedia maklum, pihak SB tersebut ditugaskan untuk memantau dan mencari maklumat bagi pihak UMNO.

Pihak Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura juga akan menganjurkan aktiviti XPDC Dakwah seperti edaran risalah gejala sosial yang begitu kronik di zaman pemerintahan Islam Hadhari ini.


posted by Awang Ja
Read full story

Wednesday, October 22, 2008

JENIS manakah anda....???

0 comments
Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas

Artikel ini hanya sebagai pengetahuan tapi jangan terlalu percaya ok!!

Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.


Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.


posted by Awang Ja
Read full story

Relaks Sekejap...

0 comments
Oleh SamarQondy

Assalamualaikum wbt...

Pertama-tamanya pujian bagi Tuhan pemilik alam ini. Masih lagi di dalam Syawal, bulan mencabar keimanan dengan terbebasnya syaitan laknatullah melaksanakan misi dan visi mereka. Mengurangkan kesabaran manusia yang dibiasakan selama sebulan walaupun perut lapar. Menyemarakkan nafsu yang terbelenggu oleh tuntutan ibadah didalam Ramadhan yang mulia. Sesungguhnya aku memohon kepadamu Ya Rabbi untuk sentiasa 'On Track' agar tidak terbabas daripada perjuangan ini.

Hampir sepurnama aku tidak meninggalkan sesuatu untuk laman sesawang ini. Walaupun mutakhir ini laman ini menerima sumbangan daripada teman-teman yang setia dengan perjuangan. Teman-teman daripada Team IT Pemuda DUN Sura. Semoga Allah jua yang mengganjari sumbangan kamu semua.

Mutakhir ini aku lebih banyak memerhati fenomena politik tanah air. Baik daripada Kerajaan mahupun pembangkang. Tidak kurang juga dengan isu-isu semasa. Pergolakan demi pergolakan berlaku daripada pelbagai sudut. Dah nama pon politik.


Serius korang belum jumpa apa 'point'nya aku menulis... hehe. saat ini aku sendiri pon tidak bersedia untuk mengulas apa-apa isu.

Aku sebenarnya dalam kebuntuan apabila tidak dapat untuk akses kepada laman yang tersohor ini. Laman yang memberikan maklumat terkini daripada pelbagai sumber. Tidak kurang juga sebagai medan kepada kaki forum yang akhir2 ini kelihatan seperti 'sesumpah'. entah ler...

Untuk menghilangkan kebosanan ini aku paparkan beberapa program yang sempat aku ikuti

Muslimat di Ijtima' Aidil Fitri Perantau Terengganu

Apa yang ko snap tu bro??

tetap menjadi perhatian media

Dato' PJ PAS Terengganu & Ustaz Abu Bakar Chik serius mendengar respon peserta

Menjamu selera tanpa protokol 'no hal' bagi pimpinan PAS

YB Ustaz Wan Hassan berucap di program 'Pemuda Bersamamu..."

Sumbangan kepada anak yatim sempena Aidil Fitri

inilah bendera kita...

Fuuyyoo... Rugged woo...

Ucapan Ketua DPPKD sempena Karnival Pemuda (PERIDU 2008)
Read full story

Monday, October 20, 2008

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2008)

0 comments





TENTATIF PROGRAM

23 OKTOBER 2008 (KHAMIS)
09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA I

* YB Salahuddin Ayub
(Ketua Pemuda PAS Pusat)

* Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
(Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat)

* Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani
(Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu)


24 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

08.00-09.00 pg : PENDAFTARAN PESERTA

09.30-11.00 pg : BICARA PEJUANG
Bersama YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Naib Ketua Pemuda Negeri)

~Tayangan Video dan Khidmat Kesihatan Percuma (sepanjang program)

11.15- 12.30 pg : Pembahagian Tapak Khemah

01.00 – 02.00 Ptg : Solat Jumaat & Khutbah Sempena HIMPIT.

02.30 – 06.00 Ptg : PEMUDA PERKASA (Modul KHAS)
~Modul yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta seperti aktiviti pendakian bukit, aktiviti pantai dan lain-lain.

Solat Asar Berjamaah

06.00 - 08.30 Mlm : Khidmat Diri

Kuliah Maghrib HIMPIT

09.00 – 12.00 Mlm : CERAMAH PERDANA II

* Hj Mohamad bin Sabu
* YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut
* YBM Dr Syed Azman Syed Nawawi
* YB Ustaz Ariffin Deraman



25 OKTOBER 2008 (SABTU)

07.30 - 12.00 Pagi : PEMUDA BERSAMAMU

* LARIAN HIMPIT ‘08
* Bola Sepak Pantai
* Pertandingan Memancing
* Sukan Rakyat
* Rawatan Kesihatan

12.00 : PERASMIAN PENUTUP DAN PEMBAHAGIAN HADIAH
Oleh : Dato Hj. Mustafa Ali
(Pesuruhjaya PAS Terengganu)


posted by Awang Ja
Read full story

Friday, October 17, 2008

Kezaliman regim BN di Kampung Plentong Tengah,Johor.

0 comments
Saksikan rumah di Kampung Plentong Tengah menyembah bumi pada 16 Okt lalu.Penduduk kampung keluar beramai-ramai pertahankan hak mereka.Dimaklumkan seramai 25 orang ditangkap kerana menghalang kerja-kerja merobohkan rumah.
FRU diarahkan untuk menyuraikan demo dan benteng manusia.Walaupun sebagai ahli UMNO,ianya bukan satu jaminan buat anda dari terkecuali dari menjadi kezaliman kerajaan UMNO/BN ini............berita selanjutnya akan menyusul selepas ini.



















post by Awang Ja
Read full story

Wednesday, October 15, 2008

Minyak Turun Harga Barang Naik lagi

0 comments

Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini (15/10/2008)

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

1.Semua akhbar perdana menyiarkan tajuk minyak turun di muka depan. Biasalah apabila miyak turun maka pemimpin kerajaan mengatakan ini adalah rasa perihatin kerajaan terhadap rakyat. Waktu menaikan harga minyak ini adalah fenomena dunia dan harga global.


2. Masalah yang berlaku ialah minyak turun, harga barang tidak turun. Kalau tidak percaya pergilah ke pasar untuk memberli barang keperluan harian seperti ikan, sayur, kelapa. Harga ikan seperti ikan kembung, ikan selar kuning dulu boleh dapat dalam harga RM6 hingga RM7 sekilo sekarang sudah mencecah sampai RM10-RM12. Ini saya sebut ikan orang rakyat biasa makan. Bukan bapa menteri dan makan.

3. Pemimpin Umno mana dia ambil peduli berapa harga barang keperluan rakyat. Mereka tidak kisah kerana mereka wang banyak. Cuba tanya Pak lah, Datuk Najib, Khairi dan Mukhriz berapa harga sebiji kelapa dia tidak tahu. Mereka tidak kisah. Mereka perlu ambil tahu berapa harga orang itu.

4.Sekarang mereka berebut jawatan dalam semua peringkat dalam Umno. Mana ada agenda kempen mereka untuk angkat ekonomi rakyat dan hedak membela rakyat yang dilanda kesempitan hidup. Mana ada agenda untuk pastikan ekonomi rakyat cukup selesa, perumahan rakyat terbela, jauh sekalilah hendak bincang bab masa depan agama. Yang ada ialah agenda peribadi untuk aku pula berkuasa dan diganti pula dengan kroni aku pula. Kalau kita harap pemimpin yang bertanding samada proksi Pak Lah ke atau proksi Dr. Mahathir ke atau proksi Datuk Najib ke supaya membincang soal kehidupan rakyat ini adalah harapan yang silap. Kalau mengharapkan mereka hendak bincang masalah ini tunggu ikan keli tumbuh sisik

4. Kesilapan yang berlaku ialah kerana kerajaan telah menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa, sehingga meningkat bahan api untuk kos pengangkutan dan sebagainya. Maka atas alasan ini peniaga menaikkan harga barang. Mana pergi bijak pandai pemimpin Umno/BN kononnya merekalah yang bijak boleh membahagiakan rakyat. Kenapa mereka tergesa-gesa menaikkan harga minyak dahulu, tidak ada idea lain ke selain daripada menaikkan harga minyak. Sekarang minyak turun barang tidak mahu turun.

5. Biasalah harga barang apabila naik dia tidak turun dah. Macam umur manusia kalau umur 50 tahun dia tidak turun balik ke 45 tahun walaupun makan jamu dan awet muda. Contohnya pada 10/10/ 2008 Dato� Noh Omar umumkan bahawa kadar surcaj 30% tambang bas yang dibenarkan pada musim raya aidil fitri kekal, walaupun pada mula ia hanya untuk tempoh hari raya sahaja. Ini satu lagi projek tradisi menindas rakyat. Cuba bayangkan tambang bas daripada Alor Setar dulu RM30 sudah naik RM39. Menteri tidak ada masalah semua orang bayar.

6. Kita tidak pernah dengar apa plan tindakan secara berkesan sehingga rakyat terasa dengan tindakan kerajaan ini untuk memastikan harga barang keperluan rakyat biasa terbela. Kita juga tidak pernah dengar mesyuarat agung Umno bergaduh kerana idea untuk membela rakyat bawahan dan meningkat taraf hidup rakyat.

Read full story

Warga PAS - cukup-cukuplah!

0 comments
" TKO satu platform komunikasi & maklumat yang cukup laris di pasaran maya masakini! Tahniah warga TKO! Ia bukan saja menarik minat ahli-ahli PAS, tetapi juga berjaya menggamit kehadhiran ahli-ahli parti Keadilan, DAP,Umno dan lain-lain.

TKO bukan saja dikunjungi oleh mereka yang komited dengan politik dan perjuangan parti masing-masing tetapi juga menjadi kunjungan tetap pemerhati-pemerhati atas pagar- yang kemungkinan besarnya akan terpengaruh dan dapat dipengaruhi oleh apa yang dipaparkan di TKO ini.

Maknanya, pengunjung-pengunjung TKO ini pelbagai, ibarat pelancong..ada pengunjung tempatan, ada pengunjung luar..ada kaum Melayu, ada juga kaum Cina, India dll. Ada yang veteren, ada yang pertengahan, ada yang muda, dan saya percaya ramai juga yang remaja. Ada orang lelaki, ada juga orang perempuan....Ada ahli politik, ada profesional, ada peniaga, ada surirumah, ada pesara, ada penganggur, dan ada juga pencacai dan sb!! Hebat TKO ni!!!


Saya tidak berminat sebenarnya untuk mengambil bahagian dalam "sesi perbahasan" TKO membabitkan pimpinan PAS/ pemegang jawatan dalam PAS dan warga PAS yang saya percaya walaupun mungkin datangnya dari latarbelakang serta pengalaman yang berbeza, namun pastinya mereka semua adalah pencinta-pencinta PAS yang ikhlas memeperjuangkan Islam.

Sebagai seorang penyokong parti , saya melihat siri perbahasan & jawab menjawab - berkaiatan pendapat/ cerita/ senario berkaitan parti dan pucuk pimpinan tertinggi parti serta hubungkaitnya dengan kerjasama dengan umno / Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang sihat. Maaf..ini mungkin pandangan peribadi saya yang tidak begitu arif.

Tuan-tuan yang terlibat, saya percaya cukup hebat, cukup berjasa pada kejayaan parti, cukup berpengetahuan dengan apa yang tuan-tuan bahaskan...tetapi perlu diingat, kepelbagaian latarbelakang pengunjung TKO yang mengikuti perbahasan tuan-tuan....ada yang lagi keliru ( kerana semua nampak macam betul...dari hujjah masing-masing..tapi siapa yang betul...? kerana adanya juga perbezaan pandangan. ). Ada yang jadi bosan..

.Isu teguran TGNA pada Tok Pa dah lama selesai...tapi isu di bawah ni...di TKO ni...nampaknya berlarutan. Bila YB Khalid keluar dengan posting "terakhirnya" menjawab response pengunjung, kini muncul pula jawapan dari Zahidyusof dengan Khalid Samad pemegang microphone terakhirnya...Jadi...bila semua kemelut ni akan berakhir?

Sebagai seorang yang neutral, tidak kenal secara peribadi dan tidak memihak pada mana-mana yang terlibat, (tapi saya menghormati tuan-tuan sebagai pencinta Islam -yang pastinya mencari keredhaan Allah dalam apa jua tindakan), saya mohon....cukup-cukuplah!! Hentikanlah siri perbahasan ini di TKO. Pertikaian pandangan antara Songkok Putih dengan Tulang besi telah menyaksikan Mod berjasa dan berkaliber seperti Songkok Putih meninggalkan TKO. Apakah pula implikasi kemelut ini ? Siapakah pula yang nak letakkan jawatan? Jadi lagi sekali..saya mohon..cukup-cukuplah!

Saya percaya, isu ini tidak akan dapat ditamatkan di sini....sebaliknya perlu diselesaikan di satu platform lain yang lebih sesuai- dengan kehadhiran yang terlibat dan berkenaan sahaja. Tak perlu memaparkannya secara bersiri di sini kerana ia hanya mengusutkan lagi yang sudah kusut.

Samada tuan-tuan sendiri mengambil inisiatif untuk bertemu/berbincang atau, diusahakan oleh pihak ketiga ( jangan pencacai sudah...), terpulanglah. Yang penting, untuk kebaikan pasti, imej dan perjuangan parti tercinta ini,...selesaikanlah kemelut salah-faham yang timbul ini secara "anak-beranak"

Pada pucuk pimpinan PAS , saya berharap sangat agar perkara seperti ini diberikan perhatian serius. Maklumat konfidential/rahsia yang tidak dapat didedahkan pada penyokong/ahli-ahli memang wajar dirahsiakan. Tetapi bilamana ianya tidak rahsia, atau infor biasa, yang wajar dimaklumkan pada ahli/penyokong di bawah pimpinan, maka saya harap ianya akan segera disalurkan oleh sumber yang tepat (the right source/the right person/the right channel) supaya ia tidak menjadi ribut di cawan kopi- yang jika tumpah akan mengotorkan alas meja cantik putih....

Moga semua pejuang-pejuang Islam , kebenaran dan keadilan terus berdiri teguh di bawah pucuk pimpinan demi agama, bangsa dan negara!

Takbirrr!!!

Sumber : Tranungkite Online

p/s : Kami menasihatkan kepada anda semua agar tidak terbawa-bawa dengan polemik diantara pihak tersebut. Ini adalah satu contoh penulisan yang baik kerana mendamaikan mana-mana pihak yang bertelagah. Beginilah akhlak dan adab jamaah yang harus dicontohi. Syabas kepada penulis artikel ini...

Pemuda PAS DUN Sura tetap bersama dengan Kepimpinan PAS Terengganu
Allahu Akbar!!... Allahu Akbar!!... Allahu Akbar!!...
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy