Tuesday, March 29, 2011

Peluang Bersama Penulis Lirik Lagu Isabella

0 comments
DUNGUN 29 Mac, Selasa - Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan kumpulan Search, Anugerah Juara Lagu TV3 1989, Mohd Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman, 46, akan menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.


Ketua Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail menyeru para penduduk di daerah Dungun, khususnya di DUN Sura hadir beramai-ramai mengikuti ceramah yang akan turut disampaikan oleh para penceramah selain dari Bob Lokman.

baca seterusnya...di sini.
Read full story

Monday, March 28, 2011

DPPKD beri penghargaan kepada petugas yang meninggal dunia

0 comments
oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


DUNGUN 26 MAC 2011 - Suasana pilu dan sebak menyelubungi Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) kali ke 34 bilamana dua orang petugas dari pemuda Dungun diberi penghargaan istimewa bagi mengenangkan jasa pengorbanan mereka ketika bergiat aktif semasa hayatnya.

Keadaan bertambah pilu disaat pengerusi majlis tersekat-sekat membaca sinopsis penglibatan dua orang pemuda ini dalam gerak kerja parti sebelum menghembus nafas terakhirnya.

Pemuda yang dimaksudkan tersebut adalah Allahyarham Mustapha Kamal bin Man, AJK Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah,Dun Sura dan Allahyarham Mohd Shukri bin Abd Hadi, petugas Unit Amal Dun Paka dari Kampung Sura Hujung.



Allahyarham Mustapha Kamal meninggal dunia pada 18 Januari 2011 selepas sempat menyertai konvoi bermotosikal ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti UMNO di Chukai, Kemaman pada 15 Januari yang lalu.

Allahyarham menghembus nafas terakhirnya ketika tidur di rumahnya pada jam 4 pagi dan meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil.Semasa hayatnya Allahyarham bergiat aktif dalam aktiviti kepemudaan di Dun Sura dan juga merupakan AJK Keselamatan Dun Sura yang komitted dalam tugasannya.



Manakala Allahyarham Mohd Shukri meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan motosikal jam 9.30 malam ketika dalam perjalanan untuk bertugas di program Himpunan Warga FELDA di Felda Kerteh 1,Ketengah Jaya,Paka pada 18 Februari yang lalu.Beliau merupakan petugas Unit Amal Dun Paka yang sentiasa tidak ketinggalan dalam sebarang program yang dianjurkan.

Sijil penghargaan dan wang tunai daripada DPPKD disampaikan kepada wakil dari rakan Allahyarham oleh perasmi Mesyuarat Agung,Saudara Mazlan Aliman,Ketua Penerangan PAS Negeri Johor yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

Saudara Mazlan nampak sedikit terkejut bila pengerusi majlis membacakan yang Allahyarham Mohd Shukri terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke program yang beliau sendiri salah seorang pembentang kertas kerja pada sesi petangnya.Pada mesyuarat agung itu, perwakilan dan pemerhati menghadiahkan Surah Al-Fatihah kepada pejuang muda yang meninggal dunia ketika masih istiqamah dalam perjuangan menegakkan kedaulatan Islam di bumi Terengganu khasnya.


Berita terdahulu :

Sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno sebelum meninggal dunia

Read full story

Saturday, March 26, 2011

 Cerita di belakang kegagalan video seks?

0 comments


KUALA LUMPUR, 25 Mac: Di tengah-tengah kepanasan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada seorang yang sangat kreatif membuat lawak cerita belakang tabir kisah ini.

Video klip 3 minit 53 saat ini bakal menjadi antara video yang popular dalam Youtube.

Ia telah naikkan oleh seorang pengubahsuai video, Suaremerdeka, berdasarkan sebuah cerita zaman Jerman dijangka menjelang perang dunia kedua dahulu.

Ia mengisahkan bagaimana seorang pemimpin yang mereka panggil 'Datuk Seri' marah-marah ekoran kegagalan video seks terbaru yang didedahkan oleh Trio Umno.(hrkhdaily)
Read full story

Friday, March 25, 2011

Konvoi dari Dungun ke PGU2 Besut | FOTO

0 comments
oleh : unit IT pemuda dun sura
























PS : Konvoi ke Besut akan bersambung lagi


Read full story

Pilihan Raya Sarawak : Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan 27 Mac

0 comments
KUALA LUMPUR, 25 Mac : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Pemuda Pakatan Rakyat bersetuju membuat ketetapan mengeluarkan manifesto bersama khusus untuk generasi anak muda dan belia sekiranya berjaya menawan negeri Sarawak nanti.


Timbalannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata perkara itu dicapai pada pertemuan bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh pemuda DAP, PKR dan SNAP pada 23 Mac lalu di Kuching.

“Kami telah bersetuju bergading bahu dan bersepakat bersama untuk berusaha serta berazam menguasai Negeri Sarawak selepas Pilihan raya Negeri yang dijadualkan pada 16 April ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya Pemuda Pakatan akan melancarkan jenteranya pada 27 Mac inidi bandar.

Menurutnya, wakil-wakil daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyat akan memberikan motivasi, dan membakar semangat pemuda pada hari tersebut.

Beliau juga memaklumkan DPPP baru sahaja mengakhiri lawatan kerja ke Sarawak pada 22 hingga 24 Mac bertujuan untuk mengemaskini dan memastikan kelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS di Sarawak.

Azman mengetuai lawatan itu dengan Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Katanya, pada 22 Mac, DPPP telah mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS Negeri Sarawak berbincang dan memperkemaskan lagi jentera pemuda.

“Untuk memperincikan lagi susunan gerak kerja di Sarawak, pada 23 Mac 2011 DPPP mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid di kediamannya dan seterusnya bertemu dengan pemuda-pemuda Pakatan Rakyat di sebelah petangnya,” katanya.

Beliau menambah, DPPP akan membuat mesyuarat susulan segera di peringkat pusat, untuk menentukan serta memfokuskan peranan pemuda negeri-negeri untuk turun di dalam pilihan raya Sarawak.

“Kita berharap pemuda-pemuda PAS daripada Semenanjung Malaysia dan Sabah yang mempunyai kelapangan masa, mempunyai kekuatan wang dan fizikal dapat turun ke Sarawak bagi memberikan sokongan moral dan melicinkan gerak kerja pemuda-pemuda di Sarawak,” ujarnya.

sumber : harakahdaily

Read full story

Monday, March 21, 2011

PGU2 : Pemuda Terengganu gegarkan bandar Jerteh

0 comments
oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



video clip ehsan :


PGU2 : PEMUDA TERENGGANU GEGARKAN BANDAR JERTEH

Ribuan pujian atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh peserta konvoi yang ada sebahagiannya sudah bertolak awal pada petang Jumaat agar tidak terlepas peluang untuk menyertai ribuan hadirin pada program sesi pagi Sabtu.

Mulai jam 830 pagi, tapak program PGU2 mulai menerima kehadiran ribuan konvoi pemuda bermotosikal yang berT-shirt hijau muda.Ketibaan secara berperingkat ini dikawal dan diurus selia oleh marshall bermotosikal dan berkereta di sepanjang perjalanan.Sebelum itu,kelancaran dan keselamatan konvoi menjadi keutamaan disamping peserta tidak mengabaikan tuntutan kewajipan menunaikan solat di sepanjang perjalanan jauh ke tapak program.

Kepenatan sepanjang perjalanan ke tapak program terubat dengan coleteh yang tidak kering gusi oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus pada sesi Kuliah Dhuha PGU2.

Jam 12.15 tengah hari pula pemuda bermotosikal mulai menyelusuri jalanraya dari tapak program ke tempat berkumpul di Kg Pasir Akar untuk mengiringi Tok Guru merasmikan program PGU2 pada jam 2 petang.

Walaupun mereka ini tidak dijanjikan wang upahan, jaket dan topi keledar percuma...para pemuda ini masih mampu untuk 'gegarkan' bandar Jerteh untuk iringi ulama dan pemimpin tersayang mereka, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Kampung Pasir Akar ke tapak program PGU2 di belakang Masjid Hadhari Jerteh pada sesi tengah hari pula.

Ribuan terimakasih diucapkan buat pasukan polis trafik yang turut memberi kerjasama mengiringi bagi melancarkan perjalanan dari Kg Pasir Akar ke bandar Jerteh walaupun sedikit terlewat dan sudah separuh perjalanan konvoi.

Selepas majlis perasmian, peserta konvoi bermotosikal dari Kemaman,Dungun,Marang dan Kuala Terengganu mulai bertolak pulang ke destinasi masing-masing dengan bergerak secara berkumpulan.Sekali lagi gerombolan hijau muda berjaya menarik perhatian orangramai di sepanjang jalan tersebut.

Gelombang kebangkitan rakyat yang dimonopoli oleh golongan pemuda ini akan menjadi igauan buruk buat Umno / BN Terengganu dan mampu menjadikan 'PAS Ganti Umno' suatu realiti dalam PRU 13 nanti.


p/s : Gambar sekitar konvoi dan program PGU2 akan diupdate dalam masa terdekat ini...
Read full story

Sunday, March 20, 2011

Video : Sekitar Konvoi Bermotor Sempena Program PGU 2 ( Pas Ganti Umno ) Di Besut

0 comments


Video clip ehsan dari : Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut

Makluman dari Team IT Pemuda dun Sura

Gambar sekitar konvoi pemuda Dungun ke PGU2 Besut akan menyusul selepas ini...Unit IT Pemuda Dun Sura keletihan dan ada komitmen lain yang perlu diutamakan juga.InsyaAllah kami akan update dalam masa terdekat ini.

Ribuan terimakasih kepada peserta konvoi Dungun - Besut yang berdisiplin dan mematuhi arahan sepanjang perjalanan yang menjadikan semuanya berjalan lancar dan selamat dengan bantuan Illahi yang memberkati perjalanan kami ini..Allahuakhbar !!!
Read full story

Saman ekor: Kerajaan makan duit haram!

0 comments


Saya fikir kerajaan Malaysia yang bertulangbelakangkan Umno bertindak amat keterlaluan dalam isu memeras wang rakyat kerana kesalahan saman ekor.

Bagi saya, menekan dan memeras ugut titik peluk rakyat hanya kerana kes kesalahan yang sekadar dibuktikan melalui kamera semata-mata, amat menganiaya dan menzalimi orang ramai yang rata-rata sedang terhimpit dengan kos hidup yang tinggi sekarang.

Lebih zalim lagi, bagi mangsa yang tidak membayar (yang sudah pasti kerana merasa tidak bersalah) akan disenaraihitamkan sehingga dihalang daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu oleh JPJ.

Tidakkah itu berbentuk tekanan dan peras ugut terhadap rakyat hanya kerana kerajaan semata-mata dahagakan wang rakyat?

Bayangkan kenderaan yang sudah menjadi keperluan manusia hari ini, hanya kerana kesalahan yang tidak pasti, kemudahan yang ada menjadi satu kesusahan pula bagi mangsa saman ekor.

Malangnya, pihak kerajaan tidak langsung mahu mendengar suara hati rakyat yang meronta-ronta dan memberontak tidak bersetuju peras ugut itu. Kenapa begitu sekali?

Kebetulan, tadi, saya terbaca satu mesej mangsa saman ekor yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Mesej yang bertajuk 'Tak halal duit saman' berbunyi begini:

Saya bekerja dan tinggal di Kuantan. Satu saman direkodkan atas nama dan kenderaan saya di KLIA sedangkan ketika itu saya dan kenderaan berada di Kuantan. Walaupun saya rasa tak bersalah, tapi untuk mengelak disenarai hitam, terpaksa bayar juga saman. Agaknya begitulah nasib ramai lagi pengguna. Walaupun saman saya bayar, duit itu saya tak halalkan. - BENGANG SOKMO

Kepada saya, semua mangsa saman ekor jelas tidak menghalalkan wang mereka tetapi mereka terpaksa membayar kerana peras ugut oleh kerajaan sendiri!

Saya juga ada dengar satu kes melibatkan sahabat saya, iaitu Ustaz Abdul Hamid Bahatim dari Bentong. Beliau baru-baru ini apabila menyemak samannya di polis bahagian trafik, terperanjat besar kerana didapati ada saman ekor bernilai RM2,000 lebih.

Oleh kerana tidak mahu disenaraihitam (kerana sistem matalah dan sebagainya), beliau secara rela paksa terpaksa juga membayar jumlah tersebut. Tetapi selepas meminta senarai saman tersebut di kaunter, alangkah terperanjat besarnya beliau kerana kesalahan yang dibuat di lokasi yang tidak pernah beliau pergi seumur hidup dan pada catatan waktu yang amat mustahil baginya berada di situ.

Tetapi apa boleh buat? Siapakah pembesar yang sudi mendengar rintihan hatinya?

Saya fikir kes kesilapan seperti ini banyak berlaku kepada mangsa lain, namun pihak kerajaan tidak mahu langsung memperbaiki kesalahan atau sistem saman yang dimangsakan malahan berkeras mahukan wang rakyat.

Tidakkah kerajaan pimpinan Umno merasa sekelumit pun kesalahan apabila memeras wang daripada rakyat sendiri? Apakah denda yang dikenakan berbentuk hukuman untuk mengajar atau untuk memeras ugut rakyat yang melantik mereka memerintah?

Tidakkah yang menjadi mangsa saman ekor itu kebanyakannya rakyat bawahan yang hidupnya sekadar 'kais pagi makan pagi'?

Jika pimpinan kerajaan boleh bermewah-mewah keluar negara, mampu boros berbelanja, boleh berbelanja sakan dalam pilihan raya kecil, kenapa rakyat marhaen yang sudah susah mencari makan mahu disusahkan lagi kehidupan mereka?


sumber : selamatkan pahang
Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy