Monday, March 21, 2011

PGU2 : Pemuda Terengganu gegarkan bandar Jerteh


oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



video clip ehsan :


PGU2 : PEMUDA TERENGGANU GEGARKAN BANDAR JERTEH

Ribuan pujian atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh peserta konvoi yang ada sebahagiannya sudah bertolak awal pada petang Jumaat agar tidak terlepas peluang untuk menyertai ribuan hadirin pada program sesi pagi Sabtu.

Mulai jam 830 pagi, tapak program PGU2 mulai menerima kehadiran ribuan konvoi pemuda bermotosikal yang berT-shirt hijau muda.Ketibaan secara berperingkat ini dikawal dan diurus selia oleh marshall bermotosikal dan berkereta di sepanjang perjalanan.Sebelum itu,kelancaran dan keselamatan konvoi menjadi keutamaan disamping peserta tidak mengabaikan tuntutan kewajipan menunaikan solat di sepanjang perjalanan jauh ke tapak program.

Kepenatan sepanjang perjalanan ke tapak program terubat dengan coleteh yang tidak kering gusi oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus pada sesi Kuliah Dhuha PGU2.

Jam 12.15 tengah hari pula pemuda bermotosikal mulai menyelusuri jalanraya dari tapak program ke tempat berkumpul di Kg Pasir Akar untuk mengiringi Tok Guru merasmikan program PGU2 pada jam 2 petang.

Walaupun mereka ini tidak dijanjikan wang upahan, jaket dan topi keledar percuma...para pemuda ini masih mampu untuk 'gegarkan' bandar Jerteh untuk iringi ulama dan pemimpin tersayang mereka, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Kampung Pasir Akar ke tapak program PGU2 di belakang Masjid Hadhari Jerteh pada sesi tengah hari pula.

Ribuan terimakasih diucapkan buat pasukan polis trafik yang turut memberi kerjasama mengiringi bagi melancarkan perjalanan dari Kg Pasir Akar ke bandar Jerteh walaupun sedikit terlewat dan sudah separuh perjalanan konvoi.

Selepas majlis perasmian, peserta konvoi bermotosikal dari Kemaman,Dungun,Marang dan Kuala Terengganu mulai bertolak pulang ke destinasi masing-masing dengan bergerak secara berkumpulan.Sekali lagi gerombolan hijau muda berjaya menarik perhatian orangramai di sepanjang jalan tersebut.

Gelombang kebangkitan rakyat yang dimonopoli oleh golongan pemuda ini akan menjadi igauan buruk buat Umno / BN Terengganu dan mampu menjadikan 'PAS Ganti Umno' suatu realiti dalam PRU 13 nanti.


p/s : Gambar sekitar konvoi dan program PGU2 akan diupdate dalam masa terdekat ini...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy