Wednesday, December 26, 2012

Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno.


Oleh : Ustaz Idris Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah Pas Pusat


Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar  kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita. Sebagaimana doanya “Ya Allah jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku  dari kalangan orag yang dibeban hutang”. Islam tidak akan berkembang jika mereka yang terdahulu merupakan orang yang malas. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah seorang yang rajin dan tekun di dalam kerja mereka. Pas juga tidak berkembang pesat sehingga hai ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yamg malas. Tidak ada istilah menganggur dalam  menjalankan tugas perjuangan. Malahan mereka bekerja siang malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini. Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran “Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku”. (Nuh 71:5)

Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang palng unggul dan paling rajin di kalangan manusia. 


Kita jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Sebenarnya banyak kerja yang boleh kita lakukan. Jangan apabila sebut kerja di dalam parti hanya ceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan sahaja. Buatlah kerja asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah. Apa yang penting ikatan kita dengan jamaah. Duduklah di dalam apa posisi sekali pun. Jangan menjadi manusia yang rajin mencari kesalahn parti, tetapi malas bekerja. Pemikiran yang silap, jika ada di kalangan kita yang dimaksudkan terlibat dengan parti ialah mereka berceramah dan hanya memegang jawatan penting di dalam parti sahaja. Ada setengah di kalangan kita   yang berkemampuan hanya menggerakkan Pas di peringkat cawangan sahaja. Sebenarnya kekuatan Pas ialah berada di peringkat cawangan. Cawangan sahaja yang ada ahli. Mereka yang berada di cawangan boleh membuat culaan yan paling tepat kerana mereka kenal siapa yan berada di dalam daftar pemilih. Setengah dari kalanga mereka yang hanya mampu memberi wang kerana tidak berani menunjulkan diri atas sebab-sebab yang tertentu.Ada yang terlibat untuk urus PASTI di peringkat cawangan sahaja.Ertinya  apa sahaja tugas yang boleh menguntungkan parti maka bererti kita tergolong dari kalangan orang yang rajin, bukan seorang yang malas. Jangan kita menjadi manusia yang tidak memberi sumbangan kepada parti, lebih malang  membuat masalah kepada parti. Mereka ini rajin juga, tetapi rajin menghentam pimpinan yang bekerja. Tidak ada langsung simpati dan kasihan kepada mereka yang bekerja. Seolah-olah di dunia ini, mereka seorang sahaja yang betul.

Pemerhatian  saya di dalam parti, seorang yang rajin walaupun pada peringakat awal dia kurang cerdik, akhirnya ia menjadi seorang yang cerdik dalam jamaah. Tetapi seorang yang malas, walaupun seorang yang cerdik, lama kelamaan beliau menjadi seorang bodoh di dalam parti. Kunci kepada kejayaan seorang ialah rajin. Sifat malas membunuh benih kecerdikan, seperti pepatah Melayu menyebut “Belakang parang, jika diasah lama kelamaan ia menjadi tajam”.

Walaupun perjuangan Pas ini benar kerana berpegang kepada dasar yang tidak pernah diubah samaada sewaktu menang atau kalah, samaada keseorangan atau berkawan. Seperti di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3 “Dasar Pas ialah Islam”. namun jika ahli dan pimpinannya malas ia tidak akan mendatangkan kejayaan. Sebaliknya Umno yang dasar perjuangannya hanya untuk  kepentingan duniawi sahaja, jikalau ahlinya rajin, maka Allah akan beri  kejayaan kepada parti mereka. Sebagaimana Firman Allah SWT “Allah tidak menukarkan sunnah peraturannya”. (Fatir 35:43). Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Sepatutnya kita kena insaf, jika kita malas secara tidak langsung kita telah membantu menguatkan Umno. Mereka  suka jika kita malas bekerja. Mereka resah apabila melihat ahli Pas agresif dan tekun ketika bekerja. Pemimpin Umno tidak lena idur jika di setiap cawangan mempunayai seorang dua ahli Pas yang bekerja dengan agresif. Jangan  kita berdegar-degar marah kepada Umno. Kadang-kadang marah kepada Umno sehingga tidak boleh bertindih bayang. Malangnya dari segi gerak kekrja parti ” zero”

Sebab Seorang Itu Pemalas

@Seorang mejadi pemalas berpunca dariapa sikap sendiri. Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah.

@Sikap mengharapkan orang lain yang buat. Dia menganggap orang lain sudah buat, maka tidak perlu dia menyibukkan diri untuk buat kerja jamaah. Beliau boleh berpeluk tubuh sahaja.

@Berkawan dengan orang yang  malas.Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW “Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya”.

@Tidak rasa bersalah sedangkan beliau beristirehat di rumah dan berborak kosong di kedai kopi. Kita minta berlindung daripada Allah menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila malas buat kerja. Sebenarnya orang yang malas kerana hatinya sudah mati dan tidak ada perasaan untuk membantu parti.

@Tidak mahu menurunkan status kedudukan kerana anggapannya beliau hanya layak berada di tahap yang tinggi sahaja. Kerja kecil-kecilan ini bukan taraf beliau. Apabila tidak dapat berada di tahap ini maka ia menjadi penganggur di dalam parti.

@Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat. Apabila unsur ini tidak ada menyebabkan hatinya mati dan tidak bermaya. Memang kerja buat di dalam jamaah ialah sebagai bekalan kita selepas mati. Nasib malang akan menimpa kepada kita jika unsur ini sudah hilang dariapda sanubari dan kalbu kita.

@Bergaul denga orang yang berjiwa kecil. Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka Pas tidak mampu  melawan kekuatan musuh yang mempunyai kelengkapan.  Apabila kita rapat dengan mereka secara tidak langsung akan mengurangkan semangat untuk berjuang.memberi semangat berjuang. Banyak aktivis parti yang kecundang setelah berkawan  dengan orang yang berjiwa kecil. Sedangkan Nabi SAW bersabda “bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy