Monday, December 24, 2012

Isu Amanat: DPPP Jumpa Majlis Fatwa



Putrajaya: Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan satu pertemuan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu ' Amanat Haji Hadi' yang sedang diputar belitkan oleh pihak tertentu.

Isu 'Amanat Haji Hadi' ini kembali dibangkitkan oleh UMNO ketika bahang pilihanraya umum makin dirasai ketika ini. UMNO dilihat berada dalam keadaan ketakutan apabila melihat Presiden PAS semakin diterima segenap lapisan masyarakat. 


YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah berjaya menunjukkan contoh kepimpinan yang sangat baik ketika menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 - 2004. Tambahan, apabila perbincangan dalam muktamar yang dibawa oleh wakil Dewan Ulama' mengenai Presiden PAS adalah Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menguasai putrajaya turut menyebabkan UMNO tidak dapat tidur lena.

YB Dato' Seri Presiden yang dikenali oleh masyarakat sebagai seorang yang sangat lembut, prihatin serta cakna dengan rakyat cuba untuk digambarkan sebaliknya oleh pihak media. Isu ini dilihat mempunyai niat untuk menarik undi Melayu serta menakutkan non Muslim yang sekarang dilihat jelas sangat muak dengan kepimpinan UMNO.

Pertemuan dengan 'Majlis Fatwa' ini dilihat satu tindakan bijak daripada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat bagi membincangkan isi kandungan ucapan itu daripada sudut pandangan agama. Adakah pihak majlis fatwa bersedia untuk menyatakan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO adalah suatu perbuatan yang jelas menyeleweng daripada kehendak syariat?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy