Monday, December 24, 2012

Tuduhan Celupar: Apa Ukuran Muhyiddin?



SURA: Pemuda PAS DUN Sura mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai ‘bermulut celupar’ kerana mengatakan bahawa orang Melayu yang menyokong Umno adalah mungkar.

Kenyataan Muhyiddin itu hanyalah sekadar menurut neraca timbangan UMNO yang sangat sempit. Bahkan, kenyataan tersebut menjelaskan lagi betapa Timbalan Presiden UMNO itu bukanlah golongan yang memahami kehendak Islam kepada umatnya.

Sejak kebelakangan ini, tokoh-tokoh agama PAS sering diserang samada oleh media ataupun pemimpin-pemimpin utama UMNO. Mereka semakin bimbang kedudukan mereka terancam yang boleh menyebabkan segala penyelewengan yang dilakukan selama ini terbongkar.

Kalaulah Timbalan Presiden UMNO itu terlalu jahil untuk menilai, kita jelaskan kepada beliau bahawa segala kezaliman, penindasan, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, aktiviti dan program berbentuk maksiat; semuanya itu adalah kemungkaran. Fahami kaedah ini: kita dilarang oleh Islam untuk bersubahat dengan golongan yang zalim.

Masih tidak jelas? Fahami makna ayat di bawah:

 " ....... dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan menuju taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)" [Al-Maaidah: 2]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy