Sunday, December 16, 2012

"Putrajaya -insyaallah- akan ditawan oleh Islam!" - YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang


DUNGUN, 15 Disember 2012: YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang memperingatkan kepada masyarakat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan kemewahan dunia yang sementara. Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah penutup PGU 6.0 yang bertempat di Paka, Dungun.

Pada permulaan ucapan tersebut, beliau membaca Surah Al-Baqarah ayat 247. Ayat tersebut menceritakan perihal Bani Israel pada zaman dahulu yang mempersoalkan Thalut yang dipilih oleh Allah Taala sebagai pemimpin sedangkan Thalut bukanlah dalam kalangan orang yang berharta.

" Duit adalah alat, bukan matlamat kehidupan kita. Kena ingat. UMNO mengajar duit menjadi matlamat. Inilah ilmu yang diajar oleh Firaun, yang diajar oleh Abu Jahal, ilmu yang dibawa oleh Dajjal di akhir zaman" tegas beliau sebagai peringatan untuk seluruh lapisan masyarakat.

Selepas itu, beliau membaca ayat 51 daripada Surah Az-Zukhruf . Ayat ini pula mengisahkan kesombongan Firaun yang mendakwa kononnya segala kemewahan dan kemajuan di Mesir adalah di bawah telunjuk dan jasanya. Kesombongan inilah yang membawa kezaliman kepada rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO di Malaysia. Kezaliman yang paling nyata adalah tidak meletakkan syariat Allah sebagai panduan dalam memerintah rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menceritakan janji Nabi Sollallahu'alaihiwasallam kepada sahabat Sayyidina 'Adiyy Radiallahu'anhu bahawa kemenangan pasti berpihak kepada Islam.

" ... macam Putrajaya - insyaallah- akan ditawan oleh Islam. Jangan takut", jelas Tuan Guru menambahkan keyakinan para hadirin.


Dalam masa yang sama, Adun Rhu Rendang itu turut menyebut beberapa kezaliman yang dilakukan oleh UMNO kepada masarakat Melayu dan umat Islam. Mereka sekadar mendakwa memperjuangkan nasib Melayu tetapi merekalah pengkhianat kepada bangsa dan agama. Penahanan royalti kepada Kelantan dan Terengganu membuktikan UMNO bukanlah ikhlas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

Dalam kesempatan tersebut, beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba bergurau dan bermain dengan syariat Allah. Pelbagai tuduhan buruk terhadap hukum Allah Taala pasti mengundang kemurkaan daripada Allah Taala.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy