Saturday, December 15, 2012

" Wajib Bersama Perjuangan Islam " - YB ADUN Sura



DUNGUN, 15 Disember 2012: Al-Quran memperingatkan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam bahawa tugas yang besar adalah untuk memenangkan Islam sehingga ke peringkat pemerintahan. Sekalipun terpaksa berdepan dengan tentangan musuh, Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam tetap berkewajipan menjalankan tugas penting ini.

Begitulah antara intipati utama ucapan YDP PAS Kawasan Dungun selaku tuan rumah ketika mewakili PAS Kawasan Dungun pada Majlis Perasmian PGU 6.0 di paka tengahhari tadi. Majlis bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Alim Zakaria.

Beliau turut menegaskan, perjuangan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam di sambung pula oleh Sayyidina Abu Bakar Radiallahu'anhu selepasnya diikuti oleh para sahabat serta pewaris perjuangan ini sehingga hari kiamat. Dalam ucapan tersebut, beliau yang juga ADUN Sura memperingatkan para hadirin kepada hadis Baginda Solllahu'alaihiwasallam;

Dalam ucapan tersebut, beliau yang juga ADUN Sura memperingatkan para hadirin kepada hadis Baginda Solllahu'alaihiwasallam;

" Ketika gering Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam, para sahabat datang berkunjung dan bertanya kepada Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam: Wahai Rasulullah, apabila kamu telah wafat adakah belakang bumi lebih baik bagi kami atau perut bumi?".  Pertanyaan sahabat bermaksud hidup dengan mati setelah Rasulullah wafat, mana lebih baik kami umat Islam.

" Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam terus bersabda: kamu tengok tiga perkara: jika pemimpin kamu orang-orang yang baik, hartawan kamu pemurah (suka menderma) dan urusan kamu umat Islam dilakukan secara mesyuarat, maka hidup lebih baik bagi kamu daripada mati. Sekiranya pemimpin kamu jahat, orang kaya kedekut dan urusan kamu diserahkan kepada wanita, maka mati lebih baik daripada hidup", terang beliau.

Antara Muslimin & Muslimat Yang Hadir

Dalam kesempatan tersebut, beliau memperingatkan para hadirin tentang kewajipan bersama jemaah Islam. Beliau mengajak seluruh yang hadir untuk bersama PAS menumbangkan kezaliman UMNO - Barisan Nasional. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa kemunduran rakyat hari ini disebabkan oleh pemimpin jahat yang berpaling daripada sunnah Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Segala masalah seperti buang bayi, dadah, kemerosotan akhlak berpunca daripada kepimpinan yang tidak cerdik. Perkara ini pernah diperingatkan oleh Baginda Sollallahu'alaihiwasallam.

" Nabi memanggil Kaab bin Ujrah lantas bersabda: Mudah-mudahan Allah memberi perlindungan kepada engkau daripada kepimpinan yang bodoh. Kaab bertanya: apakah kepimpinan yang bodoh itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: pemimpin-pemimpin yang datang selepasku tetapi tidak mengambil petunjukku dan tiduk mengikuti jalanku", jelas beliau lagi

Di penghujung ucapan, beliau mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan, para petugas serta peserta yang bersama menjayakan program kali ini. Beliau turut menyampaikan penghargaan khusus kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS serta para penyumbang yang telah menginfakkan sumbangan masing-masing sehingga program dapat berjalan dengan baik.

" Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kita untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya umum yang ke - 13 akan datang", ujar beliau menutup ucapan selaku tuan rumah PGU kali ini.


Us Arifin Deraman Mewakili Panitia Induk PGU 6.0


Turut memberi ucapan adalah Ustaz Arifin Deraman selaku Pengarah Panatia Induk PGU kali ini. Beliau memperingatkan seluruh petuga supaya bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan keuzuran Pesuruhjaya BPPNT yang masih berada di wad dan tidak dapat bersama dalam program.

Program kali ini dipengerusikan oleh Us Zakaria Dagang, Penolong Setiausaha BPPNT.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy