Bermula semalam 18 Disember, beberapa jalan utama di Bandar Kuala Terengganu mula dibanjiri jentera-jentera berat pembina jalan raya dan kerja-kerja menurap semula dilakukan dengan segera. Tinjauan Buletinonline di jalan Sultan Mohamad Gong Kapas mendapati sehingga jam 2.00 pagi ini (19 Disember) taktor ‘Roadcare’ dan jentera penurap jalan ‘UEM- Road builder’ masih sibuk menurap jalan tersebut.
Amalan ‘membeli undi’ dengan pembangunan ‘mee segera’ adalah strategi yang paling kerap digunakan oleh BN diwaktu yang lalu.
Kali terakhir BN telah menggerakkan pembangunan ‘mee segera’ terus menerus selama 24 jam sehari dan menurap semua jalan di seluruh Ijok sebelum pilihanraya kecil DUN tersebut tahun lalu.
Bagaimana pun strategi ‘menggula-gula’kan rakyat dengan pembangunan ‘mee segera’ tidak dilaksanakan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Muhammad Mohd Taib (Mad Taib) akan turun ke Kuala Terengganu sekali lagi, hari ini untuk berkempen.
Kempen Mad Taib berselindung mempergunakan agensi kerajaan RISDA diberi nama Lawatan Kerja Menteri Penbangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Selepas merasmikan satu acara kecil ‘Kursus Kefahaman Koperasi Pekebun Kecil RISDA (yang mungkin sengaja diada-adakan) beliau akan bertemu dengan jentera pilihanraya UMNO di hotel Primula.
Selepas itu, beliau akan mula akan ‘membeli undi’ dengan menyampaikan sumbangan pakaian untuk kanak-kanak di Dewan Wisma Darul Iman.
Dalam perkembangan yang sama kira-kira 8,000 penduduk Tionghua di Terengganu akan menerima 'duit raya kilat pilihanraya' sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow mengumumkan demikian, walaupun Tahun Baru Cina masih jauh.
Beliau berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut menurut laporan akhbar Utusan Malaysia.
Beliau yang juga Pengerusi MCA Terengganu memberitahu, mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, warga emas berusia 65 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal serta duda layak memohon.
Sumber : Buletin Online
0 comments:
Post a Comment