Tuesday, January 13, 2009

Pengundi Rimas Kuala Terengganu Diserbu Polis


Kuala Terengganu : Kehadiran polis yang begitu ramai di P036 Kuala Terengganu telah mengundang rasa tidak senang dikalangan pengundi disini. Kelihatan kenderaan polis berselisih diatas jalanraya menggambarkan satu acara jenayah besar bakal berlaku di negeri ini.

Selain daripada itu, penglibatan polis daripada Cawangan Khas yang berpakaian preman berlegar-legar dikawasan ceramah dan program Pakatan Rakyat menambahkan lagi curiga warga bandaraya Kuala Terengganu.

"Kehadiran polis sekarang ini begitu ramai di Kuala Terengganu dan sulit untuk dikenal pasti. Mengikut maklumat yang diterima ada van besar yang penuhi orang-orang muda dan kenderaan ini diiringi oleh kenderaan polis. Kita sedang memantau mereka ini" ujar Hj Wan Abdul Mutalib Embong, Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PAS Terengganu dalam sidang media di Markaz PAS Kuala Ibai hari ini.


Manakala menurut sumber yang dipetik daripada Harakahdaily pula melaporkan kini keseluruhan anggota polis berkenaan berjumlah 12,000 termasuk 10,000 anggota yang dibawa masuk sebelum ini.

Wan Ahmad Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri sebelum ini didakwa gagal dalam menguruskan perkhidmatan 'orang yang dibuang daerah' (PCO) sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dan drastik di Negeri Terengganu. Tugas polis pula banyak ditumpukan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sama ada bertujuan untuk mengugut dan menakut-nakutkan petugas dan orang ramai yang hadir ke program tersebut. Mungkin ini sebabnya kadar jenayah meningkat terlalu tinggi di Negeri Terengganu.

Nama Wan Ahmad Farid juga pernah dikaitkan dengan 'Tragedi Berdarah di Batu Buruk' yang mengakibatkan 2 orang rakyat Terengganu ditembak dengan peluru hidup oleh anggota polis yang cuba mencetuskan provokasi di program anjuran BERSIH.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy