Thursday, January 8, 2009

"Pilihanraya Adil, Suasana Aman"


PAS akan meneruskan operasi menyampaikan maklumat kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu. Pelbagai strategi dan kempen telah dirangka untuk menghadapi pilihanraya P036 Kuala Terengganu kali ini.

Semalam satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh bekas 'Back Bencher Club' (BBC) bertempat di Terengganu Equestrian Club (TER). Kehadiran peserta ke program tersebut amat menggalakkan.

PAS juga akan meneruskan kempen rumah ke rumah selain daripada aktiviti calon PAS YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut bertemu secara lansung dengan pengundi.


"Kita mengharapkan kehadiran polis yang ramai di Kuala Terengganu supaya tidak dilihat untuk menakutkan pengundi di sini." Ujar Dato' Mustaffa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu ketika sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai hari ini.

"Kita nak pilihanraya yang adil dan suasana yang aman"

"Mereka (Polis) boleh bertindak dengan profesional mengikut bidang tugas masing-masing" tambah beliau lagi.

Menurut beliau PAS akan mengemukan laporan kepada polis apabila mempunyai bukti yang konkrit. Hasil daripada tinjauan kami mendapati semua jentera sedang bergerak dengan lancar.

Setelah selesai sidang media, kelihatan Calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut di perkarangan Markaz Tarbiyyah sempat bergurau dengan petugas media

"Saya ni sekarang dah macam berkahwin empat, sekaligus... Dulu satu saja. Apa tidaknya, dulu di DUN Wakaf Mempelam saya jaga dalam 20 ribu pengundi. Sekarang tambah lagi 3 DUN. 4 DUN sama dengan lebih kurang 80 ribu pengundi. Dah penuh 4 kuota" ujarnya secara berseloroh dan disambut gelak ketawa petugas media.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy