Thursday, April 30, 2009

Khabar dari TranungKite Online

0 comments
PERHATIAN:

I. Saya menerima notis daripada webmaster TranungKite Online (TKO). Antaranya berbunyi:

TKO akan dibuka pada 1 Mei 2009 dengan versi baru iaitu versi 9. Pada design tidak banyak berubah, hanya perubahan pada sistem dan database sahaja.

Jika tidak apa halangan, versi 8 akan dipapar sementara pada petang nanti, itu pun jika tiada sebarang masalah berlaku.

Pihak kami minta maaf, kerana semua dikalangan kami agak sibuk dengan tugas masing-masing sedang TKO memerlukan satu pemerhatian yang agak serius. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Musafir yang terlalu banyak membantu walaupun sibuk dengan tanggungjawab yang sedia ada.

Buat sementara sila ke http://www.detikdaily.net// atau http://www.utaraonline.net/ atau http://www.tkodaily.net/ sebagai melepas rindu.

- Tok Penghulu
30 April 2009 jam 9.00 pagi
Read full story

Tuesday, April 28, 2009

Pengumuman - Forum 'Borak Pemuda Bersamamu'

0 comments
Assalamualaikum...

Memandangkan laman TranungKite Online masih didalam proses penambahbaikan dan Kemaskini, kebanyakan pengunjung laman tersebut dan juga forumer kelihatan bercempera untuk berforum dan mendapatkan maklumat terkini. Oleh itu, satu usaha telah dijalankan oleh Team IT Sura yang kini diketuai oleh Akhi Mohd Faqli Mohd Nazar dengan mengadakan ruangan forum didalam laman ini.

Saudara/i sekalian boleh berforum dengan Klik diruangan Forum diantara Blogger dan Galeri atau pun klik URL ini : http://105188.forums.motigo.com/ .

Dengan menggunakan Slogan "Orang Muda Geng Kite" sebagaimana yang telah diterima pakai oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, maka dengan itu kami menyahut seruan tersebut dengan menamakan Forum ini dengan nama BORAK Pemuda Bersamamu sempena trade mark yang lalu pada laman ini

Sekian dahulu makluman kali ini dan selamat berforum...
Read full story

Jaguh Basikal Negara Dikunjungi YB ADUN Sura

0 comments


oleh : Ababil N27

DUNGUN 29 April Rabu - Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang baru-baru ini menerima kunjungan YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan rombongan di Kampung Pak Sabah, di sini.

Anak muda ini yang ingin mencipta kejayaan serentak di bidang sukan dan akademik akan ke Universiti Deakin, Melbourne, Australia, awal Jun depan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan sukan.

Beliau yang telah berjaya merangkul pingat perak di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia di Poland pada Mac lalu melalui acara pecut individu, turut disandarkan harapan negara untuk menggondol pingat emas di Kejohanan Olimpik London.




YB mengharapkan Azizulhasni menjadi contoh kepada
remaja yang ingin berjaya di bidang sukan

Melayan YB Dun Sura dan rombongan di meja makan


Bersama YB Ust Hj Wan Hassan, wakil PAS
Cawangan Pak Sabah dan rakan pemuda dari Dun Sura




Ikuti kejayaan beliau dalam blog 'mesin terbang'
Read full story

Perhimpunan membantah keputusan kabinet

0 comments
JOM KITE PAKAT GI DEMO...


KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan membantah keputusan kabinet berkaitan isu akidah umat Islam.

Pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor berkata, demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan masjid kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat, 1 Mei.

Kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Mengulas keputusan itu, Ridwan mendesak supaya Najib mengkaji semula keputusan itu berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku dinegera ini.

"Sudah tentu keputusan itu Umno mahu menarik sokongan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang," tegasnya.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi satu implikasi dan intikasi yang buruk pada masa depan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, himpunan 1 Mei itu mengajak seluruh rakyat Islam untuk menyatakan sikap mereka dan bukti kasih sayang kepada agama Islam.

"Jika tahun 1950 isu Natrah yang telah dimurtadkan melalui proses undang-undang pada hari ini kes itu berulang. Himpunan membantah isu Natrah itu juga telah berjaya menyatukan umat Islam tanpa mengira etnik," katanya.

Selain itu tambah beliau, ada usaha terancang untuk menjayakan misi permurtadan umat Islam di negara ini kerana kes itu telah berjalan lama.

Beliau berharap Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 bertanggungjawab menyelamatkan akidah anak-anak dan isterinya.

"Dalam Islam hak membela anak diberikan kepada bapa yang beragama Islam begitu juga jika ibu yang memelok Islam," tegasnya. _

Read full story

Larangan dari SPR atau UMNO...??

0 comments
oleh : awang ja

LARANGAN SPR (UMNO..???)
# PONDOK / BARUNG PANAS
# RAYU / PANCING UNDI

ADEGAN YANG TAK INGIN SPR/UMNO TENGOK......

bukan Islam dah mula beri sokongan kepada Parti Islam (PAS)
dalam aktiviti rayu undi di setiap PRK yang diadakan..


Golongan muda dikatakan memonopoli di setiap aktiviti rayu undi


ANTARA 'SPECIES' YANG TAK TAHAN DENGAN EJEKAN PERAYU UNDI
PAKATAN RAKYAT


berita terdahulu:



Read full story

Monday, April 27, 2009

PAS sedia 'korban' kerusi Penanti buat PKR

0 comments
PETALING JAYA Isnin April 27, 2009: PAS akan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada pilihan raya kecil yang bakal diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali, parti itu menghormati hak Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan calon mereka untuk mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

"Kita (PAS) tidak bercadang untuk bertanding di Penanti walaupun itu kubu kuat PAS. Kita hormati hak mereka (PKR).

"Setahu saya setakat ini PAS juga tidak ada perbicangan mengenainya (bertanding di Penanti),"katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau turut menafikan khabar angin yang mengatakan parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DUN Penanti.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mengizinkan sekiranya ada cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari PKR pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

Fairus sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjelaskan bahawa mereka tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Mustafa berkata, PAS akan tetap memberi sokongan kepada PKR sebagai satu pasukan.

"Macam juga kawan, kita akan beri sokongan jika kawan kita bertanding. Ini mereka (PKR) dalam Pakatan sudah pasti kita sokong,"katanya.

Ditanya sama ada PAS yakin PKR mampu mempertahankan kerusi DUN Penanti, Mustafa berkata: "Sudah pasti, kami yakin PKR mampu menang. Jika dilihat kepada 'track record' pilihan raya sebelum ini kita menang dengan majoriti yang besar. Saya lihat kita tidak ada masalah yang besar kali ini."

Tambahnya, PAS akan menggerakkan jentera parti itu sebaik sahaja tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti diumumkan oleh SPR.

"Kekuatan jentera masih belum diputuskan tapi kita akan membantu PKR. Jika di DUN kekuatannya berbeza dengan kawasan Parlimen," katanya.

sumber : mstar online
Read full story

Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei

0 comments
IMBAS KEMBALI....sebahagian pemuda Dun Sura bergambar di DUN Penanti ketika bertugas di PRK Parlimen Permatang Pauh yang lepas.

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.


"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN N.12 Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya pada sidang akhbar yang dipetik Bernama di sini hari ini.

Mohammad Fairus, 33, daripada KeADILan mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.
Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemaskini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, katanya 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Beliau berkata SPR mensasarkan kira-kira 80 peratus jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada hari tersebut memandangkan hari mengundi adalah hari Ahad, di mana sebanyak 82.1 peratus pengundi keluar mengundi untuk kawasan itu pada pilihan raya umum lalu.

Katanya SPR akan menggunakan Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala bagi urusan pengundian pos, proses pengeluaran dan pengiraan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah. - mks._


Aksi selepas dibelanja minum oleh Dato' Husam Musa....dok berapa nok senyum je Dato'.



Sebahagian konvoi pemuda Dun Sura di hari pengundian PRK Parlimen Pauh..sebahagiannya tadok suara doh.

Jangan terkentut doh laa....

Read full story

Penghargaan Pelajar Cemerlang 2008 Dun Sura

0 comments
oleh : Ababil


DUNGUN 26 April, Ahad - Seperti yang telah dijanjikan bahawa sumbangan kepada para pelajar cemerlang SPM, STPM dan STAM 2008 akan dimulakan selepas Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, maka baru-baru ini YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun dengan diiringi wakil PAS Cawangan telah mengadakan kunjungan kepada para pelajar cemerlang berkenaan sambil menyampaikan sumbangan peribadi beliau.

Sehingga hari ini, seramai 10 orang pelajar telah menerima sumbangan penghargaan dan setakat maklumat yang diterima seramai lebih 20 orang pelajar memperolehi kejayaan cemerlang dari beberapa buah sekolah menengah sekitar DUN Sura. Para pelajar yang menuntut di sekolah luar DUN Sura tetapi menetap dalam DUN Sura adalah di antara sasaran yang layak menerima sumbangan penghargaan ini.

Sebelum ini, kejayaan cemerlang para pelajar dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2008 turut menerima sumbangan penghargaan dari YB Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Hj Mamat Azlan menerima sumbangan bagi pihak anaknya Nurul Hafizatul Syafiqah,
pelajar cemerlang SPM dari SMKA Kuala Abang di Kg Tanah Lot .Turut mengiringi Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Sura (Empat dari kiri).


Adik Fatin Nabila Bt Mohamed Yusuri, pelajar cemerlang SPM dari
SMKA Kuala Abang, penerima sumbangan dari Kg Jalan Lembah.


Adik Mardhiah Bt Nordin, pelajar cemerlang STAM dari Maahad Tahfiz Padang Midin
ditemani bapanya menerima sumbangan daripada YB ADUN Sura


Adik Ummi Malihah Bt Mohmad Nisman, pelajar cemerlang STAM dari
SMA(A) Sultan Zainal Abidin, penerima sumbangan dari Kg Alor Tembesu.


PAS Untuk SEMUA...kejayaan diraikan tanpa mengira agama dan bangsa,
abang kepada pelajar cemerlang SPM SMK Sultan Omar menerima sumbangan
bagi pihak adiknya Pok Yen Tine di Pusat Perniagaan Sura Gate, Dungun.
Read full story

Saturday, April 25, 2009

TAZKIRAH : Temuduga Sebagai - Calon Jenazah

0 comments


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".



Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah


sumber : : ingat TANGGUNGJAWAB kita
Read full story

Friday, April 24, 2009

ALTANTUYA - Perkataan baru dalam Cambridge Learner's Dictionary

0 comments
oleh : Awang Ja
Jumaat 24 April 2009



Artikel pendek bergambar kali ini sekadar memanjangkan apa yang penulis terima dari email tempoh hari.
Penulis sendiri tidak pasti adakah ianya dari sumber yang betul atau sekadar gurauan sinis buat Perdana Menteri yang baru sahaja memanaskan kerusi empuk PM itu.
Buat apalah diperam bahan yang dirasakan perlu dikongsikan bersama-bersama dengan pembaca sekalian.
Jika ada para pembaca yang berkesempatan untuk menyelidiki kesahihan bahan ini, Team IT Pemuda Dun Sura amatlah berbesar hati dan mengalu-alukan tindakan tersebut.





Cambridge announced the publication of 3 dictionaries for Malaysian markets, recently.
Included in the Learner’s edition are some of the new words approved by Dewan Bahasa Dan Pustaka, one of which is “Altantuya”.
However, sources said these books may be pulled off the shelves soon as Najib, the new Prime Minister of Malaysia, has issued an order to ban these publications.
Read full story

Most Dangerous Frog in The World

0 comments


The poison dart frog of South America, scientific name Phyllobates terribilis, is arguably the most dangerous animal in the world. To a laboratory mouse the frog's skin secretions are more than 400 times as toxic as the venom of a king cobra.

What are the most dangerous frogs in Malaysia?

http://speakforperak.blogspot.com/
sumber : Cina Islam


Read full story

Pakatan tolak syor SPR hadkan penyokong

0 comments
Jumaat April 24, 2009
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK





PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat berkeyakinan cadangan bagi mengehadkan kehadiran jumlah penyokong parti politik pada hari penamaan calon, hari mengundi mahupun semasa pengumuman keputusan tidak akan dilaksanakan.

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah sebulat suara tidak bersetuju dengan cadangan yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perkara tersebut semalam.

"Kita semua tidak setuju sebab kalau orang tak ramai... tak meriah, kita pun tak langar apa-apa undang-undang.

"Jadi nampaknya dah kita tak setuju, pilihan raya akan dijalankan seperti biasalah," kata beliau ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan antara wakil-wakil Pakatan Rakyat dengan SPR di sini semalam.


SPR mengadakan pertemuan itu bagi mencari penyelesaian bagi mengelakkan kehadiran ramai penyokong di pusat penamaan calon dan pengundian sehingga menyukarkan pihak polis mengawal keadaan ketika pilihan raya khususnya semasa pilihan raya kecil diadakan.

Justeru, semalam SPR mengadakan pertemuan secara berasingan dengan wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kaedah bagi memperbaiki kelancaran proses pilihan raya.

Wakil BN mengadakan pertemuan dengan SPR pada sebelah pagi manakala komponen Pakatan Rakyat pula mulai 2.30 petang semalam.

Tambah Mustafa, Pakatan Rakyat melihat kehadiran penyokong dengan jumlah yang ramai tidak akan mencetuskan masalah besar hingga mengganggu proses pilihan raya.

"Kadangkala wujud sedikit kececohan. Itu perkara biasalah... tetapi masih dalam keadaan terkawal," katanya.

Jelas beliau lagi, Pakatan Rakyat juga menidakkan dakwaan SPR bahawa jumlah penyokong yang ramai pada hari mengundi boleh menjejaskan kehadiran pengundi bagi menjalankan tangungjawab mereka.

"SPR kata bila orang ramai, pengundi tak berani datang mengundi... tapi kita bagi hujah pada SPR dengan mengatakan sebenarnya pengundi tetap ramai yang keluar mengundi," katanya.

Ditanya mengenai usaha SPR untuk menguatkuasakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berkaitan mengenai larangan berkempen selepas waktu tengah malam hari terakhir berkempen dan sepanjang hari pengundian, beliau berkata, Pakatan Rakyat semangnya mematuhi arahan tersebut.

"Kita memang patuhi arahan itu sejak dulu lagi, kita tak berkempen dengan ceramah selepas waktu tengah malam dan hari mengundi," katanya.

Menjelaskan berhubung kehadiran penyokong dan perayu undi yang ramai pada hari pengundian, beliau berkata, perkara tersebut tidak bertentangan dengan undang-undnag.

"Merayu undi pada hari mengundi tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Merayu dibenarkan di luar kawasan 50 meter daripada tempat mengundi," katanya.

Ditanya sama ada SPR memohon sebarang jaminan daripada Pakatan Rakyat agar mengawal perlakuan para penyokong mereka, Mustafa berkata, SPR tidak menyatakan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu Naib Presiden PKR, R. Sivarasa yang turut hadir dalam pertemuan tersebut berkata, pihaknya juga membangkitkan mengenai kenyataan beberapa pihak berhubung trend mengosongkan kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

Jelas beliau, mengikut undang-undang sesuatu pilihan raya mesti diadakan jika wujudnya kekosongan.

"Undang-undang itu jelas... berdasarkan Perlembagaan Persekutuan jika ada kekosongan, wajib diadakan pilihan raya kecil.

"SPR tidak boleh sekat sama ada kekosongan itu munasabah atau tidak munasabah kerana itu semua tidak berbangkit langsung.

"Jadi kita mesti menghormati hak dan pilihan raya kecil mesti diadakan," katanya.

Mengenai kekosongan kerusi kawasan DUN Penanti, Sivarasa berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan pilihan raya kecil di DUN berkenaan akan diadakan.

"Beliau berkata pilihan raya Penanti memang akan diadakan, tapi tak dinyatakanlah bila tarikhnya... SPR akan umumkan pada Isnin ini," katanya.

Wakil Pakatan Rakyat yang turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), Tan Kok Wai (DAP-Cheras), Jeff Oii (DAP-Jelutong), Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Fong Kui Loon (DAP-Bukit Bintang) dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Ditanya sama ada SPR memaklumkan untuk melaksanakan undang-undang baru pada pilihan kecil Penanti, Mustafa berkata: "Kalau pandangan kita ini diterima iaitu tiada sekatan terhadap jumlah penyokong, maka semuanya macam biasalah."

Dalam pada itu BN yang mengadakan pertemuan dengan SPR pada sebelah pagi semalam mengambil ketetapan menyokong sebarang usaha suruhanjaya tersebut bagi melancarkan proses pilihan raya.

Pegawai Khas kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Abu Khamis yang ketika ditemui berkata, pihaknya sentiasa positif dengan keputusan SPR untuk melaksanakan apa jua usaha untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar.

"Kami akan menyokong apa jua yang akan dibuat oleh SPR yang tidak timbulkan ketegangan dan boleh berikan kebaikan kepada pengundi dan rakyat," katanya.

Bagaimanapun ditanya sama ada perbincangan bersama SPR turut membincangkan mengenai cadangan mengehadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon dan hari pengundian, beliau berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan.

"Mengenai jumlah kehadiran penyokong, perkara itu tidak timbul (dibincangkan), kita hanya beri pandangan untuk kelancaran pilihan raya," katanya.

Selain Abu, wakil BN yang hadir ialah Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow dan Setiausaha Eksekutif MIC, Ramany Krishnan.

# SPR kuat kuasa had penyokong, larang berkempen di Penanti

Read full story

Thursday, April 23, 2009

Coretan Kepada Yayasan Terengganu oleh Insan Yang Pernah Teranaiya

0 comments
Daripada,

Insan Yang Pernah Teranaiya,
Terengganu Darul Iman.

Kepada,

Pengerusi,
Jawatankuasa Pemilihan Pelajar,
Tajaan Yayasan Terengganu.

Pengerusi,
Pawatankuasa Pemilihan Pinjaman Sultan Ismail Nasharuddin Syah,
Yayasan Terengganu,

Exco Kerajaan Terengganu,
Yang Berkaitan Langsung Dengan Pemilihan Tersebut.

Pengerusi-Pengerusi JKKK,
Yang Bertanggungjawab Sebagai SESIPUT.

dan

Semua Angkatan Jawatankuasa ( Yang Jadi Dalang Sahaja),
Luaran Atau Dalaman,
Pemilihan Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Kekalian.

Tuan-Tuan,

PERINGATAN SUPAYA PEMILIHAN PELAJAR BARU BAGI
PERMOHONAN PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASARUDDIN SYAH
BERSIH DARIPADA SEBARANG DISKRIMINASI POLITIK.

Dengan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, warkah ini bertujuan untuk memperingati semua ahli jawatankuasa pemilihan ( terutama pengerusi dan exco ) supaya pemilihan tajaan bagi pelajar agama dibawah Yayasan Terengganu dijalankan dengan penuh bersih dah mengikut hukum-hukum syara'.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak pelajar yang telah membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman itu telah pun melalui pelbagai prosedur yang rumit bagi menyelesaikan proses mengisi borang melanjutkan pelajaran di timur tengah dibawah KPT ( sebagaimana pihak tuan maklum ).

4. Ini kerana, pihak Yayasan Terengganu hanya memberikan pinjaman sahaja kepada mereka-mereka ini tampa menguruskan kemasukan mereka ke universiti-universuti di timur tengah dan prosedur ini juga hanya diwartakan kepada pelajar yang memohon didalam bidang agama sahaja.

5. Ini berbeza dengan pelajar yang memohon di dalam bidang perubatan. Bagi mereka ( bidang perubatan ) yang terpilih, segala hal dan urusan kemasukan semuanya diurus beres oleh pihak Yayasan Terengganu. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pihak tuan tidak lagi mengambil peduli kepada pelajaran agama dan ini amatlah menyedihkan.

6. Nilai tajaan kepada pelajar perubatan juga ditambah tetapi saya dimaklumkan, nilai pinjaman pelajar agama di timur tengah terutama di Jordan tidak lagi dinaikkan. ( terdapat malumat YT telah pon menaikkan pada 2 atau 3 tahun lepas, namu nilai kenaikan itu hanyalah daripada RM 10, 000 setahun kepada RM 12, 000 setahun ).

7. Tambah menyedihkan apabila terdapat sebilangan pelajar yang sepatutnya layak mendapat hak untuk mendapat pinjaman tetapi telah dinafikan hak. Saya faham, ini bukanlah kehendak staf-staf yang berada di Yayasan Terengganu bahkan ia adalah satu keputusan mesyuarat "board" pemilihan yang saya difahamkan dipengerusikan oleh seorang exco yang berkaitan dengan pendidikan negeri.

8. Keputusan ini dikeluarkan kerana mereka telah mengenal pasti status politik keluarga pemohon. saya difahamkan golongan yang bertindak sebagai sesiput seperti yang saya nyatakan diatas ( yang kejam dan dengki sahaja bukan semua ) telah memainkan peranan utama mereka didalam mengenal pasti status keluarga pemohon. Ini mungkin disebabkan mereka takut suatu hari nanti, pelajar yang ditaja pula yang akan menentang kerajaan.

9. Ketakutan ini teserlah lagi apabila seorang exco kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa " pelajar dibawah Yayasan Terengganu tidak akan menentang kerajaan apabila mereka pulang ke Terengganu..". kenyataan ini dikeluarkan apabila seorang wartawan bertanyakan kepadanya " adakah pelajar-pelajar di timur tengah akan menentang kerajaan apabila mereka pulang kelak?". Kejadian soal menyoal ini berlaku ketika sidang media pada akhir majlis graduasi sebuah sekolah elit kerajaan Terengganu pada akhir tahun lepas.

10. Walau apa jua sekali pun, saya amat berharap agar pemilihan pelajar tajaan baru pada tahun ini bersih dari sebarang anasir-anasir diskriminasi politik. Tetapi, jika tuan-tuan tidak takut akan azab dan larangan Allah taala serta menganggap perintah Allah yang menyuruh manusia agar memegang amanah dengan baik adalah sia-sia, buatlah apa yang tuan-tuan suka. Kami insan-insan yang kerdil ini tidak dapat memberi apa-apa kata nasihat supaya diterima tuan-tuan memandangkan terdapat juga segelintir rakan-rakan seangkatan tuan ( lulusan agama ) faqeh dalam hal ini. Mereka lebih tahu akan balasan yang akan tuan dapat daripada Allah akibat daripada kebrontokan tuan.

11. Kami yang berada dimeja bertentangan amat berharapkan agar tuan tidak mengulangi kesilapan ini sebagaimana tahun-tahun yang lepas.

12. Akhir kalam, jadilah pemerintah yang baik, yang adil pada sekalian rakyatnya.

13. Saya meminta maaf atas segala kata-kata yang kurang sopan yang terdapat didalam warkah ini. Semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk-Nya. Insya Allah.

Sekian, wasslam


"Membangun Menurut Islam"
"Berkhidmat Untuk Islam"



Saya yang menurut tanggungjawab,

.......................................................
( insan yang pernah teranaiya )

* tulisan ini tidak memerlukan tandatangan


BERITA TERDAHULU :

# ADUN Sura Usaha Bantu Pelajar Yang Dinafikan Hak

# Perjalananku...terima kasih (buat mereka yang membantu di Dun Sura)


sumber : danialrazali.blogspot.com
Read full story

Wednesday, April 22, 2009

Lelong 16 Camry baru bazir wang, kata Nizar

0 comments
Ipoh 21 April 2009 : Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak untuk melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan exco Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Nizar berkata, kerajaan negeri kudeta yang baru itu sepatutnya menggunakan terlebih dahulu kereta tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru sahaja dibeli Januari lalu.

"Kereta itu semua masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?

Sebelum itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sanggup mengguna kereta lama yang telah dipakai oleh kerajaan BN Perak sebelumnya. Setelah hampir setahun baru ianya ditukar.

"Pada saya, elok mereka gunakan dahulu kerana tindakan membeli kereta lain bagi menggantikan Camry itu adalah sesuatu yang membazirkan duit rakyat," katanya seperti disiarkan mStar Online, hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Perak kudeta dikatakan akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Ipoh semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung pada 4 hingga 18 Mei ini dan kereta-kereta tersebut boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, kesemua kereta Camry tersebut dibeli oleh pihaknya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang telah empat tahun digunakan oleh kerajaan BN sebelum Pakatan menerajui kerajaan Perak pada Mac tahun lalu.

"Kita pakai tidak sampai setahun tapi kos penyelenggaraan untuk sebuah kereta V6 amat tinggi sehingga ada yang mencecah RM80,000, boleh beli sebuah kereta lain pula.

"Jadi kita ambil keputusan untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Camry kerana jika diikutkan harga, harganya hanya RM96,000 sebuah berbanding V6 yang berharga RM102,000.

"Selain itu, Toyota Camry lebih tahan lasak dan kos penyelenggaraannya juga lebih murah berbanding V6," katanya.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, pembelian Camry oleh Pakatan itu juga bukanlah satu kesalahan memandangkan kerajaan BN sebelum itu yang diterajui Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli sememangnya telah mempunyai peruntukan untuk menukar kereta rasmi kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada BN akan membeli kenderaan rasmi yang baru atau menggunakan Perdana V6 yang lama.

Nizar berkata, jika BN mahu terus mempersoalkan pembelian Toyota Camry itu yang dikatakan tidak mengikut dasar negara yang mahukan penggunaan kereta tempatan, beliau turut mahu mempertikaikan pembelian Mercedez sebagai kereta rasmi kerajaan negeri di Terengganu dan Volvo di Sabah.

sumber : Cina Islam
Read full story

Toyota Camry yang diguna Exco Pakatan Rakyat Perak dilelong

0 comments
IPOH 21 April 2009: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.


Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.

sumber : Mstar
Read full story

Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru.

1 comments
Oleh : Hamdan MS

KOTA BHARU, 20 April: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.

Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.

Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.

Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.

Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.

sumber : Siasahdaily

Read full story

Monday, April 20, 2009

Speaker Perak difitnah

0 comments


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 20 April 2009.


Speaker Difitnah Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab


Saya rasa terperanjat dengan berita yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Menurut Akhbar NST ada pihak yang mengatakan bahawa saya sedia maklum tentang Sidang DUN pada 7 Mei 2009 dan sayalah yang memberi arahan untuk mengeluarkan notis tersebut. Saya membantah sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang yang membuat kenyataan akhbar itu mengatakan bahawa saya ‘tipu’. Saya tidak akan membiarkan perkara ini. Ini merupakan satu lagi usaha untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya. Kalaulah tududah yang dibuat itu benar kenapa pula orang yang mengeluarkan kenyataan itu tidak berani memberi identitinya dalam akhbar. Kenapa hanya mengatakan sebagai orang yang ada kena-mengena dengan Pejabat Menteri Besar.

Saya tidak diberitahu tentang Persidangan 7 Mei 2009. Pada 16 April 2009 (Khamis) saya ada dengar maklumat daripada salah seorang ADUN bahawa sidang DUN akan diadakan pada 7 Mei 2009. Menurut beliau maklumat ini diperolehi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Saya tidak tahu apa-apa tentang sidang DUN tersebuat sehingga hari itu. Saya mengharapkan perkara itu akan dimaklumkan kepada saya secepat yang mungkin. Pada keesokan harinya iaitu pada 17 April 2009 (Jumaat), saya telah menerima panggil telefon daripada beberapa orang ADUN untuk menanyakan tentang notis yang diterima oleh mereka. Saya rasa begitu marah kerana notis dikeluarkan tanpa pengetahuan saya. Notis telah dihantar ke Pejabat DAP untuk ahli-ahli Dewan Negeri DAP. Untuk ahli-ahli yang lain saya tidak ada maklumat bagaimana ia diserahkan.


Selepas itu, saya menghubungi Pejabat Speaker saya untuk menanyakan samada saya menerima apa-apa surat berkaitan Persidangan DUN pada 7 Mei 2009. Saya diberitahu bahawa satu notis telah dihantar ke pejabat saya lebih kurang jam 10 pagi. Notis yang sama telah dihantar oleh Setiausaha Dewan kepada semua ADUN-ADUN yang lain. Saya telah melihat notis itu lebih kurang 1 petang. Saya hanya berjumpa dengan Setiausaha Dewan En Abdullah Antong lebih kurang jam 3 petang selepas beliau balik daripada sembanyang Jumaat. Perjumapaan saya dengan Setiausaha Dewan itu adalah selepas notis dikeluarkan olehnya tanpa sebarang rundingan dengan saya.


Dalam perjumpaan informal itu, saya juga tidak melihat apa-apa dokumen daripada Istana yang mengesahkan persidangan pada 7 Mei 2009. Saya hanya diberitahu tentang persidangan itu selepas notis dikeluarkan dan bukan seperti mana yang dituduh dalam Akhbar NST. Saya akan membuat siasatan penuh mengenai maklumat palsu yang disiarkan dalam Akhbar NST hari ini. Tindakan ini amat memalukan dan mencemarkan nama saya sebagai Speaker Dewan Negeri Perak.


V.Sivakumar
Yang Dipertua Dewan Negeri
Perak Darul Ridzuan
http://speakforperak.blogspot.com/
Read full story

Ruangan Iklan

0 comments
Sudut A
Buat masa ini kami menawarkan ruangan iklan untuk sudut kanan atas sebagai permulaan tapak iklan dilaman ini. Iklan yang ingin dipapar adalah bersaiz 125 x 125 pixels. Iklan ini akan sentiasa dapat dilihat walau pembaca membuka dan klik mana-mana ruangan didalam laman ini. Hanya terdapat 4 ruangan iklan sahaja bagi sudut ini.

Sudut B
Dalam proses pembinaan. akan diumumkan secepat mungkin.

Prosedur Tempahan Iklan
Untuk menempah ruang iklan sila email kepada Unit Pengiklanan kami samarqondy@gmail.com(E-mel biasanya dijawab tidak lebih daripada 3 hari. Jika e-mel anda tidak dijawab, sila e-mel semula ada kemungkinan e-mel tersebut termasuk dalam bulk emel atau tetinggal kerana e-mel ini juga digunakan untuk urusan lain)

1. Hantar maklumat iklan seperti

a. jenama/jenis barangan iklan (produk yang nak diiklan)
b. images* berukuran seperti saiz tawaran iklan
c. URL laman untuk dilinkkan
d. dan apa-apa maklumat yang dirasai perlu ke email
samarqondy@gmail.com(* images yang dicadangkan dalam format gif atau jpg
dengan byte yang tidak terlalu besar yakni tidak melebihi 150 KB.Imej jika
melibatkan wanita, pastikan menutup aurat.)

2. Kami akan teliti barangan yang hendak diiklan* berdasarkan e-mel yang dihantar dan kami akan membalasnya untuk menyatakan samada kami setuju atau tidak. Jika kami setuju


** Kami akan membalas emel anda dengan menyatakan harga serta nama
dan nombor akaun pemegang amanah pihak kami kepada anda.


** Jangan sekali-kali membuat pembayaran sebelum
persetujuan daripada pihak kami ada kemungkinan ruang iklan nampak kosong tetapi
telah dibayar dahulu oleh pihak lain.)


3. Setelah disahkan tentang pembayaran iklan akan dipaparkan paling lewat 3 hari daripada pembayaran dibuat, melainkan jika ada masalah yang tak dapat diatasi mungkin memakan masa lebih daripada 3 hari tetapi jarang berlaku. (Oleh kerana semua tenaga kerja kami adalah bekerja sukarela, mungkin ada terikat dengan kerja-kerja peribadi yang tak dapat dielakkan)

4. Pihak kami akan membuat anggapan pihak pengiklanan tidak berminat untuk menyambung iklannya jika tiada bayaran 3 hari sebelum tarikh tamat pengiklanan. walau bagaimanapun kami akan memberi notis tentang tamat tempoh iklan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pengiklanan tamat. Jika pihak pengiklan ingin menambah masa pengiklanan, sila maklumkan kepada kami selewat-lwatnya 1 minggu, melainkan jika pihak kami memberitahu untuk tidak melanjutkan lagi pengiklanan tersebut.

5. Syarat-syarat pengiklanan mungkin berubah dari semasa ke semasa dan pihak kami akan memberi notis kepada pengiklan, tanpa membebankan para pengiklan dengan perubahan tersebut.

6. Jika ada kemusyikilan, sila bertanyakan kepada pihak kami melalui emeil yang dinyatakan di atas.

7. Harga yang ditawarkan tidak termasuk pembinaan imej iklan. Pihak kami bersedia untuk menyediakan images pengiklanan tanpa sebarang bayaran dengan syarat terimalah apa sahaja yang ada...*
(* Kami akan membuat iklan bergantung kepada kelapangan
masa pada pihak kami. Source imej yang dibina tidak akan disimpan dan akan
dipadamkan setelah tiada sebarang pembetulan pada hari pertama iklan
dipaparkan)
8. Pihak pengiklan boleh menukar imej iklan beberapa kali yang dikehendaki*. Pihak pengiklan juga boleh menukar link laman dengan syarat link tersebut tidak bertentang dengan polisi kami. (* Imej sendiri sahaja)

9. Catatan: Kami tidak menerima iklan berbentuk jana/buat/impian/dll berkaitan wang, iklan yang berbentuk pertandingan yang melibatkan pembayaran penyertaan (misalnya pertandingan memancing), gelang kesihatan bagi lelaki, jualan melibat ayat al Quran melainkan untuk tabung atau pendapatan sendiri yang berpatutan, ubatan seks yang melampau, links laman pengiklan yang mengandungi gambar yang tidak bermoral dll yang bercanggah dengan polisi kami.


SamarQondy
Unit Pengiklanan,
Pemuda Bersamamu


Email :
samarqondy@gmail.com
pemudadunsura@yahoo.com
Read full story

Saturday, April 18, 2009

ISA: 3 terbaru ditahan awal April

0 comments

Ini hadiah terbaru daripada PM Najib, lepas ini berapa lagi yang akan ditahan dibawah akta zalim ini...


benarlah sebagaimana telahan yang dibuat oleh rakan-rakan Penganilisis politik, wartawan dan juga blogger. kita tunggu dan lihat bagaimana perkembanganyannya...
Read full story

Friday, April 17, 2009

Pergaduhan di Parlimen seantero dunia

1 comments
oleh : awang ja
(kat malaysia pun ada gok.....video clip kat bawah nung..)

KOREA SELATAN


KOREA SELATAN


KOREA SELATAN


TAIWAN


TAIWAN


UKRAINE


UKRAINE


RUSSIA


RUSSIA


INDIA


ITALY


TURKI


MEXICO


SOMALIA


DI Malaysia pun tak terkecuali...




ADUN Paloh mengamuk di sidang DUN Kelantan



Ahmad Said ajak Wahid Endut bertumbuk
Read full story

Thursday, April 16, 2009

Fairus letak jawatan ADUN Penanti

0 comments
Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".


Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.

mohammad fairus penang deputy cm deny resign 160708 01"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.

Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.

Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.

Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.

Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.

Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.

Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.

Beliau pernah bertanding di DUN seberang Jaya dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas kepada Datuk Arif Shah dari BN.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sumber : Malaysiakini

p/s : nampak gaya ke Penang pula kita semua....
Read full story

Wednesday, April 15, 2009

Gambar Sekitar PRK Bukit Gantang

0 comments

Maaf dipinta kerana gambar ini telah 'diperam' hampir seminggu. Kadang-kadang yang diperam lama itu lah yang sedap, tapi kalau terlalu lama ianya dikira basi atau memabukkan macam tuak, kari dan sewaktu dengannya.

Ruang dan peluang yang terbatas mengehadkan masa untuk saya memuat naik gambar ini. Ada pon update laman ini tetap diteruskan oleh team IT kami yang lain.

Penulis tiba di Bukit Gantang untuk kesekian kalinya pada 2 hari sebelum pengundian berlangsung. Suasana sungguh meriah dengan kibaran bendera parti yang bertanding, tidak kurang juga bendera yang tidak berkaitan seperti KIMMA,PPP dan entah apa lagi. Keadaan trafik juga mengalami kesesakan dibeberapa tempat ekoran aktiviti kempen yang dijalankan petugas parti di kiri kanan jalan. Kebingitan hon silih berganti apabila terpandang sepanduk yang tertera "Bunyikan hon 2 kali sebagai tanda sokongan anda kepada YB Nizar".


Setelah senja pun berlabuh, penulis tiba di UPU Kg Jelutong. Di sinilah tempat kontingen Dungun bertugas. Kelihatan begitu ramai kenalan dan taulan yang hadir mendahului penulis. Sebelum sampai ke Markaz PAS penulis sempat melirik "Markas BN Kuala Nerus" yang jaraknya tidak sampai 500 meter daripada Markaz PAS. Eloklah tu, Orang Terengganu bertemu sama sendiri.

Penulis difahamkan ada program Pemuda pada malam itu, lalu segera bergegas ke sana. Setibanya disana kelihatan Ketua DPPK Dungun, Ustaz Jamaludin dan Pengerusi PASTI Dungun, Sdra Khairul serta Unit Amal Dungun sedang membuat persiapan untuk BBQ Pemuda yang dijadualkan selepas Isya'. Termengah-mengahlah team Penerangan memasang peralatan siarayanya.

Penulis yang baru tiba, tiba-tiba diminta untuk mempengerusikan majlis. Kupandang kiri kanan dan sekeliling, memang aku sorang je yang tiada pengkhususan kerja kerana baru tiba. Dalam lenguh kaki seharian didalam kereta dan terpinga-pinga, ku acarakan jua majlis itu sesantai mungkin seperti diminta oleh penganjur. Aroma ayam yang dibakar menggoda perutku yang minta diisi. Deringan telefon seolah-olah menjadi muzik latar didalam pengucapanku pada malam tersebut. Kubiarkan sahaja kerana dah acap kali di'decline'. Tanpa disangka kehadiran pada malam tersebut begitu ramai daripada kalangan petugas pemuda dan juga masyarakat sekitar. Di Jelutong Kontingen Dungun bekerjasama dengan Kawasan Bachok daripada Kelantan dan Tanjung Malim, Perak. Program tersebut menerima kunjungan mengejut daripada Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang sempat menyampaikan amanat dan menjamu selera bersama petugas. Ayam pon habis sebaik program pada malam itu selesai. Penulis yang terkulat-kulat macam P Ramlee yang hanya menghidu bau terus ke gerai brader sebelah markaz mengisi perut bersama Ketua Pemuda DPPK Dungun.

Keesokannya merupakan hari terakhir berkempen, Pemuda Dungun telah mengerahkan seluruh tenaga pemuda untuk bersama Pemuda Pusat turun berkempen dan mengedar risalah di DUN Kuala Sepetang, adapun program tersebut diwaktu pagi. Hehe... Pada waktu petang pula Pemuda Dungun mengambil inisiatif berkempen ditepi jalan berhampiran Simpang ke Changkat Ibol. Satu kejadian yang memalukan telah disaksikan oleh puluhan manusia didalam kenderaan yang lalu lalang apabila seorang lelaki yang memakai baju UMNO secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan berbogel sambil menunjukkan kemaluan gara-gara diusik oleh pemuda PAS yang menyindir "Pemuda UMNO tak dok batu". Pemuda PAS yang malu melihat aksi lelaki terbabit tersenyum sinis menahan ketawa tidak kurang juga yang ketawa, cuba meredakan lelaki terbabit agar menyarungkan kembali pakaiannya. Segelintir anak muda yang nakal telah melelong lelaki terbabit sehingga menyebabkannya tergesa-gesa menyarung kembali pakaiannya. Pada waktu malam petugas hanya bertugas di pos masing-masing disamping melakukan rondaan seperti biasa.

Tanggal 7 April, pada waktu pagi penulis dikejutkan dengan 2 buah banner milik PAS telah disimbah dengan cat merah oleh musuh politik PAS. Penulis difahamkan kejadian itu berlaku antara pukul 4.00 - 4.30 pagi. Walau bagaimana pon, pengundian berjalan seperti biasa dengan diiringi oleh rayu undi daripada kedua-dua parti bertanding kecuali wakil calon bebas. Suasana kempen pada pagi tersebut dihangatkan oleh Petugas PAS daripada Dungun sementara BN pula membariskan UMNO Kuala Nerus. Menjelang tengah hari petugas UMNO Kuala Nerus kelihatan duduk dibangsal panas mereka mungkin kehabisan lagu untuk dinyanyikan atau pon alah bertemu sesama Terengganu.

Selepas tengah hari, hujan mula membasahi Pusat Pengundian di Sek. Keb. Jelutong sementalah petugas PAS terus istiqomah merayu undi disamping pemuda terus melemahkan jentera kempen UMNO yang akhirnya ketandusan lagu untuk dinyanyikan sehingga terpaksa mamanggil bantuan Pemuda UMNO Parlimen Padang Rengas, parlimen sebelah. Suasana bertambah tegang pada waktu petang sehingga pihak keselamatan terpaksa menempatkan beberapa orang FRU di lokasi tersebut.

Di akhir detik pengundian, doa dibacakan oleh aktivis PAS didalam hujan yang membawa rahmat dan diaminkan oleh petugas-petugas yang masih setia hingga kepenghujung waktu. Peratusan keluar mengundi di UPU Jelutong sekitar 76% dan terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan tidak akan dihuraikan disini.

Penulis pulang ke Terengganu sebelum Maghrib memandangkan ada teman-teman yang bekerja keesokan harinya. Deringan telefon yang tidak henti-henti mengupdate dan minta diupdate keputusan mengakibatkan telefon kehabisan kuasa bateri. Perjalanan pulang sunyi dari deringan telefon, hanya ditemani suara radio dan bicara yang minima. Pulang dalam mood yang bercampur-campur...

p/s : Disini penulis muatkan beberapa gambar yang sempat dirakam...

Ucapan Ketua DPPK Dungun

apsal aku dapat bau je haa...??

Sebahagian pemuda... kenyang barangkali

Ust. Nasa nama glamornya

refreshment

aktiviti kempen waktu petang

ade org nak buka baju??

kempen pagi yang hening

menguasai lokasi

masuk jer kempen, xkira tempat depa pon...

Pemuda DUN Sura ke Jelutong nih??

korang terjemah laa sendiri gambar ni

pancing gapo tu...?? kang orang UMNO amik kan...

Dato' PJ terengganu turun padang

Isteri Dato' PJ bersama Muslimat

tu org umah Cg Pa ker?? igt org sini, kempen jg laaa aku ke dia...

lawa helmet pok cik....

mat sabu angkat tangan ke aku toww.... Nasib baik dan buka cermin..

Naib Presiden PAS turut berkempen sama di Jelutong

Laluan ke Pusat Mengundi

Musuh politik yang dengki pada PAS

siap laa sape tukang buat nih, org Jelutong cari laa kekgi....jeng jeng jenggg...

Fuyyooo..... genge keter mewah

Group Taliban Dungun

Unit motor yg ponteng....

meh kite kempen petugas dia, biar dia xleh kempen org lain

bro, rukun islam hadhari brape? lu xigt kann?? kitorang pon igt, lu balik hapal dulu, lepas igt baru datang balik yerr...

lame dah duk sini air xde ker...?? aku mintak ngan org UMNO kann

polis semakin ramai mengawasi UMNO yang memang susah dikawal

puteri yang semakin ketandusan dan dipinggiran...

Istiqomah walau dalam hujan

Hujan rahmat ni, Insyaallah kita menang

weh, wehh lagu mende lagi nk nyanyi ni. nyanyi kuat2 macam tadi kan hujan lebat plokk

Pasangan sejoli. Pok Din & Kak Yoh

Booth Semakan Pemilih PAS

mari2 check kat sini. abang cameraman ngundi sini x?

umbrella girl versi PRK bukit gantang (PAS)

Mohon keberkatan daripada yang Maha Esa.

Read full story
Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy