Thursday, April 9, 2009

Nizar Menang !



Nizar Tetap Mahu DUN Di Bubarkan - Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucapan sempena kemenangannya menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.
Ketika ditemui dalam sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya

Majoriti PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kali ini meningkat kepada 2,789 undi berbanding 1,566 undi yang diraih oleh calon PAS Haji Ruslan Saharum pada Mac 2008


Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Keputusan diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Berita Sebelumnya

Bukit Gantang - Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin Sedang menuju ke majlis Perbandaran Taiping (MPT) Untuk diisytiharkankan sebagai pemenang kepada pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang

Sementara itu, di Markaz PAS Air Kuning ahli-ahli dan penyokong pakatan rakyat telah menjulang Nizar sebagai juara sebelum melepaskan beliau untuk ke MPT.

Di luar, jalan raya berhadapan markaz tersebut sibuk dengan kenderaan-kenderaan para penyokong berbagai kaum menyebabkan ia sesak berkilometer.

Bunyi hon kenderaan dan laungan takbir silih berganti menyambut kemenangan tokoh pejuang yang diharap-harapkan dapat membawa suara rakyat ke parlimen


Keputusan rasmi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, PAS memperolehi 20,929 undi manakala UMNO/BN 17,646 dan bebas mendapat 60 undi.

Nizar yang mewakili Pakatan Rakyat menang dengan majoriti 3283


Berita Sebelumnya

Sehingga 8.17 malam, PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

Sehingga Jam 7.40 petang lebih daripada separuh kertas undi telah dikira peratus keluar mengundi adalah sekitar 70%. Kedudukan pengiraan undi adalah seperti berikut :


PAS - 17427
BN - 15001
Bebas - 32

Majoriti - 2426
Peratus dikira - 47.89%
Bilangan yang telah dikira - 28726
Peratus keluar mengundi - 75.1%
Jumlah keluar mengundi - 41532
Peratusan Undian yang dikira - 64%


Nizar Melawat Pusat Mengundi Terakhir


Bukit Gantang - Sejurus sebelum pusat-pusat mengundi ditutup calon PAS telah melawat SMK simpang dijalan kuala sepetang disini. Nizar telah diberi sambutan yang begitu hebat oleh petugas yang bukan hanya datang dari Negeri Perak tetapi dari seluruh Malaysia.

Pada jam 7.20 petang, ahli-ahli dan penyokong telah berkumpul dimarkaz Ayer Kuning. Kira-kira lebih 2000 orang berhimpun disana untuk mendapat keputusan terkini penjumlahan undian Pilihanraya Kecil Parlimen bukit gantang. Sehingga ini ditulis, PAS sedang mendahului 2576 undi dimana pas memperolehi 11, 115 dan BN 8572


40 Peratus Keluar Mengundi, Suasana Mengundi Sebelah Pagi Tegang

Bukit Gantang - Kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang sehingga tengah hari ini.

Kesesakan teruk di jalan-jalan utama menyebabkan laluan ke pusat-pusat pembuangan undi agak lembab, menyebabkan ‘team Buletinonline’ sukar untuk bergerak.

Hujan yang mulai turun tengahari ini dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata telah dilepaskan oleh polis di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang ekoran kekecohan yang berlaku antara penyokong.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan sebagaimana di petik Malaysiakini.

Beberapa ketegangan telah berlaku di beberapa pusat membuang undi antaranya di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering.

Kekecohan berlaku sewaktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri, apabila sorak-menyorak dan ejek-mengejek berlaku antara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN)

Sebelum itu sekitar jam 10.30 pagi, ketegangan turut berlaku di pusat membuang undi SK Air Putih apabila kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN yang fanatik telah menyerbu dan menendang kenderaan tersebut sekaligus menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat marah dan bertindak balas sebelum FRU datang dan menenangkan suasana.

Manakala Harakahdaily melaporkan Di SMK Pengkalan Aur, dalam DUN Changkat Jering kekecohan telah berlaku apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Ketegangan berlaku ekoran terdapat kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS dan Pakatan Rakyat


sumber : Buletinonline



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy