Wednesday, April 15, 2009

Gambar Sekitar PRK Bukit Gantang



Maaf dipinta kerana gambar ini telah 'diperam' hampir seminggu. Kadang-kadang yang diperam lama itu lah yang sedap, tapi kalau terlalu lama ianya dikira basi atau memabukkan macam tuak, kari dan sewaktu dengannya.

Ruang dan peluang yang terbatas mengehadkan masa untuk saya memuat naik gambar ini. Ada pon update laman ini tetap diteruskan oleh team IT kami yang lain.

Penulis tiba di Bukit Gantang untuk kesekian kalinya pada 2 hari sebelum pengundian berlangsung. Suasana sungguh meriah dengan kibaran bendera parti yang bertanding, tidak kurang juga bendera yang tidak berkaitan seperti KIMMA,PPP dan entah apa lagi. Keadaan trafik juga mengalami kesesakan dibeberapa tempat ekoran aktiviti kempen yang dijalankan petugas parti di kiri kanan jalan. Kebingitan hon silih berganti apabila terpandang sepanduk yang tertera "Bunyikan hon 2 kali sebagai tanda sokongan anda kepada YB Nizar".


Setelah senja pun berlabuh, penulis tiba di UPU Kg Jelutong. Di sinilah tempat kontingen Dungun bertugas. Kelihatan begitu ramai kenalan dan taulan yang hadir mendahului penulis. Sebelum sampai ke Markaz PAS penulis sempat melirik "Markas BN Kuala Nerus" yang jaraknya tidak sampai 500 meter daripada Markaz PAS. Eloklah tu, Orang Terengganu bertemu sama sendiri.

Penulis difahamkan ada program Pemuda pada malam itu, lalu segera bergegas ke sana. Setibanya disana kelihatan Ketua DPPK Dungun, Ustaz Jamaludin dan Pengerusi PASTI Dungun, Sdra Khairul serta Unit Amal Dungun sedang membuat persiapan untuk BBQ Pemuda yang dijadualkan selepas Isya'. Termengah-mengahlah team Penerangan memasang peralatan siarayanya.

Penulis yang baru tiba, tiba-tiba diminta untuk mempengerusikan majlis. Kupandang kiri kanan dan sekeliling, memang aku sorang je yang tiada pengkhususan kerja kerana baru tiba. Dalam lenguh kaki seharian didalam kereta dan terpinga-pinga, ku acarakan jua majlis itu sesantai mungkin seperti diminta oleh penganjur. Aroma ayam yang dibakar menggoda perutku yang minta diisi. Deringan telefon seolah-olah menjadi muzik latar didalam pengucapanku pada malam tersebut. Kubiarkan sahaja kerana dah acap kali di'decline'. Tanpa disangka kehadiran pada malam tersebut begitu ramai daripada kalangan petugas pemuda dan juga masyarakat sekitar. Di Jelutong Kontingen Dungun bekerjasama dengan Kawasan Bachok daripada Kelantan dan Tanjung Malim, Perak. Program tersebut menerima kunjungan mengejut daripada Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mat Isa yang sempat menyampaikan amanat dan menjamu selera bersama petugas. Ayam pon habis sebaik program pada malam itu selesai. Penulis yang terkulat-kulat macam P Ramlee yang hanya menghidu bau terus ke gerai brader sebelah markaz mengisi perut bersama Ketua Pemuda DPPK Dungun.

Keesokannya merupakan hari terakhir berkempen, Pemuda Dungun telah mengerahkan seluruh tenaga pemuda untuk bersama Pemuda Pusat turun berkempen dan mengedar risalah di DUN Kuala Sepetang, adapun program tersebut diwaktu pagi. Hehe... Pada waktu petang pula Pemuda Dungun mengambil inisiatif berkempen ditepi jalan berhampiran Simpang ke Changkat Ibol. Satu kejadian yang memalukan telah disaksikan oleh puluhan manusia didalam kenderaan yang lalu lalang apabila seorang lelaki yang memakai baju UMNO secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan berbogel sambil menunjukkan kemaluan gara-gara diusik oleh pemuda PAS yang menyindir "Pemuda UMNO tak dok batu". Pemuda PAS yang malu melihat aksi lelaki terbabit tersenyum sinis menahan ketawa tidak kurang juga yang ketawa, cuba meredakan lelaki terbabit agar menyarungkan kembali pakaiannya. Segelintir anak muda yang nakal telah melelong lelaki terbabit sehingga menyebabkannya tergesa-gesa menyarung kembali pakaiannya. Pada waktu malam petugas hanya bertugas di pos masing-masing disamping melakukan rondaan seperti biasa.

Tanggal 7 April, pada waktu pagi penulis dikejutkan dengan 2 buah banner milik PAS telah disimbah dengan cat merah oleh musuh politik PAS. Penulis difahamkan kejadian itu berlaku antara pukul 4.00 - 4.30 pagi. Walau bagaimana pon, pengundian berjalan seperti biasa dengan diiringi oleh rayu undi daripada kedua-dua parti bertanding kecuali wakil calon bebas. Suasana kempen pada pagi tersebut dihangatkan oleh Petugas PAS daripada Dungun sementara BN pula membariskan UMNO Kuala Nerus. Menjelang tengah hari petugas UMNO Kuala Nerus kelihatan duduk dibangsal panas mereka mungkin kehabisan lagu untuk dinyanyikan atau pon alah bertemu sesama Terengganu.

Selepas tengah hari, hujan mula membasahi Pusat Pengundian di Sek. Keb. Jelutong sementalah petugas PAS terus istiqomah merayu undi disamping pemuda terus melemahkan jentera kempen UMNO yang akhirnya ketandusan lagu untuk dinyanyikan sehingga terpaksa mamanggil bantuan Pemuda UMNO Parlimen Padang Rengas, parlimen sebelah. Suasana bertambah tegang pada waktu petang sehingga pihak keselamatan terpaksa menempatkan beberapa orang FRU di lokasi tersebut.

Di akhir detik pengundian, doa dibacakan oleh aktivis PAS didalam hujan yang membawa rahmat dan diaminkan oleh petugas-petugas yang masih setia hingga kepenghujung waktu. Peratusan keluar mengundi di UPU Jelutong sekitar 76% dan terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan tidak akan dihuraikan disini.

Penulis pulang ke Terengganu sebelum Maghrib memandangkan ada teman-teman yang bekerja keesokan harinya. Deringan telefon yang tidak henti-henti mengupdate dan minta diupdate keputusan mengakibatkan telefon kehabisan kuasa bateri. Perjalanan pulang sunyi dari deringan telefon, hanya ditemani suara radio dan bicara yang minima. Pulang dalam mood yang bercampur-campur...

p/s : Disini penulis muatkan beberapa gambar yang sempat dirakam...

Ucapan Ketua DPPK Dungun

apsal aku dapat bau je haa...??

Sebahagian pemuda... kenyang barangkali

Ust. Nasa nama glamornya

refreshment

aktiviti kempen waktu petang

ade org nak buka baju??

kempen pagi yang hening

menguasai lokasi

masuk jer kempen, xkira tempat depa pon...

Pemuda DUN Sura ke Jelutong nih??

korang terjemah laa sendiri gambar ni

pancing gapo tu...?? kang orang UMNO amik kan...

Dato' PJ terengganu turun padang

Isteri Dato' PJ bersama Muslimat

tu org umah Cg Pa ker?? igt org sini, kempen jg laaa aku ke dia...

lawa helmet pok cik....

mat sabu angkat tangan ke aku toww.... Nasib baik dan buka cermin..

Naib Presiden PAS turut berkempen sama di Jelutong

Laluan ke Pusat Mengundi

Musuh politik yang dengki pada PAS

siap laa sape tukang buat nih, org Jelutong cari laa kekgi....jeng jeng jenggg...

Fuyyooo..... genge keter mewah

Group Taliban Dungun

Unit motor yg ponteng....

meh kite kempen petugas dia, biar dia xleh kempen org lain

bro, rukun islam hadhari brape? lu xigt kann?? kitorang pon igt, lu balik hapal dulu, lepas igt baru datang balik yerr...

lame dah duk sini air xde ker...?? aku mintak ngan org UMNO kann

polis semakin ramai mengawasi UMNO yang memang susah dikawal

puteri yang semakin ketandusan dan dipinggiran...

Istiqomah walau dalam hujan

Hujan rahmat ni, Insyaallah kita menang

weh, wehh lagu mende lagi nk nyanyi ni. nyanyi kuat2 macam tadi kan hujan lebat plokk

Pasangan sejoli. Pok Din & Kak Yoh

Booth Semakan Pemilih PAS

mari2 check kat sini. abang cameraman ngundi sini x?

umbrella girl versi PRK bukit gantang (PAS)

Mohon keberkatan daripada yang Maha Esa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy