Friday, September 4, 2009

ADUN BN meninggal dunia


oleh : Unit Risikan & Maklumat Pemuda Dun Sura.




Terkini 0330 petang - ADUN BN Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor telah meninggal dunia di Seremban akibat serangan sakit jantung tengahari tadi.

Oleh itu satu pilihanraya kecil dijangka akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.Pihak SPR baru-baru ini baru sahaja mengisytiharkan bahawa tiada pilihanraya kecil bagi DUN Kota Seputeh, Kedah atas beberapa alasan yang bertujuan untuk menyelamatkan hayat BN.

Tidak dapat tidak BN kali ini terpaksa juga berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini.

Pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, BN memenangi kerusi ini dengan majoriti 2333 undi mengalahkan calon dari PAS.BN mendapat 6430 undi manakala PAS mendapat 4097 undi.

DUN Bagan Pinang ini terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 2804 undi.Parlimen Telok Kemang ini mempunyai 5 DUN dimana 2 DUN dimenangi oleh BN (DUN Bagan Pinang dan DUN Linggi),2 DUN lagi dimenangi oleh PKR (DUN Chuah dan DUN Port Dickson) dan 1 DUN dimenangi oleh DAP iaitu DUN Lukut.

DUN N31 Bagan Pinang ini mempunyai 14,192 pengundi mengikut peratusan pecahan kaum iaitu 66% adalah Melayu,Cina 10.5%, India 19.9% dan Lain-lain kaum 3.5%.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy