Friday, March 5, 2010

Kunjungan mesra dari Pemuda PAS Kuantan


Dun Sura bertuah menerima kunjungan pemuda Kuantan dalam siri program Jejak Tok Guru anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan baru-baru ini.

Konvoi 21 buah kereta dengan 80 orang peserta itu sempat bersolat isya' berjemaah di Surau Ustaz Omar Syukri.Selepas itu, pemuda Kuantan ini diraikan dalam satu majlis ringkas di cawangan Bukit Chatak 1.

"Selain berjumpa dengan kedua-dua tok guru di Rusila dan Pulau Melaka, kami juga menyertai program perlawanan persahabatan futsal antara pemuda Rantau Panjang dan diberi taklimat oleh Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan." ujar ketua konvoi,Ustaz Fadhli b Ibrahim ketika memberi ucapan ringkas mewakili pemuda Kuantan itu.

Beliau juga mengharapkan program kunjungan seumpama ini diteruskan lagi pada masa akan datang dan mengalu-alukan kunjungan pemuda Dun Sura ke Kuantan pula.



Solat isya' berjemaah di Surau Ustaz Omar Syukri


Sebahagian dari pemuda Kuantan mendengar taklimat ringkas




Ucapan keraiaan daripada wakil pemuda Dun Sura


Ketua konvoi, Ustaz Fadhli b Ibrahim


Setiausaha Cawangan Bukit Chatak 1 menerima cenderahati


Menjamu selera sebelum bertolak pulang



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy