Wednesday, March 10, 2010

Motorshow dan Azhan Atan sempena Panduria 2010




Penduduk sekitar Dungun berpeluang bersama-sama memeriahkan program explorace bermotor Panduria Dun Sura 2010 dengan mengunjungi pameran motosikal yang terdiri dari Kelab Vespa Dungun, motosikal klasik dan juga berkuasa tinggi.

Motorshow sempena Panduria tersebut akan diadakan pada Sabtu 13 Mac 2010 yang bertempat di Dataran Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate bermula jam 9 pagi.Pada pagi tersebut juga, satu sesi taklimat keselamatan jalanraya oleh Polis Trafik Dungun kepada para peserta Panduria.



Manakala pelepasan peserta Panduria 2010 akan diadakan di tempat yang sama pada jam 9 pagi oleh ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Ramli yang juga Penaung kepada program ini.

Pada sebelah petangnya pula, para hadirin akan dihiburkan pula oleh artis nasyid, Azhan Atan pada jam 5 petang di pentas utama Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin.Disamping majlis penyampaian hadiah Panduria, para peserta berpeluang juga memenangi hadiah cabutan bertuah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy