Tuesday, April 13, 2010

Ceramah Khas ISU ISRAEL 'CEROBOH' NEGARA Di DUN Sura, Dungun, Rabu 14 April




oleh : SUK MTD Sura

DUNGUN 12 April, Isnin - Menjelang kurang 2 minggu sahaja lagi pengundian di pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor dan selepas sehari pengumuman calon oleh Pakatan Rakyat, Lajnah Penerangan MTD Sura sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan majlis penerangan pada 14 April, Rabu bertempat di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.

Menyedari bahawa isu-isu semasa yang berlaku bukan hanya tertumpu di medan pilihan raya semata-mata, maka sekali lagi Chegu Bard diundang ke DUN Sura, Dungun, di luar sempadan dan tempoh pilihan raya untuk membongkar segala penyelewengan pihak Barisan Nasional.

Ketua Lajnah Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail memberitahu " Chegu Bard dijangka mengupas isu 1Malaysia 1Israel, isu nasioal yang sedang hangat diperkatakan oleh kebanyakan pihak yang celik politik, "

"Sementara Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli dijangka akan memberi lebih tumpuan kepada isu-isu Persidangan DUN Terengganu, yang baru sahaja berakhir baru-baru ini, termasuk pentingnya penubuhan satu jawatankuasa yang menggunakan pendekatan holistik al-Quran yang diyakini mampu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja hari ini, "

"Kita yakin dengan hanya dua orang penceramah yang diundang ini, akan memberi masa yang cukup untuk memberi penjelasan terhadap isu-isu yang berlaku di persekitaran rakyat Malaysia amnya dan Terengganu khususnya, " tambah Encik Mohd Yusof.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy