Friday, April 30, 2010

Pemuda Dungun anjur demontrasi aman bantah APCO





oleh : Team IT Pemuda Dun Sura

Dungun 30 April 2010 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) hari ini berjaya menganjurkan demontrasi aman bagi mendesak kerajaan Malaysia menamatkan segera kontrak APCO Worldwide atas dasar menjaga masa depan negara ini dari terus dicatur oleh pihak asing.

Himpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Nyiur itu dihadiri lebih 200 orang.

Laungan 'Undur APCO' dan 'Jahanam Israel' bergema di perkarangan masjid tersebut yang terletak di laluan utama Dungun - Paka itu.Mereka juga membawa sepanduk yang tertera antaranya 'BN-APCO ancam keselamatan negara','UMNO agen Yahudi','Selamatkan Malaysia'.



Himpunan yang diketuai oleh Ketua Penerangan DPPKD yang juga Ketua Penerangan DPPNT, Sheikh Hanafi Abd Aziz itu turut disertai Timbalan Ketua DPPNT,Ust Wan Sukhairi yang turut berucap memanaskan suasana.

Sebelum bersurai kira-kira jam 2.30 petang, para pemuda membakar bendera Israel sebagai simbolik membantah 'penjajahan' Yahudi ke atas kerajaan Malaysia.


Gambar-gambar sekitar Demo akan menyusul selepas ini.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy