Tuesday, September 28, 2010

Wakil Tidak Cakna Rakyat : Sibuk kumpul harta


Utusan Malaysia melaporkan pada 5 Julai, 2010, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) malas dan culas untuk bertemu dengan rakyat

Katanya, sikap sambil lewa seperti ini menyebabkan usaha mengekalkan pemerintahan Umno dan BN di Terengganu terbantut kerana mesej dan perkhidmatan tidak sampai kepada rakyat.

Apa yang rakyat lihat adalah, Wakil Rakyat Umno/BN sibuk mengumpulkan harta masing-masing

Selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sejak enam tahun yang lalu, ramai daripada mereka yang telah mengumpulkan harta lebih sejuta ringgit

Sebagai contoh ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.

Beliau juga telah bertukar kereta sebanyak tiga kali, semenjak menjadi wakil rakyat.

Bermula dengan sebuah Proton Perdana ditukar kepada Sorento dan untuk koleksi terbaru, YB Muhamad Ramli Nuh telah bertukar kepada Honda CRV.

ADUN Telemong, Rozi Mamat membina rumah baru di Taman Permint Permata dalam DUN Kuala Berang, diluar DUN Telemong

Sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, kelebihan YB Rozi berbanding YB Muhamad Ramli adalah, beliau dilaporkan memiliki tanah seluas 30 ekar.

Manakala ADUN Jabi, Ramlan memiliki sebuah Honda CRV warna hitam model terbaru, Toyota Harrier Silver model terbaru dan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dibeli dalam masa yang hampir serentak.

“Kalau dicampur rumah baru, kereta, motor tak termasuk tanah dan kebun pusaka, saya bersetuju asetnya hampir, kalau pun tidak bernilai RM1 juta,”kata seorang penduduk DUN Jabi.

http://pemudabersamamu.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy