Monday, May 14, 2012

Keamanan Manakah Menjadi Pilihan?


Seluruh masyarakat mencintai keamanan. Namun, mereka berbeza dalam menafsirkan keamanan.

 Sekolompok masyarakat menganggap keamanan itu adalah dengan meninggalkan segala perkara yang dilarang dan dimurkai Allah. Meninggalkan dosa dan maksiat akan menjadikan mereka terasa aman daripada azab dan bala Allah Taala. Firman Allah Taala:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَ‌ىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَ‌كَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْ‌ضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦

Maksudnya: “ Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” [Al-A'raf: 96]


Sebahagian pula mendakwa aman itu adalah bebas melakukan apa sahaja termasuklah bebas melakukan maksiat dan melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam diri kelompok ini tiada langsung rasa gerun terhadap kemurkaan Allah Taala seolah-olah dunia ini milik mereka. Mereka tidak bimbang dengan ancaman Allah Taala menerusi firmanNya:

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَ‌ىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَ‌ىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ‌ اللَّـهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ‌ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُ‌ونَ ﴿٩٩ أَوَلَمْ يَهْدِ لِلَّذِينَ يَرِ‌ثُونَ الْأَرْ‌ضَ مِن بَعْدِ أَهْلِهَا أَن لَّوْ نَشَاءُ أَصَبْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ ۚ وَنَطْبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ ﴿١٠٠

Maksudnya: “ Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi. Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?” [Al-A'raf: 97-100]

Kalau anda, keamanan manakah yang menjadi pilihan? Aman daripada kemurkaan dan bala Allah ataupun aman melanggar syariat dan melakukan maksiat?

Fikir-fikirkanlah!

Cetusan: Lajnah Tarbiyah PPD Sura

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy