Wednesday, May 2, 2012

" Kita Berjuang Menegakkan Agama Allah" - Ketua Pemuda DPPNT


1 MEI, MANIR: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke - 43 di KUDQI, Kubang Lembek semalam. Mesyuarat yang diadakan ketika bahang BERSIH 3.0 masih terasa menyebabkan ramai yang hadir untuk mendengar pesanan dan maklumat daripada YB Ketua Pemuda dan Perasmi.

" Pertama-tamanya kita bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana pada pagi ini kita dapat meneruskan agenda perjuangan kita; agenda yang disuruh oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya: " dan urusun-urusan orang-orang yang beriman itu adalah permesyuaratan antara mereka" ", ujar beliau ketika memulakan ucapan alu-aluan.

" Yang kedua saya merakamkan jutaan terima kasih dan doa - jazakumullah khairal jaza' - khususnya kepada Dato' Seri Tuan Guru dan pemerhati yang mewakili Badan Perhubungan, Tuan Haji Mahyuddin serta seluruh para perwakilan dan pemerhati yang memeriahkan majlis dan muktamar kita pada pagi ini"

Antara pesana terpenting oleh YB Ketua Pemuda adalah berkaitan asas perjuangan ini. Perjuangan PAS adalah bagi menegakkan agama Allah Taala di atas muka bumi ini.

" Saudara muslimin, anak-anak muda yang saya hormati sekalian. Saya sentiasa menasihati diri saya dan mengajak anak-anak muda sekalian meletakkan asas akidah perjuangan ini. Mesti diikat, mesti disimpul dengan sekuat-kuatnya dalam hati dan kehidupan kita. Tiada lain kita hidup dalam perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) kerana menyahut apa yang diseru oleh Allah Taala pada penghujung surah as-Saff"

" Orang-orang muda yang menjadi para perwakilan, pemerhati; pejuang Parti Isalam Semalaysia (PAS), marilah kita menyahut petunjuk daripada Allah Taala bahawa kita berjuang dalam parti Islam ini tiada lain melainkan kerana ingin menegakkan agama Allah, menegakkan keadilan yang diajar oleh Allah, menumbang dan menjatuhkan kezaliman, kerakusan, penyelewangan, penyalahgunaan kuasa kerajaan yang ada pada hari ini"

KP turut menjelaskan bahawa slogan " Orang Muda, Geng Kite" adalah slogan yang cocok dengan anak muda. Oleh itu, seluruh gerak kerja mesti di susun penuh berstrategi bagi mendekatkan diri kepada golongan muda sehingga mereka menjadikan undi mereka untuk Parti Islam Semalaysia (PAS).

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh pemerhati dan perwakilan bahawa tarikh pilihanraya semakin hampir. Para pemuda diingatkan supaya sentiasa bersedia dan berada dalam mood pilihanraya.

Dalam kesempatan itu, YB Us Mohd Nor Hamzah melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pemuda yang membuktikan semangat serta kesungguhan mereka mendengar arahan pimpinan untuk sama-sama turun dalam demonstrasi yang diadakan bagi membantah kezaliman pihak kerajaan terhadap rakyat.

" Saya merakamkan jutaan terima kasih -jazakumullah khairal jaza'- kepada seluruh pemuda yang hadir dalam seluruh demonstrasi yang kita adakan. Samada kita hadir dalam demonstarsi yang dianjurkan oleh gerakan mahasiswa, 24hb demonstrasi yang diadakan oleh BPPNT dan 28hb yang terakhir; pemuda turun walaupun kita tidak menyediakan duit mahupun peruntukan yang besar. Kita dapati pemuda bersemangat turun"

Beliau turut melahirkan rasa simpati dan sedih terhadap perkara yang menimpa peserta demonstrasi yang dipukul dan ditangkap. Beliau juga mengharapkan para pemuda akan terus istiqamah serta tidak akan berganjak dalam perjuangan ini bahkan sentiasa menjadikan perjuangan Nabi dan Para Sahabat sebagai teladan terbaik bagi mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy