Bising UMNO dalam perhimpunannya isu Tok Guru Nik Razi mendoakan agar Allah menghancurkan UMNO. Takut sangat perwakilan UMNO kalau doa itu mustajab.. Dah kalau depa rasa UMNO bukan zalimi rakyat, tak zalimi hak Terengganu dan Kelantan, tak rampas royalti, tak sapu duit rakyat, tak payahlah takut. Kalau dalam kitab-kitab para ulama, belambak cerita orang-orang soleh doakan kecelakaan orang-orang yg zalim.. Ustaz Nik Razi ok apa... hanya doakan UMNO yang zalim, tak doakan pun orang-orang UMNO yang dokong perjuangan yang zalim..
1) Ibnu Kathir sebut dalam Tafsir beliau menyebut bahawa sahabat Nabi yang bernama Sayyidina Abdullah bin Abbas dalam menghuraikan ayat 148 surah al-Nisa’ kata: “Allah tak suka seseorang mendoakan kebinasaan orang lain melainkan kalau orang yang didoakan tersebut menzalimi orang yang berdoa. Maka ketika itu tidak mengapa yang dizalimi mendoakan kebinasaan orang yang dizalimi”. (Tafsir Ibni Kathir 1/571)
2) Sahabat nabi yang bernama Sa’d bin Abi Waqqas pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar telah dituduh oleh seorang penduduk Kufah yang bernama Usamah bin Qatadah bahawa Sayyidina Sa’d antaranya tidak adil di dalam hukuman yang diputuskannya. Akhirnya Sayyidina Sa’d telah berdoa: “Saya benar-benar akan berdoa dengan tiga doa. Ya Allah sekiranya hambamu ini (orang yang menuduh) menipu yang dia berdiri hanya untuk tujuan riak dan mendapat nama, maka panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kefakirannya dan timpakanlah dia dengan pelbagai ujian”. Lelaki yang menipu itu akhirnya telah berusia terlampau lanjut tetapi masih lagi mengorat dan mengacau anak-anak gadis. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis ke-762)
3) Seorang sahabat nabi yang bernama Sa’id bin Zayd bin ‘Amr bin Nufayl telah dituduh oleh seorang wanita yang bernama Arwa bahawa Sayyidina Sa’id telah merampas haknya lalu Sayyidina Sa’d berdoa “Ya Allah, sekiranya wanita itu menipu, maka butakanlah matanya dan jadikanlah kuburnya di dalam rumahnya”. Wanita itu akhirnya telah buta dan akhirnya ketika dia sedang berjalan, dia telah terjatuh di dalam sebuah telaga yang berada di dalam kawasan rumahnya lalu dia akhirnya mati di dalam telaga tersebut. (Sahih Muslim, Kitab al-Musaqah, hadis ke-4218)
4) Apabila Hajjaj binYusuf al-Thaqafi membunuh seorang ulama Tabi’in yang bernama Sa’id bin Jubayr secara zalim, al-Imam al-Hasan al-Basri telah berdoa “Ya Allah, wahai tuhan yang melumat-lumatkan orang-orang yang zalim, lumat-lumatkanlah al-Hajjaj”. Akhirnya selepas tiga hari doa kebinasaan itu diucapkan oleh al-Hasan al-Basri, perut al-Hajjaj telah berulat dan membusuk dan akhirnya matinya si pemerintah yang zalim ini (al-Bidayah Wa al-Nihayah 9/9).
Habislah UMNO..
Copy dari: FB Ustaz Hairul Nizam Mat Husain
0 comments:
Post a Comment