Thursday, July 16, 2009
Monday, July 13, 2009
100 Hari Najib Razak Dicemari Skandal Peribadi
| MUHAMMAD YUSRI AMIN Mon | Jul 13, 09 | 5:52:42 pm MYT | |
| KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Sambutan 100 hari Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tidak memberi sebarang makna kerana imejnya tercalar teruk dengan isu-isu peribadi. |


Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata, skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang belum terjawab sehingga kini memberi imej negetif kepada Najib.

"Sepatutnya Perdana Menteri membersihkan imej dan kredibilitinya sebagai orang nombor satu negara setelah beliau dan isterinya dikaitkan dengan isu tersebut.
"Ini perlu diambil tindakan segera oleh Perdana Menteri sempena 100 hari pentadbirannya.
"Pembersihan perlu dilakukan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa yang cuba mengaitkannya dengan isu berkenaan," katanya pada persidangan media di Kuala Krai petang kelmarin.
Semalam Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun menyifatkan Perdana Menteri tidak datang membantu kempen di Manek Urai kerana takut dengan hantu Altantuya.
Nasrudin juga berharap Perdana Menteri menggaris langkah konkrit bagi memulihkan indeks persepsi rasuah di negara ini memandangkan sejak 2001 hingga 2008 Malaysia berada dalam lingkungan 4.9 hingga 5.1 sahaja.
"Projek dalam pakej rangsangan pertama dan kedua tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan melalui tender terbuka atau runding terus.
"Bukan sahaja dalam kerajaan berlaku rasuah, malah pemilihan pucuk pimpinan Umno juga diselumbungi dengan rasuah seperti berlaku pada perhimpunan agung Umno pada Mac 2009 di mana lebih 900 aduan berkaitan rasuah diterima," katanya.
Menurut Nasrudin Perdana Menteri juga belum menjelaskan dakwaaan rasuah dalam pembelian Eurocopter daripada pembida yang lebih tinggi harganya.
Begitu juga isu komisen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5. bilion dan pesawat pejuang Sukhoi berharga RM3.2 bilion perlu diperjelaskan.
"Cadangan segera bagi menyelesaikan pertembungan juridiksi antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah juga tidak diambil tindakan.
"Ini menyebabkan timbul keresahan di kalangan Muslim dan nonMuslim termasuk dalam dalam aspek penjagaan anak dan pertukaran agama," katanya.
Beliau juga berkata, himpunan mega bagi mendesak dimansuhkan ISA itu tetap diadakan dan orang ramai yang hadir diminta memakai baju hitam merah.
Menurutnya, himpunan itu akan diketuai Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ia bertujuan mendesak kerajaan Umno-BN supaya segera memansuhkan ISA dan membebaskan tahanannya serta menutup Kem Tahanan Kemunting. - mj _
Sunday, July 12, 2009
Pemuda penentu kemenangan Manek Urai - Abe Uji

TEMALIR, 12 Julai - Golongan muda merupakan undi penentu dalam memastikan kerusi Dun Manek Urai terus berada di sisi PAS.
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata tanpa tenaga pemuda kemungkinan PAS tidak akan mampu mengekalkan kemenangan PAS.
"Kepada adik-adik (pemuda), abe uji sangat mengharapkan sokongan daripada adik-adik untuk memikul amanah ini kerana undi pemuda adalah penentu kepada kemenangan pilihan raya pada kali ini," katanya dalam program Gelombe Anak Mudo yang bertemakan 'Ambo Nok Abe Uji' anjuran Pemuda PAS Guchil, Kuala Krai dan negeri Kelantan di Pasti An-Najihah petang tadi.
Beliau berjanji akan membantu golongan pemuda dalam apa jua bentuk termasuk menganjurkan aktiviti bercorak sukan.
"Abe Uji berjanji akan membantu pemuda dalam apa jua bentuk dengan sedikit pengalaman yang diperolehi sewaktu menyertai pemuda Guchil sebelum ini.
"Kita boleh berkongsi pengalaman untuk memberi kekuatan kepada pemuda dengan menjalinkan hubungan erat dengan pemuda," ujarnya.
Abe Uji juga mencadangkan bahawa pemuda boleh ditarik melalui aktiviti sukan sebagai mekanisme yang popular masa kini.
Beliau turut menekankan agar pemuda terus bersatu untuk menentang Umno-BN.
Sementara itu, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood juga menyatakan bahawa pihaknya sentiasa menyokong apa jua bentuk program yang dijalankan oleh pemuda, tanpa mengira di mana jua lokasinya.
Malah katanya, Menteri Besar Kelantan sendiri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat cukup menyantuni pemuda serta memberikan dorongan kepada pemuda dalam sebarang aktiviti yang dijalankan pemuda.
"Pernah dalam satu aktiviti lumba motorsikal yang dianjurkan oleh Pemuda, Tok Guru ditanya mengenai alasan beliau turun ke program tersebut oleh para wartawan.
"Dengan selamba Tok Guru menjawab,'ambo suko tengok anak-anak ambo ceria', membuatkan pihak media terdiam dan tidak dapat meneruskan soalan berikutnya," ujarnya sambil tersenyum.
Turut menyampaikan ucapan dalam program tersebut, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.
Pada majlis yang sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Perlis, Dato' Hashim Jasin.
Ketika ingin meninggalkan majlis untuk menuju ke program seterusnya, Abe Uji sempat bersalaman dan berkesempatan merakamkan kenangan dengan para pemuda yang hadir.
Malah, beliau juga dibawa menunggang motorsikal menyertai konvoi pemuda mengelilingi kampung tersebut sambil diikuti beberapa kenderaan lain.
sumber : prkn41
Saturday, July 11, 2009
Menteri - Menteri BN Tidak DiPeduli Rakyat Manek Urai

Oleh Misbahul Munir
Kedatangan menteri-menteri ke Manek Urai tidak dihiraukan oleh masyarakat di sini. Timbalan Perdana Menteri yang sering berulang alek dengan helikopter dari Kuala Lumpur tidak dipedulikan oleh penduduk tempatan, ceramahnya tidak sampai 100 orang yang menghadirinya, sekiranya tidak ada penyokong-penyokong BN dari luar, kerusi yang disediakan kosong.
Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya sempat beberapa ketika sahaja di Manek Urai Lama, dia sendiri mengakui payah nak dapat sokongan dari penduduk tempatan, sehingga sekarang, ketua Wanita UMNO tidak lagi nampak kelibatnya di Manek Urai.
Menteri Pelancongan , Dr Ngah Yeng Yeng datang berkempen di rumah penduduk keturunan Cina di Kampung Manek Urai Lama juga mengalamai nasib yang sama apabila tidak dihiraukan tuan rumah dan ahli keluarganya. Kejadian itu berlaku ketika beliau berkunjung ke rumah Ong Guan Chong yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai. Tuan rumah tidak mahu keluar menemuinya walaupun mereka sesama orang Cina.
Berbeza sekali apabila calon PAS Abe Uji berkunjung pula ke rumahnya sehari selepas itu, kehadirannya disambut oleh Ong atau Pak Chong, malahan Pak Chong menghimpunkan seluruh ahli keluarga besarnya untuk turut menyambut Abe Uji. Pak Chong merupakan pengurus pasukan Seri Muay (tomoi) yang ramai pelatih-pelatihnya orang Melayu. Abe Uji diberi penghormatan besar oleh Pak Chong dan ahli keluarganya.
Pengundi Cina di Manek Urai hanya berjumlah 51 orang, namun sokongan mereka tetap diperlukan, Pak Chong memberi jaminan semua pengundi Cina akan menyokong Abe Uji. Pak Chong mengakui walaupun beliau tidak rapat dengan Abe Uji sebagaimana rapatnya beliau dengan arwah Paksu Wil, tetapi cerita-cerita tentang keramahan, kemesraan dan kebaikan Abe Uji telahpun didengari sebelum ini lagi, sikap yang ada pada Abe Uji hampir menyamai Paksu Wil yang penduduk Manek Urai sangat sayangi itu.
Wednesday, July 8, 2009
Thursday, July 2, 2009
Himpunan Mansuhkan ISA dilancarkan


KELANA JAYA, 2 Julai (Hrkh) - Himpunan Mansuhkan Akta ISA telah dilancarkan kelmarin dalam satu majlis ringkas dan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini.
Majlis tersebut diadakan di Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium MBPJ di sini.
Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh yang bersyukur kerana diberi peluang oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk melancarkan himpunan besar-besaran ini.
"Ini telah saranan oleh kerajaan Pakatan Rakyat iaitu sekiranya mereka mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan sekarang dengan segera ISA akan dimansuhkan," katanya dalam ucapan pelancaran itu
Katanya, umur ISA akan genap 49 tahun pada 1 Ogos, umur ini hampir kepada umur pencen awal. Tetapi kita tidak mahu ianya pencen awal sahaja, bahkan kita mahu ianya pencen wajib serta patut dihapuskan untuk selama-lamanya.
Kerana menurutnya, akta ini telah mencemari keluhuran undang-undang dan menjadi undang-undang rimba, ia juga telah mencemari kedaulatan undang-undang, kemurnian agama dan telah mencemari hak kebebasan.
"ISA juga telah merencatkan daya fikir kita, merencatkan fitrah manusia yang bebas dan ISA bercanggah dengan semua agama.
"Ini adalah perkara-perkara asas, walaupun ada usaha untuk mengkaji semula ISA. Walaupun ada usaha-usaha untuk membebaskan tahanan ISA dan kini hanya tinggal 12 orang.
"Tetapi kita tidak boleh leka dan juga tidak boleh putus asa, sehingga kita lihat tidak ada seorang pun yang akan ditahan di bawah tahanan ISA kerana ia adalah satu kezaliman yang besar.
"Jadi pada malam saya menyeru dan mengajak semua pihak di seluruh negara dari Perlis sampai ke Sabah, daripada gurun hingga ke lembah, daripada desa hingga ke bandar raya kita turun pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur untuk menyampaikan satu mesej yang jelas dan lantang dengan tiga tuntutan," katanya.
Tuntutan tersebut ialah iaitu, mansuhkan ISA, bebaskan semua tahanan dan tutup Kem Kamunting dan mendapat sokongan salah sebuah parti di Sabah iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah telah pun menyatakan sokongan mereka supaya ISA dimansuhkan.
Majlis pelancaran itu dimulakan dengan pemakaian selendang merah hitam yang menjadi lambang perlancaran Himpunan Mansuhkan ISA kepada pemimpian tertinggi Pakatan Rakyat dan perlepasan dua ekor merpati putih sebagai tanda kebebasan. - mns_
Tautan Ukhuwwah DPPNT di Dun Sura.
Dalam usaha mendekatkan para pemuda kepada perjuangan Islam yang dibawa PAS,pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun telah mengadakan satu program 'Tautan Ukhuwwah bersama Ketua DPPNT dan DPPKD' baru-baru ini.
Program turun padang AJK DPPNT ini diserikan dengan acara perlawanan persahabatan bolasepak antara wakil dari DPPKD dan team pemuda Sura Utara yang dikenali dengan 'Bad Boy'.Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Noor Hamzah antara yang turut berhempas pulas untuk memenangkan team DPPKD yang menerima saingan sengit dari pasukan lawan.
Antara AJK DPPNT yang turut hadir memberi sokongan di tepi padang ialah Ustaz Khalil Abdul Hadi dan Setiausaha DPPNT,Wan Faizul.
Program yang diadakan di padang bolasepak pantai di Pantai Teluk Lipat ini mendapat perhatian dari para pengunjung pantai tersebut yang menyebabkan sedikit kesesakan lalulintas di tapak program itu.
Selain program perlawanan persahabatan ini,program kuliah maghrib turut diadakan yang disampaikan sendiri oleh para AJK DPPNT di surau-surau terpilih di sekitar Dungun ini.
Pada sebelah malamnya pula, diadakan majlis dialog bersama Ketua DPPNT di Surau Haji Zainal Abidin,Sura Gate.
Program ini dimulakan dengan sesi taklimat dan taaruf dari AJK DPPNT.Seperti yang diduga, antara isu yang menjadi persoalan hangat dari pemuda ialah isu kerajaan perpaduan yang berjaya dieksploitasi oleh media massa kerajaan BN.
p/s : lagi gambar dalam blog pemuda Paka.
Wednesday, July 1, 2009
Kunci Kejayaan Seseorang Remaja/Pemuda
Mati juga tidak boleh ditunda hingga ke suatu waktu yang tidak diketahui oleh sesiapa, kerana adalah satu hakikat yang akan menjelma pada bila-bila masa seperti yang ditegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 78 surah an-Nisa yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
Justeru, konsep taubat dalam konteks hari ini seolah-olah hanya tertumpu kepada golongan yang sudah berkaki tiga (bertongkat), yang bongkok, yang terlantar di hospital.
Pokoknya di sini, jika pemerintah tidak minat untuk menyedia, merancang, program-program agama khusus buat remaja, maka tidak hairan gejala songsang yang menyalahi konsep agama Islam sebenar akan pudar dan musnah, ini sebagai permulaan ke arah untuk lebih tidak bersedia dengan bekalan, amalan untuk hari akhirat.
Ingatlah, bahawa baik remaja, maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya jika rosak remaja maka rosaklah negara, agama dan bangsa, apabila manusia sudah roboh harga diri dan maruah mereka, usah kita bermimpi untuk mampu membina mereka pada waktu yang singkat, kerana manusia bukan bangunan yang boleh kita rancang tempoh untuk dibangunkan.
APA dimaksudkan kejayaan yang diraih golongan remaja, adalah dari sudut pegangan kuat mereka terhadap agama, memiliki kekentalan iman dan akidah yang tidak mudah goyah ketika berhadapan dengan sesuatu isu, sama ada godaan yang datang daripada wanita, habuan kekayaan yang bersifat sementara dan pelbagai isu lain.
Begitu juga dengan pemuda Ashabul Ukhdud yang memiliki kekuatan akidah hingga sanggup berkorban demi kepentingan agama dengan menyeru orang ramai supaya menerima Islam sebagai pegangan mereka hingga ke akhir hayat.
1- Bersyukur kepada Allah.
























