Sunday, July 12, 2009

Pemuda penentu kemenangan Manek Urai - Abe Uji




TEMALIR, 12 Julai - Golongan muda merupakan undi penentu dalam memastikan kerusi Dun Manek Urai terus berada di sisi PAS.

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata tanpa tenaga pemuda kemungkinan PAS tidak akan mampu mengekalkan kemenangan PAS.

"Kepada adik-adik (pemuda), abe uji sangat mengharapkan sokongan daripada adik-adik untuk memikul amanah ini kerana undi pemuda adalah penentu kepada kemenangan pilihan raya pada kali ini," katanya dalam program Gelombe Anak Mudo yang bertemakan 'Ambo Nok Abe Uji' anjuran Pemuda PAS Guchil, Kuala Krai dan negeri Kelantan di Pasti An-Najihah petang tadi.

Beliau berjanji akan membantu golongan pemuda dalam apa jua bentuk termasuk menganjurkan aktiviti bercorak sukan.

"Abe Uji berjanji akan membantu pemuda dalam apa jua bentuk dengan sedikit pengalaman yang diperolehi sewaktu menyertai pemuda Guchil sebelum ini.

"Kita boleh berkongsi pengalaman untuk memberi kekuatan kepada pemuda dengan menjalinkan hubungan erat dengan pemuda," ujarnya.

Abe Uji juga mencadangkan bahawa pemuda boleh ditarik melalui aktiviti sukan sebagai mekanisme yang popular masa kini.

Beliau turut menekankan agar pemuda terus bersatu untuk menentang Umno-BN.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood juga menyatakan bahawa pihaknya sentiasa menyokong apa jua bentuk program yang dijalankan oleh pemuda, tanpa mengira di mana jua lokasinya.

Malah katanya, Menteri Besar Kelantan sendiri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat cukup menyantuni pemuda serta memberikan dorongan kepada pemuda dalam sebarang aktiviti yang dijalankan pemuda.

"Pernah dalam satu aktiviti lumba motorsikal yang dianjurkan oleh Pemuda, Tok Guru ditanya mengenai alasan beliau turun ke program tersebut oleh para wartawan.

"Dengan selamba Tok Guru menjawab,'ambo suko tengok anak-anak ambo ceria', membuatkan pihak media terdiam dan tidak dapat meneruskan soalan berikutnya," ujarnya sambil tersenyum.

Turut menyampaikan ucapan dalam program tersebut, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.

Pada majlis yang sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Perlis, Dato' Hashim Jasin.

Ketika ingin meninggalkan majlis untuk menuju ke program seterusnya, Abe Uji sempat bersalaman dan berkesempatan merakamkan kenangan dengan para pemuda yang hadir.

Malah, beliau juga dibawa menunggang motorsikal menyertai konvoi pemuda mengelilingi kampung tersebut sambil diikuti beberapa kenderaan lain.

sumber : prkn41

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy