MUHAMMAD YUSRI AMIN Mon | Jul 13, 09 | 5:52:42 pm MYT | |
KUALA KRAI, 13 Julai (Hrkh) - Sambutan 100 hari Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tidak memberi sebarang makna kerana imejnya tercalar teruk dengan isu-isu peribadi. |
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi berkata, skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang belum terjawab sehingga kini memberi imej negetif kepada Najib.
"Sepatutnya Perdana Menteri membersihkan imej dan kredibilitinya sebagai orang nombor satu negara setelah beliau dan isterinya dikaitkan dengan isu tersebut.
"Ini perlu diambil tindakan segera oleh Perdana Menteri sempena 100 hari pentadbirannya.
"Pembersihan perlu dilakukan termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa yang cuba mengaitkannya dengan isu berkenaan," katanya pada persidangan media di Kuala Krai petang kelmarin.
Semalam Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun menyifatkan Perdana Menteri tidak datang membantu kempen di Manek Urai kerana takut dengan hantu Altantuya.
Nasrudin juga berharap Perdana Menteri menggaris langkah konkrit bagi memulihkan indeks persepsi rasuah di negara ini memandangkan sejak 2001 hingga 2008 Malaysia berada dalam lingkungan 4.9 hingga 5.1 sahaja.
"Projek dalam pakej rangsangan pertama dan kedua tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan melalui tender terbuka atau runding terus.
"Bukan sahaja dalam kerajaan berlaku rasuah, malah pemilihan pucuk pimpinan Umno juga diselumbungi dengan rasuah seperti berlaku pada perhimpunan agung Umno pada Mac 2009 di mana lebih 900 aduan berkaitan rasuah diterima," katanya.
Menurut Nasrudin Perdana Menteri juga belum menjelaskan dakwaaan rasuah dalam pembelian Eurocopter daripada pembida yang lebih tinggi harganya.
Begitu juga isu komisen pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5. bilion dan pesawat pejuang Sukhoi berharga RM3.2 bilion perlu diperjelaskan.
"Cadangan segera bagi menyelesaikan pertembungan juridiksi antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah juga tidak diambil tindakan.
"Ini menyebabkan timbul keresahan di kalangan Muslim dan nonMuslim termasuk dalam dalam aspek penjagaan anak dan pertukaran agama," katanya.
Beliau juga berkata, himpunan mega bagi mendesak dimansuhkan ISA itu tetap diadakan dan orang ramai yang hadir diminta memakai baju hitam merah.
Menurutnya, himpunan itu akan diketuai Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Ia bertujuan mendesak kerajaan Umno-BN supaya segera memansuhkan ISA dan membebaskan tahanannya serta menutup Kem Tahanan Kemunting. - mj _
0 comments:
Post a Comment