Saturday, December 24, 2011

ADUN Sura Selar Sikap Lunak Kerajaan Terhadap Isu Murtad



SURA, 23 Disember: YB Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli menyelar sikap kerajaan yang memandang kecil isu murtad dalam negara. Ketika masyarakat Islam sentiasa diberitakan mengenai bilangan isu murtad yang menakutkan, kerajaan pula mengambil langkah memindahkan semua perbicaraan kes murtad daripada mahkamah syariah ke mahkamah sivil.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyebut berkaitan perkara tersebut di Putrajaya.

“ Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.

“ Jadi, saya minta supaya JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.

Berikutan isu tersebut, YB Ustaz Wan Hasan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun mengkritik sikap kerajaan dalam menangani isu yang sangat penting dalam Islam. Sikap yang ditunjukkan mengukuhkan lagi bukti pengkhianatan pimpinan UMNO terhadap agama. Isu penurunan bendera Perdana Menteri selama lima minit lebih penting bagi UMNo daripada isu agama.

“ Pada zaman Rasulullah dan khulafa’ ar-Rasyidin, terdapat 11 kes murtad yang berlaku. 3 kes berlaku di Zaman Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam, 7 kes pada zaman Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Radiallahu’anhu dan 1 kes pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab Radiallahu’anhu. 1 Kes murtad diselesaikan ketika Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam masih hidup, 9 kes diselesaikan pada zaman Sayyidina Abu Bakar dan 1 kes diselesaikan pada zaman Sayyidina Umar”

“ Panglima-panglima Islam dilantik bagi memerangi kes murtad pada zaman tersebut. Para ulama’ menyatakan pengurangan secara mendadak kes murtad daripada zaman Sayyidina Abu Bakar ke zaman Sayyidina Umar menunjukkan sikap sahabat yang bersungguh-sungguh untuk memerangi isu murtad pada zaman tersebut”, tegas beliau ketika menyampaikan khutbah di Masjid Sura Lama di sini.

Sikap lunak yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam menangani isu murtad menunjukkan UMNO sebenarnya yang menjadi keldai tunggangan parti komponen mereka, bukan PAS.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy