Apa khabar Malaysia? Semoga kita semua terus maju dan berpadu dalam memacu negara ini ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
PRU-13: Overview
PRU-13 semakin hampir.Gendang sudah dipalu.Strategi sudah
diatur.Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada
BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal
bagi menghadapi perlawanan genting itu nanti. Masing-masing sudah
memasang target dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan
kemanangan dan PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui
kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang
pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing.
PRU-13 dikatakan bakal berlangsung dengan penuh sengit dan hangat.
Banyak analisa awal yang telah dibuat oleh para penganalisis politik
berkenaan gambaran awal dan juga kemungkinan-kemungkinan yang bakal
berlaku pada PRU-13 nanti. Apa yang pasti, PRU-13 bakal menjadi satu
pilihanraya yang akan menentukan status kedudukan parti-parti yang
bertanding, samada ia masih mendapat sokongan dan kepercayaan daripada
rakyat ataupun sebaliknya. Jika keputusan PRU-12 dahulu dikatakan satu
sejarah baru dalam arena politik negara, penulis merasakan tidak
mustahil akan tercipta satu lagi sejarah baru pada PRU-13 nanti.
Dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai pasca PRU-12 yang lepas sehinggalah ke saat ini, pasti satu lagi anjakan baru akan berlaku pada PRU-13 ini. Kedua-dua pihak, BN mahupun PR diselubungi dengan pelbagai isu dan krisis yang sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada graf dan corak undian kelak. Pasti semua itu akan dinilai dan diperhalusi oleh para pengundi dalam menentukan calon mahupun parti yang akan menjadi pilihan mereka nanti.
PRU-13 dan anak muda

Dalam setiap pilihanraya, pengundi adalah elemen yang paling penting
dalam menentukan keberjayaan sesuatu pilhanraya itu. Ya, merekalah yang
bakal memberikan kepada setiap calon yang bertanding tanda "X" sebagai
tanda sokongan dan persetujuan mereka kepada calon tersebut untuk
menjadi wakil kepada mereka di dewan negeri mahupun di dewan rakyat
nanti. Sudah pasti, para pengundi ini akan dipancing oleh pihak yang
bertanding dengan pelbagai 'umpan' untuk memilih mereka.
Pilihanraya kali ini bakal menyaksikan ANAK MUDA menjadi sasaran utama parti-parti yang bertanding. Jika dilihat pada PRU-12 yang lepas, ANAK MUDA sebenarnya sudah memainkan peranan yang besar dalam melakar sejarah pada pilihanraya itu. Ini kerana, antara faktor kemenangan PR pada ketika itu ialah kemampuan mereka menguasai undi daripada anak muda. Namun pada kali ini, semua parti sudah mula sedar akan nilai undi seorang anak muda dalam memastikan kemenangan calon mereka.
Jika dirujuk kepada angka terbaru pengundi muda yang didaftarkan oleh parti-parti politik, ia dengan jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang serius akan undi daripada golongan muda. Ini jelas lagi dibuktikan dengan isu sampingan seperti isu kebenaran mahasiswa berpolitik dan juga isu calon muda yang pasti ada perkaitannya dengan anak muda. PAS telah melancarkan kempen 'Orang Muda Geng Kito', manakala BN pula dengan tema 'BN Pilihan Orang Muda' dalam usaha memikat hati orang muda untuk mengundi mereka. Parti lain juga dilihat tidak ketinggalan dalam mendampingi golongan ini dengan pelbagai program yang disasarkan kepada anak muda telah dijalankan.

YA, anak muda bakal menjadi PERMATA dan EMAS dalam PRU-13
nanti.Seharusnya, peluang ini perlu dipergunakan dengan sebijaknya oleh
para pengundi muda dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara untuk
tempoh sekurang-kurangnya 4-5 tahun yang mendatang. Untuk itu, anak muda
perlulah bersedia dari segenap sudut kerana sudah pasti mereka akan
dihidangkan dengan pelbagai janji mahupun tawaran oleh kedua-dua pihak
dalam usaha mendapatkan undi muda. Justeru, penulis ingin berkongsikan
beberapa TUNJANG yang seharusnya menjadi asas kepada anak muda dalam
menentukan aliran undi mereka nanti.
baca artikel penuh...di sini.
0 comments:
Post a Comment