Monday, December 5, 2011

ILMAM Jawab Kenyataan Penasihat Agama MB Terengganu, DPPNT Ajak Debat


5 Disember: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM] hari ini menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Saidin supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan sikap kurang beradap terhadap hukum Allah Taala yang ditunjukkan olehnya ketika cuba mengaburi kefahaman hadirin yang hadir ketika dia berforum di pejabat MCA. Sebagaimana dilaporkan media, Mohd Kamal Saidin mengkritik Enakmen Hudu Kelantan 1993 dengan kenyataan yang dianggap cuba berbohong terhadap hukum Allah Taala.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis.

Kenyataan Penuh: Di sini
Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) menerusi Ketua Pemudanya Ustaz Mohd Nor Hamzah mencabar Mohd Kamal Saidin untuk berdebat berkaitan hukum hudud secara ilmiah. Cabaran ini dikeluarkan oleh beliau bagi menjelaskan segala kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh UMNO sejak sekian lama sehingga menyebabkan timbul syak wasangka masyarakat awam terhadap hukum Allah. Perbuatan tersebut jelas menunjukkan betapa pemimpin UMNO sanggup melakukan segala perkara bagi meraih sokongan dan undi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.

“DPPNT merasa amat kesal atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini.Apatah lagi dia bercakap dihadapan bukan Islam yang pastinya akan menambah kekeliruan kepada mereka.

Maka saya sebagai ketua DPPNT dengan rasminya mencabar Mohd Kamal untuk berdebat secara terbuka berkaitan perkara hudud ini.

Kita mahukan debat ini terbuka kepada semua agar segala kekusutan yang sengaja diada-adakan berkenaan hudud oleh BN akan terurai.

Mereka mesti berani, jangan lempar batu sembunyi tangan,” tegas beliau.

Berita Penuh: Di sini

Segala tindakan dan ucapan pemimpin dan golongan agama dalam UMNO telah menjadikan Presiden Chua Soi Lek berani memperlekeh dan mempertikaikan hukum hudud.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah.

"PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.
Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim.

Sumber: Di sini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy