Program tahunan Kebajikan Majlis Tindakan Pemuda Dun Sura 'Pemuda Bersamamu' musim ke 4 ini akan diteruskan lagi pada Jumaat 26 September ini.Majlis penyerahan sumbangan kepada golongan fakir miskin ini akan diadakan di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin,Sura Gate. Para penerima bantuan juga akan berpeluang berbuka puasa bersama-sama dengan ADUN Sura, YB Ust Wan Hassan Wan Ramli.
Pihak Urusetia Pemuda Bersamamu Musim ke 4 mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang menjayakan program tahunan pemuda Dun Sura ini.Musim lepas, program ini berjaya menerima sumbangan derma sebanyak RM15,000.
Pihak Urusetia juga turut berbangga dengan tenaga-tenaga pemuda Dun sura yang bertungkus lumus dan tidak jemu-jemu mencari kutipan untuk dana Pemuda Bersamamu ini.
Sebelum ini, Pemuda Dun Sura bersama-sama YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli telah turun sendiri ke rumah-rumah penerima bagi menyampaikan sumbangan yang berupa wang tunai dan barang-barang keperluan harian.Program selama 2 hari itu diadakan dari pagi hinggalah ke petang tanpa mengenal penat dan letih di bulan Ramadhan itu.
PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI…MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU.
0 comments:
Post a Comment