Monday, October 13, 2008

10.01.09 - Himpunan Raksasa Menghapuskan ISA : HAPUS 09'


HAPUS ( ISA )
Tahun Baru Tanpa ISA


Isnin 13 Oktober 2008 - Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada hari sabtu 11 . 10 . 2008 di Taman Melewar memutuskan satu bantahan dan desakan agar pihak Kerajaan UMNO dan BN segera membebaskan tahanan ISA.

Mesyuarat DPPP telah membentuk satu jawatan khas yang ketuai oleh Ustaz Azman Syafawi dan timbalannya sdr. Abdullah Karim.

Turut diputuskan ialah satu bantahan besar - besaran ( Himpunan Raksasa Menghapuskan ISA : HAPUS 09' ) akan dianjurkan pada :


Tarikh : 10 January 2009 / jam 3 petang
Tempat : Putrajaya
Tema : Tahun Baru Tanpa ISA
Sejurus selesai Mesyuarat DPPP , Jawatan Kuasa Khas HAPUS ISA 09' terus berbincang dan merancang beberapa aktiviti dan road show ke seluruh negara sebelum menjelang 10 January 09' kelak .

Antara yang telah diputuskan ialah tarikh 2 November 09' akan diisytiharkan sebagai hari pelancaran HAPUS ISA 09' di Dataran MPAJ Selangor dengan mengedarkan sticker , t - shirt dan lain - lain . Pelancaran HAPUS ISA 09' akan disempurnakan oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang , Dato' Seri ANwar Ibrahim dan Lim Kit Siang .

Jawatan Kuasa HAPUS ISA 09' akan mengatur road show ke seluruh negara bagi memberi kesedaran sekali gus menyuntik semangat agar semua insan bangkit membantah undang - undang draconian yang masih diamalkan di negara kita ini sekaligus bermaksud untuk mobilisasi ummah agar mereka juga bangkit dengan segala keinsafan untuk menghapuskan ISA.

Tahun 2009 : Tahun Tanpa ISA


copy & paste by Awang Ja from http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy