Tuesday, October 11, 2011

Piala Malaysia 2011 : Kebangkitan dramatik Terengganu




KUALA TERENGGANU – Terengganu berjaya memanfaatkan sepenuhnya permainan di laman sendiri apabila berjaya mengetepikan seteru utamanya Kelantan 3-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shgah, di sini, malam tadi.

Pertemuan dua seteru utama itu, menyaksikan lima kad merah dan 10 kad kuning dikenakan kepada pemain kedua-dua pasukan.

Kehadiran ribuan penyokong kedua-dua pasukan seolah-olah mengulangi perlawanan akhir Piala FA musim lalu, meskipun perlawanan baru melangkah ke perlawanan suku akhir pertama.

Memulakan babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan beraksi agresif apabila saling menggandakan asakan ke pintu gol lawan masing-masing.

Pemain tambatan Terengganu, Joseph Kalang Tie, hampir menghadiahkan gol awal kepada tuan rumah, namun rembatan derasnya dalam kotak penalti pada minit ke-10 sekadar melewati palang gol.

Gawang gol pelawat sekali lagi teruji apabila Abdul Manaf Mamat hampir memberi gol, namun rembatan lemah pada minit ke-29 dalam kawasan kotak penalti berjaya disambut kemas Khairul Fahmi Che Mat.


Aksi dengan sembilan pemain

Pemain pasukan pelawat, Mohd Shakir Shaari menjadi pemain pertama yang diarah keluar padang setelah mengasari pemain Terengganu pada minit 31.

Selang tiga minit selepas itu, pasukan pelawat sekali lagi diuji apabila Mohd Daudsu Jamaluddin dikenakan kad merah, di mana menyaksikan pasukan The Red Warriors terpaksa bermain dengan sembilan pemain.

Kelantan yang ternyata tidak menunjukkan aksi tempang, walaupun terpaksa bermain dengan sembilan pemain, apabila terus melakukan beberapa percubaan berbahaya di kawasan gol pasukan tuan rumah.

Ismail Faruqi ternyata bijak memanfaatkan peluang apabila hantaran kemas Abdul Manaf Mamat berjaya ditolak kemas ke pintu gol pelawat pada minit ke-43.

Aksi panas kedua-dua pasukan terus berlarutan apabila Ismail Faruqi Asha’ari dikenakan kad merah setelah menolak Norshahrul Idlan Talaha pada masa kecederaan. Keputusan itu kekal hingga ke minit terakhir separuh masa pertama.

Memulakan babak kedua, pasukan pelawat yang nyata tertekan, cuba menggandakan asakan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya, namun tersasar jauh dari pintu gawang, namun Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila berjaya menghasilkan gol menerusi tendangan penalti pada minit ke-78 yang diambil ketua pasukan, Mohd Badri Radzi.

Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, tuan rumah menggandakan asakan dan hasilnya Abdul Manaf Mamat berjaya menambah jaringan tuan rumah apabila sepakan penalti pada minit ke-88 terus meluru masuk ke pintu gol.

Kepten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof menambah derita pasukan pelawat, apabila menghasilkan gol ketiga tuan rumah pada masa kecederaan.

Terengganu melangkah selesa untuk aksi kedua timbal balik di Kelantan 14 Oktober ini.(Sinar Harian edisi Terengganu)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy