Tuesday, June 12, 2012

Taubat jangan ditunda-tunda




Perbuatan melambat-lambatkan taubat itu adalah salah satu punca utama yang menyebabkan hati manusia itu menjadi keras dan mati.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan dosa, maka tertitik noda hitam dihatinya. Apabila dia bertaubat dan berhenti daripada dosa itu serta memohon ampun kepada Allah, maka hatinya menjadi bersih dari noda. Apabila dosanya bertambah, maka bertambahlah pula noda itu sehingga menutupi hatinya. Demikian disebutkan Allah dalam surah Mutaffifin ayat 14; "Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati." "
(Direkodkan oleh Ahmad)


Jangan putus bibir kita ini untuk melafazkan istighfar, dengan hati yang benar-benar bertaubat kepada Allah. Nabi s.a.w bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya saya ini benar-benar beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih banyak daripada 70 kali."

(Direkodkan oleh Bukhari)



Dalam riwayat lain, ada menyatakan Nabi s.a.w. beristhfar dalam 100 kali.



Taubat adalah perkara yang wajib dan tidak boleh dilambat-lambatkan, kerana kita tidak tahu bilakah ajal maut akan menjemput kita. Al-Ghazali berkata di dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin; "Tidak ada keraguan mengenai kewajipan bertaubat secara langsung. Sebab, mengenali pelbagai kemaksiatan sebagai sesuatu yang membinasakan merupakan sebahagian daripada iman, maka itu wajib dilaksanakan segera."



Wallahualam..



Semoga Allah memberikan kepada kita taufiq dan hidayah, untuk terus beristiqamah melakukan perubahan. 




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy