Kita sudah memasuki pusingan terakhir demam pilihan raya. Tidak kira
Jun, Julai, September atau mungkin awal tahun hadapan, ternyata kita
sudah hampir tiba di garisan penamat teka-teki tarikh pilihan raya.
Sebagaimana dalam bersukan, di peringkat akhir stamina itu amat
penting. Pihak yang mampu menguruskan sumber dengan baik dan mempunyai
mesej yang fokus dan konsisten pasti akan berjaya.
Seperti dikatakan oleh Tun Daim beberapa bulan lalu, keputusan persaingan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) boleh dianalogikan seperti permainan tenis yang pemenangnya adalah pihak berjaya meminimumkan kesilapan tidak sengaja (unforced error). Hebat sahaja tidak menjanjikan kemenangan.
Jika dilihat dari sisi ini, BN sememangnya tampak lebih berpeluang. Tambahan lagi, PR tidak ada akses yang sama ke media arus perdana dan ini menyulitkan peluang pakatan itu untuk menyerang dengan berkesan.
baca artikel penuh...di sini.
0 comments:
Post a Comment