Thursday, November 4, 2010

TV3 fitnah kejadian pergaduhan di Dun Galas


oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura


" Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu."

Itulah sebahagian petikan berita yang melaporkan kononnya penyokong PAS bertindak ganas dalam pergaduhan di hari pembuangan undi Pilihanraya Kecil Dun Galas.

Petugas dan penyokong PAS yang berada di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi kesal dengan laporan berita TV3 dan Bernama yang melaporkan berita palsu & fitnah itu.Memang dalam setiap pergaduhan di Pilihanraya Kecil, penyokong PAS selalunya akan dituding jari sebagai pihak yang memulakan dulu pergaduhan tersebut.

Berlainan dengan apa yang dilaporkan Bernama itu, punca sebenar pergaduhan adalah berpunca dari provokasi penyokong BN yang melintasi jalan untuk ke kawasan yang ditempatkan penyokong PAS.Selepas bertengkar mulut,pihak penyokong PAS meminta beberapa orang penyokong BN agar kembali ke tempat mereka.Namun mereka berkeras dengan menghamburkan kata-kata kesat.

Dalam perbalahan mulut itu, salah seorang penyokong BN telah melepaskan tumbukan ke salah seorang petugas Unit IT Pemuda Dun Sura yang bertindak untuk meleraikan perbalahan tersebut.Namun penyokong BN tersebut berjaya melarikan diri selepas itu.

Bermulalah insiden berbalas-balas tumbukan dari kedua-dua pihak.Suasana kelam kabut berjaya dileraikan dengan bantuan unit keselamatan PAS dan pasukan polis berpakaian preman yang ditempatkan di situ.

Selepas kejadian tersebut barulah pihak polis bertindak mengarahkan agar penyokong PAS ditempatkan tidak berhadapan dengan penyokong BN.Suasana di tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi ini dikuasai penyokong PAS yang bilangannnya 5 kali ganda penyokong BN.



p/s : Bukti bergambar dimana pihak penyokong BN memasuki kawasan penyokong PAS.Kawasan berkanopi itu adalah khemah BN yang menempatkan penyokong BN.







0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy