Friday, November 26, 2010

Pemuda PAS: Hudud dapat tangani zina, buang bayi




Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata masalah gadis yang hamil luar nikah dan isu pembuangan bayi hanya akan dapat ditangani melalui penguatkuasaan hukum hudud.

Kerajaan sepatutnya mengenakan "undang-undang selayaknya" bagi pesalah zina "seperti sebat terhadap mereka yang belum berkahwin dan rejam hingga mati bagi mereka yang telah berkahwin."

Katanya, usaha BN untuk menubuhkan bank bayi, sekolah mengandung dan penggunaan kondom juga merupakan satu perkara "mengarut."

Beliau turut menuntut supaya kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengajar pendidikan seks kepada pelajar sekolah kerana "ia tidak menyelesaikan masalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku."

Jelasnya, kes buang bayi bukanlah kesan daripada kejahilan berhubung seks tetapi disebabkan "pergaulan bebas, tidak mengenal dosa dan pahala, tidak takut azab Allah, tidak menutup aurat dan tidak memilik kawan atau sahabat."

Dalam satu kenyataan, Nasruddin berkata, kerajaan juga seolah-olah "mahu menggalakkan" zina dengan "mengemukakan cadangan songsang sebegini agar masyarakat tidak memfokus terhadap isu sebenar iaitu zina dan maksiat."

Perkara itu dilihat apabila kerajaan mencadangkan pembinaan hab hiburan di bawah pelan transformasi ekonomi (ETP).Katanya, usaha itu akan membiakkan lebih banyak aktiviti pelacuran, penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Tambahnya, kerajaan BN sepatutnya lebih serius dalam menangani masalah berkenaan dengan membasmi pusat maksiat dan menjalankan kempen anti-zina.

http://www.malaysiakini.com/news/149260

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy