Kesan kenaikan harga barang pastinya memeningkan kepala ibu bapa yang sibuk untuk memenuhi keperluan persekolahan anak-anak.Semuanya perlu diselesaikan sebelum sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.
Disamping itu anak-anak juga perlu kepada persediaan diri sebelum melangkah masuk ke sesi baru persekolahan nanti.Penampilan diri seperti rambut tentulah menjadi satu perkara yang dititikberatkan dalam disiplin sekolah nanti.
Justeru itu Pemuda Dun Sura terpanggil untuk meringankan sedikit beban ibu bapa pelajar yang terkesan dengan tindakan membabi buta kerajaan BN menaikkan harga barang 4 dalam 1 baru-baru ini.Satu program amal 'Gunting Rambut Sempena Buka Sekolah' dianjurkan khusus untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Dun Sura.
Bertepatan dengan motto 'Prihatin Kami Tak Bertepi,Membantu Sekadar Termampu', setiap pelajar hanya akan dikenakan bayaran RM1 sahaja .Program kemasyarakatan Orang Mude Geng Kite ini akan dianjurkan pada 29 dan 30 Disember ini bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4 petang di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.Pemuda Dun Sura juga akan menyediakan 4 orang tukang gunting bagi mengelakkan para pelajar menunggu lama.
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban para ibu bapa di akhir tahun ini.Harapan kami juga agar para ibubapa kenang-kenanglah 'jasa' kerajaan BN mengutamakan rakyat dalam kenaikan harga barang ini.
0 comments:
Post a Comment