Sunday, December 26, 2010

AWAS kepada penerima helmet 1 Malaysia



Gambar hiasan je ni...jgn harap laa nk dpt free mcm ni !!


MAMPAT Menyeru kepada penerima Helmet 1 Malaysia agar berhati-hati....

Kuala Terengganu, 24 Disember 2010 - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyeru kepada mana-mana belia, pemuda dan sesiapa sahaja yang menerima Helmet 1 Malaysia yang di "hadiah"kan kepada mereka pada 17 & 18 Disember yang lalu agar berhati-hati kerana perkara berikut;

1. MAMPAT mendapati pada helmet tersebut tidak terdapat tanda / logo SIRIM. Ini bermakna, helmet tersebut tidak melalui ujian khusus/khas ketahanan dan keselamatan. MAMPAT khuatir, helmet tersebut di buat tanpa kualiti dan diimport dari China sebagaimana e-book yang dibekalkan kepada pelajar-pelajar sebelum ini.

2. MAMPAT juga mendapat laporan daripada pengguna yang menggunakan helmet tersebut bahawa, telah ada helmet yang "TERBELAH 2" apabila jatuh terembas di adat simen.

Oleh itu, MAMPAT memohon kepada sesiapa yang bermurah hati untuk memberikan 10 unit helmet yang diterima bagi membolehkan MAMPAT membawa helmet-helmet tersebut untuk diuji di makmal yang diiktiraf.... hanya 10 unit sahaja diperlukan.

Untuk itu, sila hubungi samada Pengerusi MAMPAT atau SU saudara Zaidan.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy