Thursday, April 19, 2012

Pencalonan Ir. Khairat Shatir (IM) Ditolak SPR Mesir, Dr Mursi Sebagai Pengganti


TERKINI, GEMPAR DAN MUKTAMAD: Jawatankuasa Pilihanraya Presiden Mesir 2012 memutuskan untuk mengekalkan keputusan mereka sebelum ini dengan menyingkir 10 calon Presiden. Pengerusi jawatankuasa, Farouq Sultan turut mengumumkan, rayuan yang dikemukakan oleh Khairat Shatir, Syeikh Hazim Solah, Aiman Nour serta 2 lagi calon ditolak oleh pihak jawatankuasa.

KHAIRAT SHATIR:
"Penyingkiran saya menunjukkan rejim Mubarak masih kekal berkuasa hingga hari ini."

Respon atas penyingkiran masing-masing:

1) Syeikh Hazim Solah mengumumkan untuk berkampung di hadapan bangunan Jawatankuasa Pilihanraya Presiden bersama-sama ratusan penyokongnya yang lain dengan syarat meminta penyokongnya menjaga keselamatan dan tidak mencetuskan huru-hara.

2) Khairat Shatir: " Dr.Mohammad Mursi adalah calon Ikhwan Muslimin dan FJP selepas saya dihalang bertanding. Mustahil untuk kita mendiamkan diri dari 'pencuri-pencuri' revolusi. Kita akan gulingkan baki rejim Mubarak yang ada dan kita akan turun ke Tahrir Jumaat depan, mungkin berterusan pada hari Isnin dan Selasa serta akan keluar dari Tahrir ke medan-medan yang lain di seluruh negara.”


Khairat Shatir dalam himpunan bersama rakyat di kawasan Zawiyah Hamra' dalam wilayah Kaherah malam ini telah mengetuai lafaz sumpah dan ikrar berikut bersama-sama ribuan rakyat yang hadir selepas diumumkan berita penyingkirannya daripada menjadi calon Presiden Mesir dikekalkan:

"Kami berjanji kpd Allah:
*Akan memelihara revolusi ini serta mempertahankannya
*Menggulingkan saki-baki rejim Mubarak dan institusi-institusi yang menyokongnya
*Kita juga akan berada dalam saf yang satu bagi menyokong calon Islamik kita, Dr.Mohammad Mursi.
*Kita juga akan bekerja dengan segala kesungguhan bagi menentang sebarang penipuan, pembelian undi serta sedaya upaya kita bagi menghentikan pemalsuan, berita yang diputar-belit yang dilakukan oleh musuh revolusi, media massa dan ahli-ahli perniagaan yang berpihak kepada mereka, para pendakwah yang menyesatkan dan merosakkan serta setiap pihak dari luar yang bekerja keras mahu memerangi revolusi ini.

Kami berjanji kepada Allah! Kami berjanji kepada Allah! Semua rakyat Mesir, Islam dan Kristian, wanita dan lelaki, orang tua dan kanak-kanak. Bahawa Allah menjadi saksi apa yang kami lafazkan."

Biodata Dr Mursi Secara Ringkas

Biodata calon simpanan Ikhwan Muslimin dan FJP bagi meneruskan perjalanan Ir.Khairat Shatir sbg calon Presiden Mesir 2012, Dr.Mohammad Mursi:


-Dilahirkan pada Ogos 1951 di wilayah Syarqiyah.
-Merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Zaqaziq dan
-Bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin
-Bekas Anggota Dewan Rakyat Mesir bagi penggal 2000-2005 dan Ketua Whip Parlimen Ikhwan Muslimin dalam tempoh tersebut.
-Memperoleh ijazah pertama daalam bidang Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975, Ijazah kedua di universiti yang sama pada tahun 1978 dan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti selatan California tahun 1982.
-Memulakan tugas sebagai penolong pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Kaherah dan kemudian berpindah ke Amerika Syarikat bagi mengajar di beberapa universiti antara tahun 1982 hingga 1985.
-Kemudian dilantik sebagai Ketua Bahagian fakulti yang sama di Universiti Zaqaziq dari tahun 1985 hingga 2010.
-Pada 30 April 2011, Majlis Syura Ikhwan Muslimin memilih beliau sebagai Presiden kepada sayap politik gerakan tersebut, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan beliau terpaksa melepaskan jawatan di Maktab Irsyad bagi menumpukan sepenuh masa kepada parti baru tersebut.

Ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir iaitu:
-18 Mei 2006 selama 7 bulan dan dibebaskan pada 10 Disember 2006
-Kali kedua ditahan bersama-sama ratusan pimpinan Ikhwan Muslimin yang lain pada pagi "Jumaat Kemarahan", 28 Januari 2011 selepas tercetus Revolusi 25 Januari bagi menghalang mereka terlibat dalam himpunan kebangkitan bersama-sama rakyat.Lihat seterusnya..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy