Kuala Terengganu, 18 April 2012: Satu demonstrasi anjuran mahasiswa pantai timur telah diadakan di hadapan Wisma Darul Iman bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula pinjaman Yayasan Terengganu kepada 9 orang mahasiswa di Mesir yang dipotong pinjaman mereka.
Demonstrasi yang asalnya bertempat di hadapan Pejabat Yayasan Terengganu digerakkan ke hadapan Wisma Darul Iman. Demo ini dilakukan setelah perbincangan dengan pihak YT menemui kegagalan.
Turut hadir memberi sokongan adalah pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Berikut antara isi ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri, Us Mohd Nor Hamzah:
" Hidup, hidup! Hidup Islam! Hancur, hancur zalim!"
Tuan-tuan, muslimin muslimat sekalian, kami Dewan Pemuda PAS Negeri bersama seluruh mahasiswa pada petang ini tiada lain melainkan di atas sokongan kerana (membantah) kezaliman kerajaan UMNO yang telah menamatkan pinjaman terhadap 9 orang pelajar yang sedang menuntut di Mesir. Kezaliman yang berlaku ini tiada lain kerana kita bimbang dan kita mahu rakyat agar menyahut seruan Allah Taala: " Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman, nescaya kamu akan disentuh oleh api neraka"
Saya hari ini mencabar kerajaan UMNO agar juga menamatkan pinjaman terhadap ahli-ahli yang terlibat dalam kelab UMNO. Kelab UMNO yang berada di Mesir, kelab UMNO yang berada di United Kingdom, kelab UMNO yang berada di mana-mana universiti. Sepatutnya mana-mana ahli yang terlibat dalam kelab UMNO juga dipotong pinjaman mereka. Walaupun itu adalah sikap yang tidak adil tetapi kalau itulah sikap dan pendirian UMNO (memotong pinjaman) jika pelajar terlibat dengan mana-mana politik. Politik yang sepatutnya yang dibersihkan dari jiwa pelajar-pelajar adalah UMNO dan kezaliman UMNO. Jika UMNO mahu menegakkan keadilan, kembalikan semula pinjaman ini. Kembalikan semula hak rakyat. Kembalikan semula hak mahasiswa.
" Insyaallah petang ini hanya satu cetusan, mukaddimah dan pendahuluan. 24hb (April), saya seru seluruh rakyat dan mahasiswa turun bagi menunjukkan suara rakyat adalah suara besar bagi menghancurkan kezaliman dan menegakkan keadilan"
" Saya juga mengambil peluang ucap terima kasih kepada pihak keselamatan yang memberi ruang kepada kita bagi memenuhi sistem demokrasi yang ada pada hari ini agar seluruh rakyat dapat melihat ini adalah satu tanda kezaliman UMNO yang mesti kita tumbangkan dalam pilihanraya yang ke -13 ini, insyaallah"
0 comments:
Post a Comment