Tuesday, November 4, 2008

Adik pengebom Bali rasa bangga



TENGGULUN: Adik kepada dua orang pengebom Bali yang kini menunggu pelaksanaan hukuman mati berkata beliau bangga dengan kesediaan kedua-dua abangnya menghadapi skuad penembak selepas didapati bersalah terbabit dalam serangan di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.

Ali Fauzi, 38, seorang guru al-Quran dan adik kepada Amrozi dan Mukhlas, berkata beliau pasti abangnya berada pada jalan yang benar menjelang hari terakhir kehidupan mereka, selepas pihak berkuasa menetapkan tarikh hukuman dijalankan bila-bila masa.

“Saya menemui kedua-dua mereka bulan lalu dan mereka memberitahu saya agar tidak sedih. Mereka kelihatan amat gembira dan saya yakin perjuangan mereka adalah benar,” kata Fauzi yang ditemui wartawan di rumahnya di Jawa Timur.

Seorang lagi abang Fauzi, Ali Imron kini menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas bersubahat dengan pengeboman itu.

Beliau berkata keluarganya tidak berasa malu dengan hukuman yang akan dilaksanakan ke atas kedua-dua mereka.

“Malu? Sama sekali tidak, sebaliknya kami berasa bangga kerana di dalam dunia yang penuh dengan pendustaan dan tuduhan palsu, masih ada orang yang bersedia menentangnya,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak membuat sebarang perancangan mengenai pengebumian kedua-dua mereka selepas hukuman dilaksanakan dan belum dimaklumkan mengenainya.

“Jika mereka dihukum mati, kami akan membawa pulang jenazah mereka dan mengebumikannya di tempat yang tidak akan diberitahu. Kami juga tidak mahu bedah siasat dilakukan,” katanya.

Pihak berkuasa sebelum ini menyatakan bahawa hukuman akan dilaksanakan pada bila-bila masa daripada hari Jumaat minggu pertama hingga pertengahan November manakala keluarga mereka akan dimaklumkan lebih awal. – AFP

posted by Awang Ja

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy