Kerusi Parlimen Kuala Terengganu telah kosong berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail. Kerusi yang pernah menggemparkan negara dan memahat sejarah yang unik dimana pertembungan 3 penjuru didalam PRU12 yang lalu. Razali, Maimon & Mohd Sabu mempunyai tarikan masing-masing didalam kempen PRU yang lalu. Nah, paluan gendang PRK akan bergema lagi di Kuala Terengganu. Seperti biasa, SPR akan menyediakan perkakasannya.
Kerajaan juga akan memainkan peranannya didalam PRK kali ini. Apa lagi kalau bukan dengan menurunkan harga MINYAK.
Rakyat sudah bosan dan cuak dengan permainan Kerajaan yang selalu berdolak dalih didalam isu penurunan harga minyak. Naiknya macam ribut tapi turun macam siput.
Kenyataan Menteri '15 Sen' sentiasa berlawanan dengan 'fatwa' PM Hadhari. Agak nya Shahrir Samad ni memang tak sebulu dengan Dolah Badawi. Elok-elok Dolah kata harga minyak akan kekal diparas sedia ada, tiba-tiba Shahrir 15sen naikkan lagi kununnya untuk mengurangkan beban kerajaan. Kemudian dinaikkan lagi dengan peningkatan melampau (78 sen) sekaligus menghapuskan subsidi kepada rakyat.
Alih-alih bila harga minyak pula turun, tak semena-mena rakyat pula yang membayar cukai kepada Kerajaan. Cukai yang sedia ada pon merangkak-rangkak rakyat nak bayar. Padan muka kita semua.
Sebagaimana desas yang mendesus ditelingaku, khabarnya awal Disember ini akan berlaku lagi penurunan harga minyak sebanyak 15 sen. Merasa juga la gamaknya RM1.85. Apakah mungkin Kerajaan ingin membuat kejutan kepada rakyat sempena PRK Kuala Terengganu yang akan datang?
Kejutan penurunan harga minyak itu menghampiri pasti. Apakah mungkin Shahrir Samad akan menukar 'trade mark' daripada 15 ke 20 atau 35 sen? Wallahu a'lam... Kita tunggu saja laa...
UMNO dan BN dalam keadaan terdesak untuk menghadapi PRK Kuala Terengganu pada kali ini. Apa tidaknya, Krisis dalam UMNO semakin menjadi-jadi, rasuah politik semakin berleluasa menjelang Perhimpunan Agung Mac ini, PM yang ada teramat hampeh (xrok chetong), Bakal PM pula dikelilingi pelbagai skandal dan isu. Ditambah pula dengan MB Terengganu yang sentiasa lawan tokei dan samseng. Pimpinan UMNO sikit pon dia tak heran. Mercedes tetap Mercedes.
Maka jalan yang ada untuk meraih kepercayaan rakyat tidak lain tidak bukan hanyalah dengan MENURUNKAN LAGI harga minyak. Mana mungkin mereka boleh bertarung dalam keadaan cedera sekarang ini? Perisai dan senjata entah kemana...Sesungguhnya aku kesian.
Maka sekiranya Minyak masih tak turun lagi sebelum pilihanraya kecil ni, bersedialah untuk melihat rakyat NAIK MINYAK pula. Harga barang yang melambung ditambah pula dalam musim tengkujuh ini amat menyengsarakan rakyat. Ubah sebelum parah...
http://pemudabersamamu.blogspot.com
p/s : takkan penduduk Bandaraya BAWASIR nak terus 'dibuah caromkan' oleh UMNO-BN kot. Orang Bandaraya mindanya kedepan tau...
0 comments:
Post a Comment