Monday, November 24, 2008

Rakyat Terengganu berhutang dengan kerajaan?


 Sewaktu berceramah di masjid Rusila, Cikgu Pa antara lain menyebut kenyataan terbaru daripada MB Terengganu bahawa rakyat Terengganu berhutang dengan kerajaan sebanyak RM1 juta. Ini adalah hasil cukai pintu yang tidak dibayar oleh rakyat Terengganu.

Menurut MB lagi keadaan ini menyukarkan kerajaan untuk menampung perbelanjaan mengurus yang semakin meningkat. Tetapi kata MB, mengutip cukai pintu tertunggak ini lagi menyulitkan kerana sebarang tindakan kerajaan akan dipolitikkan.

Biar betul Mat Said. Kenapa mengeluh kerana rakyat tidak membayat cukai pintu?

Nampak sangat yang Mat Said juga macam pemimpin UMNO yang lain, kemaruk dengan duit rakyat.Pantang rakyat tidak bayar sahaja, ungkit berjela jela.Inialah jenis kerajaan yang dipilih oleh rakyat Terengganu.Kerajaan yang mahukan duit rakyat,bukan kerajaan yang bagi duit kepada rakyat.


Kerajaan yang langsung tidak prihatin dengan masalah rakyat.Pada pemimpin macam Mat Said ini, rakyat berduit atau tidak bukan soal, tetapi hutang rakyat kepada kerajaan tetap diungkit.Hal ini samalah dengan seorang ayah yang minta duit dari anaknya tanpa mengira anaknya ada duit atau tidak.

Tapi yang peliknya,Mat Said selamba aje bila beli kereta mercedes E model untuk kegunaan exco dulu.RM200 juta dihabiskan.Tidak pula diungkitkan pasal perbelanjaan yang semakin meningkat ketika membeli kereta tersebut.Begitu juga apabila Mat Said setuju untuk meneruskan Monsoon Cup, tidak pula ditimbulkan persoalan perbelanjaan mengurus yang meningkat.

Beginilah kalau pemimpin yang buta hati memimpin negeri.Buta untuk menyedari tanggungjawab kerajaan untuk memenuhi keperluan asas rakyat.Buta dalam mengenalpasti masalah rakyat dan buta dalam membantu rakyat yang kesusahan.

Sumber : TranungKite Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy