Pelayar Sukan SEA dari Perak itu menggumpul empat mata lagi pada perlumbaan hari ini untuk mencatatkan jumlah keseluruhan tujuh mata dan sekaligus muncul pelayar tunggal yang belum pernah tewas pada saingan yang akan berakhir esok.
Nurul Ain berjaya mengutip empat mata apabila memenangi kesemua empat perlumbaan satu lawan satu dengan menewaskan Mohamad Razali Mansor daripada pasukan Navy 1, Mohd Masyuri Rahmat (Navy 2), Megat Fairuz Khairuddin (Putrajaya Sail) dan Sufian M. Said (Terengganu).
Razman Mat Ali daripada pasukan KFC-Persatuan Kapal Layar Malaysia menduduki tempat kedua keseluruhan apabila mengutip lima mata diikuti Abdul Rahim Mohd Zan dari Johor dan Mohamad Razali di tempat ketiga dan keempat dengan masing-masing terikat dengan empat mata.
Empat pasukan teratas daripada tujuh pasukan yang menyertai kejohanan tiga hari itu, layak ke peringkat separuh akhir pagi esok manakala penentuan tempat pertama dan kedua akan diadakan pada sebelah petang.
Ketika ditemui pemberita, Nurul Ain berkata kerjasama sebagai sebuah pasukan berjaya memastikan pasukannya mencatatkan kemenangan bersih pada perlumbaan itu.
"Tiupan angin perlahan memberi kelebihan kepada kami yang menggunakan kapal layar yang ringan berbanding pasukan lain. Saya berharap prestasi kami dapat diteruskan pada perlumbaan esok," katanya.
Pasukan yang muncul juara pada kejohanan kelayakan itu, akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang akan diadakan dari 3 hingga 7 Dis ini.
-- BERNAMA
p/s : Persediaan pasukan malaysia untuk pertandingan Monsoon yang tidak monsun. apa kata ahmad said? walaupun nyata acara ini mengundang banyak pembaziran wang, tetapi dek kerana kepentingan politik individu tertentu, ia tetap diteruskan.
0 comments:
Post a Comment