Monday, January 18, 2010

Peraduan mencari enjin jet




Enjin  jet F-5E hilang: Dua termasuk sarjan TUDM didakwa hari ini

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Anggota tentera berpangkat sarjan bersama seorang awam akan didakwa esok berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007.

Sarjan TUDM itu akan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 atas tuduhan melakukan kesalahan curi dalam bangunan dan menolong menghapuskan barang curi.

Orang awam berusia 36 tahun yang merupakan pengarah di syarikat yang terlibat dengan industri penerbangan itu pula didakwa di bawah Seksyen 414 kanun sama.

___________________________________________________________________





Minta penerbit filem hongkong buat filem pasai curi enjin ni.
Mesti box office .. camana Sajen boleh bawah lari barang RM100 juta, tanpa orang sedar ...

Yang bestnya .. AG puas hati sebab orang atas tak terlibat. Cuma terlelap .. he he he

Selaras dengan konsep gagasan yang paling top masakini iaitu gagasan 1Malaya, warganegara 1Malaya dipelawa menyertai Peraduan Mencari Enjit Jet Tersembunyi.

Tempoh peraduan mencari enjit jet tersembunyi ini ialah selama 4 tahun. Lagi lama lagi baguih. Biaq berjanggut asal sangkut.

Warganegara yang ada hati untuk menyertai peraduan ini mestilah pegawai berpangkat rendah ataupun macai bagi sektor swasta. Pegawai peringkat atasan dan golongan bangsatwan adalah tidak dilayan.

Semua peserta diberi klue tempat enjit jet tersebut disembunyikan oleh pihak penganjur iaitu sekitar pesisir pantai Uruguay ataupun di sebuah kampung sekitar padang ragut alfalfa di Argentina.

Hadiah utama merupakan sekilo gula keluaran Januari 2010.

Rebutlah peluang keemasan ini.


diedit dari : Ikut Suka Aku

Bacaan berkaitan:

SOP (standard operating procedure) mana??? tak kan diorang ni pikul masa curi enjin ni

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Archive

Hello

Pemuda Bersamamu v3 © 1429 Business Ads Ready is Designed by Ipiet and Ripped by SamarQondy